Saturday, August 29, 2009

Rahsia Untuk membina Otot dengan cepat!

Did i get your attention? hahaha..Memang semua orang nak besarkan otot, dari mencari2 formula workout yang paling berkesan, supplement yang terbagus, hingga lah racun yang terbagus untuk membesarkan muscle. Cuba nak mencari magic formula, magic supplement dan jugak magic drugs untuk mempercepatkan pertumbuhan muscle. Kalau boleh kita nak besar hari ni jugak! Sorry guys..tak ada magic magic semua ni...semuanya DISIPLIN, DEDIKASI dan PASSION.

Aku bukan nak cerita pasal latihan terbagus, supplement terbaik, atau racun terbaik(?). Itu semua cerita lama. Ni aku nak cerita benda2 yang korang lepas pandang yang korang tak terpikir pun boleh contribute untuk membesarkan muscle korang.
1) Korang mesti hendak berubah!
Ada perbezaan, antara hanya minat, dan jugak actually doing it. Buang semua alasan alasan, 'aku penat, makan tak cukup, tak de protein, gym jauh' dan macam macam lagi. Korang mesti buat, bukan berkehendak sahaja.
2) Lepak dengan orang yang sama matlamat dengan kita.
Kalau korang merokok, dan nak berenti merokok, korang nak duduk dengan kawan2 yang masih lagi merokok, atau nak lepak dengan kawan2 yang berenti atau tak merokok? Mana lebih senang nak berenti? Sama macam korang yang selalu pergi gym. KAlau korang lepak dengan orang yang TAK pergi gym, korang akan start ponteng, mula rasa tak ada motivasi, malas, sebab tak ada orang yang nak push korang nak ke gym. Kene kutuk lagi adala. Apa la pergi gym, jalan pun dah macam kingkong. Korang kene lepak dngan orang2 yang sama2 pegi gym, supaya boleh train skali, dan korang rasa malu kalau ponteng. Bukan maksud aku korang terus tinggalkan kawan2 yang tak pergi gym, tapi kalau boleh kurangkan lepak, sebab diorang tak tahu komitment kita nak jadi bodybuilder ni. Bagi diorang, ia adalah asing.
3) Train dengan orang yang lagi berpengalaman, kuat dari kita.
Bila kita train dengan orang yang lagi berpengalaman(otai), kita macam berguru dengan dia. Banyak ilmu2 yang korang dapat yang tak ada dalam buku excersice, sebab pengalaman dia banyak. Kalau dapat otai yang ada dua2 lagi bagus, pengalaman dan jugak fakta. Sama jugak dengan orang yang lagi kuat dari kita. Kita akan rasa tercabar nak catchup dengan partner kita so korang akan menjadi lagi kuat dengan secara tak sedar.
4) Pilih Gym yang kondusif.
Lah, memang la, nak besar mesti lah pegi gym kan. Tak kira la gym commercial ke, gym rakyat ke, home gym ke. NO! Kalau korang betul2 nak jadi kuat, dan membesar bagai johan(iklan milo) korang kene pilih gym yang kondusif untuk menjadikan korang besar dan kuat. Kalau gym korang, penuh dengan orang2 tua, makcik2, banyak beginners, yang anggap angkat 20 kg tu dah kira berat gila, macam mana korang motivated untuk jadi kuat? Kalau gym korang ada ramai bodybuilder, yang selalu angkat insane amount of weight, korang akan rasa motivated untuk angkat macam diaorang. Akan rasa semangat. Equipment jugak memainkan peranan yang penting. Kalau machine tak cukup, weight tak cukup, macam mana korang nak buat resistance overload? Memang boleh tambah reps, tapi tak sama dengan tambah berat. Contoh gym aku dulu di sri gombak. Dumbell paling berat 50 lbs. bagi aku itu dah kira berat gila. Bila dapat angkat, rasa bangga sungguh.dan dengan weight tu la aku angkat sampai setahun. Bila aku masuk kerja Sweat club (sekarang ni California Fitness) Aku tengok dumbell paling berat 125lbs! Dan budak2 trainer yang keje situ selamba jer angkat 80-90lbs dumbell bench press! Dari situ aku berjanji aku nak train sampai aku boleh angkat 125lbs tu buat bench press. Within 1 year, aku boleh. So, sekarang ni equipment tak cukup dan jugak berat tak cukup, boleh jugak menjadi faktor membataskan pembesaran korang.
5) KOrang mesti meletakkan matlamat yang specific.
Matlamat mesti specifik dan jugak mesti ada deadline. Tak kira la nakkuruskan badan nak kawin ke, nak pergi pantai ke, nak masuk marathon ke, aper saja, mesti ada end date. Matlamat yang tak specific, selalunya tak menjadi sebab tak ada end date. Aku nak lose weight tahun ni. Bila? Esok? minggu depan? Matlamat yang bagus, mesti ada objektif, jangkamasa dan jugak sebab. Contoh, mulai 1 hb August ni aku nak turun kan pinggang aku dari 38 inci kepada 30 inci untuk hari perkahwinan aku pada 1 hb November ni. Itu baru matlamat!
6) Social support.
Social support atau orang di sekeliling kita pun penting especially kawan2 dan jugak keluarga..Ini macam repeat yang no 2 tapi sebenarnya tidak. Family, girlfriend, boyfriend, suami, isteri jugak penting. KOrang mesti educate your wife, husband, girlfriend, boyfriend yang tak pergi gym pasal gym. Kalau boleh bawak sekali. Mana tau boleh jadi training partner atau dia tak bising bila korang pergi gym. Sebab kadang2, our other half ni yang sabotage our bodybuilding goal. 'Alah, tak payah pegi gym lah hari ni, jom makan pizza jom', atau 'asyik2 gym, you tak sayang i ke'. So educating them is important.

