Sunday, June 26, 2011

Triset untuk Lats



Banyak orang salah anggap yang V shape adalah berkenaan dengan kualiti muscle Latissimus dorsi. Tapi sebenarnya ianya cuma salah satu daripada penyumbang kepada V shape. Yang lain2 adalah Deltoid, Teres major dan jugak pinggang yang kecik. 

Apabila berada di gym, percentage orang yang betul2 ada V shape adalah sangatlah kurang. Dan lagi kurang lagi kualiti lats. Sebab kebanyakkan orang tak berapa rasa lats masa buat chinups, pull ups, dan semua lats exercise. Jadi aper yang terjadi adalah sub par lats development. 

Disini aku nak tunjukkan satu triset yang bagi kena lats daripada semua arah. Aku tahu triset ni memang akan bagi kena betul2 pada lats korang sebab aku dah buat triset ni and boy! gila kembang!. 

Exercise 1 Pull up sampai 'mechanical failure'. 

Disebabkan oleh exercise ni memerlukan tenaga yang banyak, jadi ia akan jadi exercise yang pertama. Tak perlulah aku nak explain pull macam mana, sebab by now you should know pull up tu aper, chin up tu aper. Kalau tak tau jugak pi google. Yang perlu aku explain adalah mechanical failure. Mechanical failure bermaksud korang dah tak boleh buat dengan betul. Maksudnya, korang boleh buat perfect form for 6 reps, tapi korang boleh buat sampai 12, tapi rupa form dah macam apa2, baik korang stick to 6 reps je. 

Exercise 2: Decline Cable Pullovers — 12 Reps 

Dengan buat Pull over dengan decline bench, korang akan mengurangkan penglibatan otot2 lain, selain daripada lats. Jadi buat macam pullover yang bisa korang buat, cuma weights tu kurangkan sikit sebab ini bukannya power exercise, ia lebih kepada teknik, tapi jangan terlalu ringan sampai tak ada stimulus pulak. 







Exercise 3: Modified Seated Rows — 12 Reps

Degan modifikasi ni, korang akan rasa lebih pada mid dan jugak lower lats. Dengan underhand grip, lean forward sikit macam dalam gambar tu. Maintain back straight pada semua rep. 







Triset ni korang boleh buat 3-4 sets. Kalau lepas tu korang tak rasa kembang, korang mesti buat silap. Sebab ia akan buat lats korang kembang!

1 comment:

  1. Aku dah try, aku rase nie lah exercise utk lats yang degil..lol, lagi satu seated row tu aku rase boleh gak tukar ngan gironda lat row.. memang pam macam pam belon la..uhhu.

    ReplyDelete