Monday, April 4, 2011

Apa yang aku dah belajar...dulu dan sekarang PART 1

          
          Robinson et al, 2003, Medicine and Science in Sports and Exercise


1)                         Study Setup Basics:
Subjek subjek yang tidak pernah buat weight training diuji sebelum dan selepas workout.
10g arginine + 70g simple carbs (bahan asas dalam semua  nitric oxide supplements) ATAU 10g glycine + 70g carbs (placebo) supplemented post workout
2)                          Result:
Tiada perubahan pada pembesaran pembuluh darah, tekanan darah, insulin atau pun penyerapan karbohidrate berbanding dengan placebo.

Dan hanya research ini sahaja yang dibuat oleh peer review.
Tapi tak semua supplement tak bagus. Contohnya protein powder dan creatine.
            
            1) Tipton et al, 2001, American Journal of Physiology


2) Study Setup Basics:
Sekumpulan subjek yang weight-trained membuat 2 sesi yang berlainan.
Session A Minum protein sebelum training
Session B Minum protein selepas training
Minuman itu mengandungi 6g essential amino acids dan 35g sukrose


3) Results:
Keputusannya, kedua dua keadaan meningkatkan sintesis protein, tetapi dengan meminum protein sebelum exercise meningkatkan sintesis protein sebanyak 2.5 kali ganda daripada minum selepas training.

Jadi sekarang walaupun aku tak ambil supplement, tapi sebenarnya masih ok, otot aku tak akan mengecut serta merta. Untuk perhatian, aku dah tak ambil supplement semenjak 2009. Tapi strength, otot masih meningkat. Janji pemakanan beres.

2.  2. Program
   
Dulu, aku anggap, semua program sama. Kalau nak buat bulk, buat       bodybuilding program iaitu 5-6 days a week, buat bodypart split. Nak cut, buat bodybuilding program, tambah cardio, dan buat hi rep. Dan jugak buat super sets, staggered set, tri set, dan macam macam lagi. Sehinggalah aku jadi personal trainer pun knowledge aku tak bertambah. Jadilah aku ni typikal bodybuilder, yang tak updatekan diri sendiri mengenai training. Apa yang aku update? The latest supplement dan the latest ubat ubatan. Ramai orang yang datang kat aku, kata dah training 2-3 tahun, tapi badan tak boleh besar. Masa tu, aku akan prescribekan buat lagi banyak super set, atau giant set. Adoi, betapa cluelessnya aku.

Apabila aku resign daripada menjadi Personal Training di California Fitness (sekarang ni Celebrity Fitness), aku ada banyak masa MEMBACA. Tak kiralah dari Internet atau dari buku, yang dulu masa aku kerja, tak berkesempatan nak buat itu semua.

Baru aku realise, yang bodypart split, sesuai untuk bodybuilder saja. Untuk beginners dan juga intermediate lifters tak berapa sesuai. Kenapa? aku ada perjelaskan dalam artikel aku, Beginners, jangan train macam bodybuilder.

Jadi sekarang, ada banyak cara untuk training. Yang biasa kita dengar, Bodypart split program aka Bodybuilding Program (yang biasa kita tengok di majalah muscle), Upper Lower split, Push Pull, dan juga Total Body Training.

Banyak aku lihat beginners dan jugak intermediate yang frust sebab tak dapat result yang bagus, akan pergi ke anabolic steroid. Ini adalah sebab utama penggunaan steroid secara rekreasi bebudak ini. Senang, quick fix. Tapi ia tidaklah menyelesaikan masalah. Dan Otai otai juga kadang kadang bersalah juga, dimana knowledge 10-20 tahun dulu yang dah out of date, tak di updatekan, tapi di downloadkan kepada generasi yang baru. Sekarang ni di barat, untuk cutting, dah tak buat hi reps, tapi di sini, hi rep adalah kemestian. Sebab, 20-30 tahun dulu, bodybuilder dulu buat macam tu. Bukan nak kata otai otai sekarang ni ketinggalan zaman, tapi kadang kadang knowledge tu perlu di updatekan dari masa ke semasa.

Nanti ikuti pulak part 2 dari siri ini yang akan datang. Banyak benda yang dipelajari apabila kita berada di perspektif yang berbeza.

No comments:

Post a Comment