Wednesday, August 26, 2009

#1 Training Mistake.

Kesilapan yang utama semasa training yang selalu dibuat oleh semua level bodybuilder (beginner,intermediate atau advance) adalah dengan tidak memilih exercise yang recruite muscle yang banyak. Pilih exercise yang mudah berbanding yang susah. Hypertrophy adalah load(bebanan) x time under tension(berapa lama muscle tu dibawah bebanan). Ia selalunya berkenaan berapa banyak motor unit (dalam muscle) yang korang boleh recruit kan. Jadi Bench Press menggunakan dumbell lebih banyak menggunakan motor unit berbanding dengan machine bench press. Satu lagi contoh adalah pull up dengan lat pulldown. Korang kene pilih exercise yang paling effective untuk hypertrophy.

Masalah dengan memakai machine ni, disebabkan ianya pakai pulley dan cams, ia memudahkan kita mengangkat bebanan tu. berapa orang yang boleh buat fullstack lat pulldown, tapi boleh buat 2-3 rep saja pada pullup. Atau boleh buat full stack pada machine bench press tapi nak bench press freeweight sama berat dengan bodyweight pun tak boleh.
Satu lagi masalah machine ni adalah pergerakannya yang fixed, atau tetap. Sebab pergerakan kita di alam nyata (real world) adalah dinamik.

Aku tak kata machine ni semuanya tak bagus. Ia bergantung pada individu. Tapi kalau korang nak serious mass, korang mesti menggunakan freewight exercise.

Mitos : Sebab steroid boleh jadikan korang juara

KOrang tahukan, bagi profesional Bodybuilder, memang akan pakai ergogenic aid, macam racun, hGH, stimulant. Tapi aku berani bet, korang tak tahu sebesar mana steroid bertanggung jawab menjadikan seseorang tu berjaya. Sikit sebenarnya.

Ingat tak pertama kali korang ambik creatine, dan berat dan strength korang gila2 naik...korang kali gandakan dengan 3-4 kali, korang akan dapat secara kasarnya macam mana rasanya bila ambik steroid. Betul, ia satu kelebihan tapi korang takkan dengar benda2 ni dibincangkan secara open kat gym2 atau kat forum.

