Thursday, April 21, 2011

Fear Factor


Bila aku tengok TV, majalah atau surat khabar, aku perasan, banyak iklan iklan yang menggunakan taktik menakut nakutkan. Oh korang tahu kan iklan ikalan yang macam mana. Minumlah susu ini supaya otak anak anda lebih cerdas, cerahkan kulit anda, kurangkan berat badan anda, tumbuhkan rambut anda. Yang paling kelakar, pilihlah susu ini sebab tiada gula tambahan, kemudian keluar pulak iklan McDonald.

Bukan maksud aku iklan menakut nakutkan ini tidak bagus, sebab ianya sangat berkesan. Tengoklah iklan pasal Dengie, Aids dan merokok, ianya bagus untuk memberikan kesedaran pada masyarakat. Yang aku kata tak bagus bila syarikat syarikat ini menakut nakut orang ramai untuk melariskan barangan mereka.

Contohnya iklan pasal gula tambahan pada gula. Kenapa sekarang baru di perkatakan. berapa banyak gula sebenarnya dalam susu tu, sebelum ianya menjadi gula tambahan? kalau gula dalam susu tu dah tinggi, bukankah sama dengan produk yang ada gula tambahan? Dan adakah berguna, kalau ibu bapa beli susu tersebut, tetapi memberikan junk food pada anak anak mereka?

Iklan untuk cerahkan kulit, sebab kulit kusam dan gelap tidak cantik. Wow..korang tau tak, cuma orang Malaysia jer (dan mungkin di India) yang nak jadi putih. Di tempat lain, diaorang nak jadi GELAP atau TAN. Habis tu kenapa mat saleh ni suka berjemur? Even orang CINA pun suka berjemur (terutama orang Hong Kong, Korea, Jepun). Jadi orang yang cerah pun nak jadi gelap. Sebab, bila terlampau cerah, diaorang nampak pucat.

Iklan untuk kuruskan badan. Aku tahu obesiti menjadi satu isu. Tapi dengan promote perlangsingan badan, tanpa exercise dan diet yang betul? Makan pill ni jadi kurus, minum itu jadi kurus. Ini akan meyebabkan kita tak memberi mereka ini long term success. Semua orang boleh lose weight. Tak makan pun kita boleh lose weight. Tapi untuk maintain berat badan itu yang susah. Tanpa good eating habits dan juga regular exercise, kita akan ‘meletup’ semula kepada berat asal kita. Dan aku selalu tengok ‘before’ punya gambar. Selalunya akan ambil gambar orang baru lepas bersalin (Ziana Zain dan beberapa selebriti lain). memang la diaorang ada ‘baby fat’ Tapi dengan berpantang, dan juga menyusukan bayi, berat tu akan turun.

Selain dari iklan iklan di media media, aku selalu nampak fear factor ini di gym gym. Takut buat squats dan deadlift, sebab takut sakit belakang. Takut nak buat freeweight sebab takut terhempap. Semua ni cuma alasan alasan untuk tidak workout dengan bersungguh sungguh. Semuanya menonong ke machine, atau lagi teruk lagi, smith machine. Kalau smith machine ada orang pakai, sanggup tunggu, atau pun marah owner gym, kenapa tak beli smith machine banyak banyak. Free weight yang diaorang buat pun, mungkin bicep curl. Macam orang putih kata, it’s all in your head.

Memang la risiko buat freeweight ni lebih tinggi dari machine. Janganlah rambang mata, angkat diluar kemampuan. Dan belajar teknik teknik yang betul, untuk buat deadlift, squats dan bench press. Exercise exercise ini lebih baik daripada SEMUA machine machine exercise di campurkan.

Jadi hilangkan rasa takut daripada menggunakan freeweight ni. Dan korang nanti berterima kasih kat aku.

1 comment: