Wednesday, January 19, 2011

KENAPA CARDIO SAJA TIDAK CUKUP UNTUK BUANG LEMAK.

Sebenarnya ini isu lama yang dah berkali kali di bincangkan, tapi kenapa masih RAMAI (yes, ramai) wanita (dan jugak sesetengah lelaki) yang masih lagi menganggap cardio sahaja cukup untuk mengurangkan lemak. Jadi artikel ini bertujuan untuk menyedarkan wanita dan sesetengah lelaki yang percaya bahawa dengan membuat cardio dan juga abs crunch boleh membuatkan mereka hilangkan lemak di badan.


Semua orang tahu cara yang terbaik untuk membakar kalori dan juga lemak adalah dengan membuat cardio. Atau betul ke? Apa yang kebanyakkan orang tak tahu bahawa membuat cardio tanpa membuat weight training adalah perkara yang paling teruk untuk membuang lemak. Bila tanya mereka yang tengah buat exercise perut, 9 daripada 10 orang akan kata untuk buang lemak di perut, dan 10 daripada 10 daripadanya takkan dapat. Kenapa terjadi macam tu, sebab kita tak boleh secara spesifik hilangkan lemak pada badan kita. Jika badan kita membakar lemak, badan kita akan membakar keseluruhan lemak dibadan kita tanpa mengira dimana ianya dibakar.


Jadi, apa yang selalunya wanita wanita ni buat untuk lose weight? Ini mungkin korang.
1) Buat cardio 1 - 2 jam atau buat kelas aerobik (walaupun kelas tu ada weight training, tapi ianya masih cardio dengan weights. Remember JM every one?)

2) Tak makan nasi, atau makan sikit jer 1-2 kali sehari, lepas tu melantak dengan banyakkan pada hari 3 – 4, kemudian rasa bersalah. Dan repeat cycle.

Ada dua kesilapan yang selalu dibuat. Jadi kenapa silap? Mari mula begini. Badan kita memerlukan kalori yang cukup untuk berfungsi, dan yang paling penting, untuk mengekalkan muscle.

Korang akan kata, saya nak lose weight, bukannya nak bina muscle. Saya tak nak besar (a very typical women’s respond). Sebenarnya untuk lose weight, korang kena build muscle. Keliru? Haa..macam ni.

Muscle korang bertanggungjawab dalam metabolism badan korang. Metabolism adalah jumlah kalori yang korang bakar semasa korang rehat. Jadi Lagi banyak muscle korang ada, lagi banyak kalori yang akan dibakar semasa rehat. Ini dipanggil Basal Metabolic Rate atau BMR. Jika badan tidak dapat makanan yang secukupnya untuk fungsi fungsi badan, ianya akan mula mencari alternatif lain. Kalau korang diberi piliahn antara lemak dan daging, mana satu korang akan pilih? Mestilah daging kan..jadi, badan kita pun macam tu. Ia akan mula membakar otot kita. Jadi akan berlaku terbalik, lagi banyak muscle dibakar, lagi kuranglah BMR kita, dan badan kita akan kurang bakar kalori, menyebabkan metabolisme kita pun jatuh.

Sekarang kita bincang mengenai kekerapan makan. Bila kita makan, badan kita akan mula membakar kalori, tu pasal kadang kadang kita berpeluh. Cuba bayangkan badan kita macam tempat bakar kayu. untuk memastikan api tu tak padam, kita kena sentiasa letakkan kayu api. Makanan kita pun macam kayu api juga. Apa terjadi kalau kita tak makan? Api akan mengecil. Sama lah dengan badan kita. Jadi makan sekurang kurangnya 5-6 kali sehari adalah terbaik. Tapi maksud makan 5-6 kali sehari bukan bermakna boleh melantak sesuka hati. Makan makanan yang rendah lemak tepu, kurangkan makanan yang bergoreng, banyakan sayur sayuran dan buahan untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Makan diantara waktu lunch dan sarapan, atau antara waktu lunch dan makan malam, boleh ambil buah buahan atau kekacang (ini pun lemak, tapi lemak yang sihat). Dan ambil protein setiap kali makan, dan juga jangan lupa makan carbo. Apa? Makan carbo? Gila ke? Nanti gemuk! Jangan risau, carbo adalah bagus untuk korang, terutama selepas workout. Apa juga exercise yang mengambil masa lebih 45 minit akan menyebabkan carbo atau glycogen dalam badan korang berkurangan. Glycogen adalah carbo yang di simpan dalam muscle dan juga organ dalaman. Selepas korang buat cardio, korang perasan tak yang muscle korang rasa lembik dan korang rasa kurus? Ini bukan hanya disebabkan oleh korang berpeluh, tapi juga daripada korang menggunakan glycogen dalam muscle korang. Disini lah bermulanya kenapa di cipta diet yang rendah carbo.

Selepas 1– 2 hari tak ambil carbo, kebanyakkan orang akan hilang 2-3 kg berat badan, yang kebanyakannya adalah berat air. Bukan saja korang lose weight, tapi korang akan rasa ‘kurus’. Ini disebabkan oleh muscle korang kekurangan glycogen. Carbo menyebabkan muscle korang akan di penuhi glycogen, menyebabkan korang rasa bloated. Tidak mengambil carbo akan menyebabkan badan korang akan mejadi tak cergas, dan otak korang kurang cerdas. 2/3 daripada pengambilan carbo digunakan oleh otak kita. Itu pasal kebanyakan orang akan rasa pening atau rasa nak pitam, sehinggalah badan kita menjadi biasa dengan kekurangan carbo. Badan kita boleh berfungsi, tapi tidak pada tahap maksimum.

Kita mesti makan carbo, tapi jika terlampau banyak, dah jadi tak bagus. Jadi kita mestilah ada keseimbangan dalam pemakanan kita. Jadi sekarang korang dah tahu, kenapa cardio saja tak cukup untuk membuang lemak? Jadi mula lah buat weight training program. Banyak exercise exercise yang ada dalam fitness magazine for women. Atau kalau ada duit lebih, invest untuk mengambil personal trainer. Mereka bukan saja boleh membuat program untuk lose fat, tapi memastikan korang membuat exercise itu dengan betul.

2 comments:

  1. memang betoi...memang ada rasa nak pening atau pitam kalu x makan carbo...sebab dah kena kat aku...hihihi

    ReplyDelete
  2. If this is the case, this is the perfect time to give your cardio routines a different mix before you ask a fitness expert for help to shed those fats. I have listed below things that can help you on your cardio routines:
    read more about it here

    ReplyDelete