Contoh : perumpamaan,

Katakanlah korang pegi track lumba kuda dan korang kene bet kuda mana yang menang tanpa tengok kuda tu dulu. Korang dapat tahu Kuda Satu ambik stanazolol dan testosterone selama 2 tahun, dan training dan diet tip top. Kuda Dua, walaupun Training dan diet tip top tapi adalah natural.

Mana satu korang akan bet? Obviously Kuda Satu...kuat tu beb ambik racun kuda tu!!

Tapi aper kata Kuda Satu tu kuda padi? Dan Kuda Dua adalah kuda racing baka arab? Korang akan bet lagi ke Kuda Satu ni? Orang bodoh jer nak bet Kuda Satu ni lepas dia tahu perkara sebenar.

Betapa banyak kuda padi tu ambik racun, siap mandi lagi dalam testosterone, mati hidup balik pun dia takkan mungkin akan menang dengan Kuda Racing berbaka Arab tu yang memang untuk speed. Genetic advantages rule!!

Point yang aku nak sampaikan adalah, semua athlete yang power gila dalam bidang mereka, tak kiralah Bodybuilding ke, Track and Field ke, bola ke, adalah umpama Kuda Racing dalam bidang diaorang. So diaorang akan power with or without steroid. Korang ingat Ronnie Coleman menang 8 Mr Olympia sebab dia ambik paling banyak racun, atau lagi advance racun dia dari orang lain? Dia menang first competition masa masih natural!!

Daripada orang sekeliling dia mengatakan dia ni tak pernah ponteng training, disiplin dalam pemakanan. Dia bekerja keras untuk dapatkan 8 title Olympia tu. Memang Steroid memainkan peranan, tapi tanpa disiplin dan kerja keras, racun tu takkan kemana.

Seseorang yang genetik biasa2 dan workout ntah aper2, tak serious dalam diet, selalu ponteng workout, boleh ambik semua racun kat Pakistan dan India, dia masih tak boleh menang any bodybuilding competition. Tapi kalau korang bagi aku sorang ni yang natural, genetik bagus dan berdedikasi dalam training dan diet, aku berani bet dia akan kalahkan orang yang sorang lagi.

Korang akan terkejut sebab kebanyakkan Pro BB tak ambik banyak racun daripada BB biasa sebab diaorang (atau trainer diaorang) pandai, yang more is not always better (think of hutang dan rasa sakit, korang nak banyak ke?). Kalau korang cucuk 1000mg Testosterone seminggu pun korang tak grow, korang ingat 2000mg seminggu boleh ke..? perghhh bunuh diri tu...Itu mesti training dan diet korang something wrong, bukan pasal dadah.

Macam semua supplement jugak, racun ni menolong untuk protein sintesis, meningkatkan lipolysis(fat burning), bagi tenaga dan recover lagi cepat dan sepenuhnya. Dan semua tu adalah benefit yang besar tu, kalau yang lain lain (genetik, diet dan training) adalah sama. Kalau dua2 Kuda Racing compete, dan salah satu ambik racun, aku akan pilih kuda yang 'beracun' tu untuk menang.

TAPI, selalunya, racun ni lebih kepada hindrance daripada advantage. Aku selalu dengar, kalau tak ambik racun, jadi malas nak workout, kalau tak ambik ephedera dan clenbutrol taknak buat cardio. Macam la tak boleh lose fat kalau tak ambik. Nak tau macam mana nak lose fat dengan cepat walaupun tak ambik ephedera dan clenbutrol? Buat 10% more cardio!!

DAN, kebanyakkan orang yang tak pakai steroid selalu menyalahkan steroid sebagai sebab utama diorang tak boleh besar, kuat dan lose fat. Pernah dengar ni : Aku bukan taknak besar, tapi kalau aku ambik racun aku kan lagi besar dari mamat tu. Malu la dia nanti. Mamat tu ambik racun.
Kalau korang bertungkus lumus, membanting tulang secara naturalnya untuk membesarkan badan dan badan korang antara yang terbaik dalam top 5 dalam BB competition, tapi pasal no 1 tu ambik steroid, memang la korang kalah. Tapi kalau workout tak seberapa, dan korang tak pernah push your body to the limit, alasan steroid tu adalah ALASAN sahaja.

Bagi aku, aku tak kisah, korang ambik racun atau tidak, selagi korang bekerja keras dalam training dan diet, korang akan dapat respek dari aku. Tapi jangan pikir racun boleh substitute hard work. Disiplin dan semangat tinggi tak boleh dapat dalam jarum atau pill kengkawan wei

Aper yang bodybuilder patut buat tapi jarang buat

-Tak makan sayur

Percayalah kebanyakan BB tak suka makan sayur..kalau makan pun brocoli, itu pun pasal bodybuilder orang putih kata bagus. Rasanya kalau diaorang kata petai atau pucuk pegaga bagus untuk kesihatan barulah BB lain makan kot. Sayuran dan buah ada fiber yang boleh melancarkan perjalanan usus anda. Badan kita memerlukan 5-20g fiber sehari. Dan juga ada banyak vitamin dalam sayuran.

-Tak workout kaki.

Pernah tak tengok di gym korang, upper body cantik, tebal, tapi bila tengok bawah..ya Allah apa dah jadi? Macam pokok Rhu lah. Nampak macam tak stable je. Tahulah workout kaki tu menyakitkan, memeningkan (sape pernah muntah workout kaki?) dan paling tak syok, tapi tahu tak, kalau nak chest besar, arm besar kena workout kaki. Be a man brother...Bodybuilder mesti tahan.

-Workout bahagian badan yang nampak di cermin sahaja.

Ni lagi satu, balik-balik chest, balik-balik chest. hari ni chest esok chest lusa chest. Kalau chest tu boleh cakap dah lama dah dia maki. Chest tu boleh pakai bra dah. Lepas tu buat shoulder sikit, arm sikit. Abs buat tiap tiap hari. Apa jadi dengan back, lowerback dan jugak kaki? Aku rasa sebab tak nampak kot..tu pasal chest, shoulder dengan arm ni di panggil mirror muscle. Workout back, lowerback dan kaki adalah penting sebab kalau tidak, ia akan menyebabkan muscle dan postural imbalance,boleh menyebabkan injury. Bila training semua muscle, baru la ada symmetrical

-Buat Cardio atas treadmill

Haa..ni aku pun kadang tak buat... Cardio ni bukan prepare untuk competition je..ia penting untuk everyday life. Untuk stamina. Memang la boring, tapi cari la jalan untuk tak bagi boring. Pi la joging kat taman ka, bawak ipod ka..Nanti tak la semput.

-Tak buat medical checkup

Ni untuk bodybuilder yang ambik racun. Sekurang-kurangnya setahun sekali. Badan kita ni nak pakai lama, seumur hidup, bukannya sampai 5-10 tahun je.

Thursday, August 20, 2009

What is Personal Training?

What is Personal Training?
Personal Training is personalise training programme for the trainee. Personal Trainer is a person who helps people exercise. Simple huh? Not so fast. It goes deeper than that. Personal Trainer help their client to achieved their client's goal faster, a motivator, a counselor and a friend. They pick you up when you are down, and say one more round!


What result do you expect from personal training?
Create a personalise programme to fit your schedule and goal. Learn how to turn your body into 'fat burning machine'. Burn off the fat and keep it off for life. Find out how to get maximum result out of the least amount of time. Be in better shape regardless your age. Get the motivation and inspiration you need to stick with your programme.


My Approach
The goal of my personal training program is to maximise result in a shortest possible time. I don't teach you how to use a particular machines, but teach you how to exercise properly to achieve goals, rehabilitate injuries, and prevent future injuries.

How to hire me?
Please contact me at this address thestrongpage.official@gmail.com or +6011-23620042 for further information.