Monday, July 18, 2011

6 Kesilapan Beginners Untuk Jadi Besar





Korang baca article ni sebab korang nak jadi besar, macam bodybuilder yang selalu korang nampak kat gym gym korang atau pun kalau rajin tengok competition, nak jadi macam competitor kat atas stage tu. Tapi sebenarnya susah nak gain weight ni. 

Supaya korang sedar betapa susahnya untuk gain muscle mass (semua orang boleh gain fat..even the skinny ones...skinny fat), aku nak jadi jujur sikit. aku tak nak menenangkan hati korang dengan kata2 bahawa gain weight ni senang jer, tapi aku nak bagitau halangan halangan dan jugak dugaan dugaan serta kesilapan2 yang korang biasa buat. Jadi pada penghujung article ni, korang nampak aper yang korang buat silap, kemudian belajar memperbaikinya, supaya korang boleh membesar bagai johan (kecuali memang nama korang Johan) 

Sebelum kita mula, ada dua idea yang korang kena grab..(macam cakap zizan raja lawak) 

Idea 1 - untuk gain mass, korang kena berbelanja lebih untuk barang2 dapur dari sebelumnya. Kalau korang nak besar tapi beli barang dapur (makanan), jangan harap korang akan besar. 

Idea 2 - Untuk gain mass, korang kena selalu beli bahan mentah, masak, makan, membasuh pinggan, dan kemas dapur lebih daripada selalu korang buat. Ingat tu, kalau korang tak selalu membeli makanan dan masak selalu (tak kira la kat umah ke atau di kedai), jangan harap korang akan besar. 

Memang la akan ada halangan dan dugaan, tapi korang tak nak dengar tu semuakan. Aper yang korang nak dengar adalah, senang senang senang. Semua artikle kat internet, buku, TV dan jugak majalah mana ada discuss pasal halangan dan dugaan tu semua, semuanya menceritakan betapa senang nya untuk gain weight, senang nya untuk exercise berat2, senangnya untuk dapat badan macam fitness model. 

Tapi realitynya adalah TAK SEMUDAH ITU! Tapi ia akan jadi sedikit senang bila korang preparekan minda korang tentang betapa susahnya untuk gain weight dan betapa ia mengambil masa yang lama. Korang tau tak, manusia ni selalunya overestimate how difficult things will be dan underestimate how long does it takes untuk mencapainya. Menganggap korang boleh gain weight tanpa membuang habit2 yang dulu, (tak makan dengan cukup, keluar clubbing sampai pagi, hisap rokok dan macam2 lagi) dan tak memberi masa yang secukupnya untuk habit baru untuk bertapak, adalah satu tanggapan yang silap, dan memang patut pun korang FAIL. Betul aper yang orang cakap: Maksud gila adalah membuat sesuatu yang sama berulang2 kali tapi mengharapkan keputusan berbeza. 

Tapi, secara jujurnya aku tak tau dengan tepat aper yang membuatkan korang ak boleh besar tanpa jumpa korang satu persatu buat assessment tentang habit korang , tapi melalui experience pengalaman aku training banyak client, aku tau kebanyakkan orang buat kesilapan2 ni bila diaorang nak besar. 

Ini adalah antara kesilapan2 yang paling ketara. 

Silap 1 Makan terlalu sikit kalori. 

Kebanyakkan orang makan terlampau sikit. Aku tau aper yang korang pikirkan - 'cess, memang la nak besar kena makan banayak, adik aku pun tau', tapi betul ke korang tahu? kalau korang masih lagi kurus, tak besar, maknanya korang tak tau la tu!! 

Badan kita mematuhi Law of Thermodynamics (maknanya badan kita tak boleh built muscle tanpa tenaga tambahan), jadi bila korang lose weight, maknanya korang tak cukup tenaga untuk buat muscle, bila weight korang stable, tak naik atau turun maknanya tenaga korang balance, dan kalau korang gain weight, maknanya korang makan lebih kalori. Jadi simple kan korang kena makan. makan. makan. Jangan bimbang pasal protein berapa, carbo berapa, lemak berapa. just makan. Kalau korang workout, tak jadi hal pasal jadi gemuk atau tidak. 

Ingat, jangan sampai korang nak belajar semua dulu baru nak buat..kalau tunggu macam tu, sampai bila pun korang takkan mula. 


Silap 2 Almari Makanan Korang Kosong 

Selalu tak korang bila lapar, tapi bila pegi peti ais atau kabinet dapur, tak de aper nak makan..? (maggie dan sneks yang lain tu lain cerita). Selalukan? Jadi, aper yang perlu buat adalah stock kan barang makanan yang sihat (lagi skali, maggie bukan makanan sihat). Buang semua yang tak bagus, gantikan makanan yang boleh membuatkan korang besar, dan senantiasa isikan. 

Silap 3 Tak buat Meal Plan 

Satu sebab kenapa korang tak cukup makan, sebab korang tak plan awal2 aper yang korang nak makan. Failing to plan is planning to fail. Biasa dengarkan..baguss. 

Dengan cara makan aper yang ada di dapur, tapau makanan di kedai nasik lemak sebelum pegi kerja atau pun makan tengah hari dengan member kat kedai, cuma accomplish one thing, korang akan macam orang yang lain di tempat kerja korang, 'small' and 'weak'. 

Untuk jadi badan sasa dan berketul2, korang kena berkorban, makan 5-6 kali sehari. Bila korang bagun tido, korang dah tahu aper yang korang patut makan pada breakfast, mid morning snack, lunch, tea time dan sebagainya. Klau korang tak tahu, maknanya korang akan berisiko besar untuk skip a meal atau makan makanan yang salah. (macam mcD ke) 

Silap 4 Tak ada Kepelbagaian Makanan. 

Asyik2 chicken breast, telur, tuna. Lama2 korang akan rasa jelak. Bagi orang yang hardcore akan cakap - nak besar memang la kena makan semua2 tu. Ye betul, tapi korang tau tak, ia meghadkan kalori yang korang makan tetiap hari? mengurangkan pengambilan mineral dan vitamin yang lain, dan yang paling penting, berapa lama korang rasa bersemangat untuk makan chicken breast tiap2 hari? Pelbagaikan makanan korang, sekali skala makan la lamb ke, udang ke sotong ke...tak per..korang makan untuk besar, bukan untuk cut, makan makanan yang healthy dan berprotein tinggi. (macam lamb kabsah ke..nyum nyum) 

Silap 5 Makan 3 kali Sehari 

Hmmm..ini satu lagi. Orang biasa akan makan 3 kali sehari, sarapan, makan tengah hari dan jugak makan malam. so aper perbezaan antara korang dan orang biasa kalau korang pun makan 3 kali sehari? Korang akan jadi macam biasa2 jugak. Jadi nak badan besar, kena makan in between meals, misalan mid morning, tea time dan jugak supper. Dan jangan repeat kesilapan no 3, dengan tak plan makanan korang. jadi korang tahu korang kena makan 6 kali sehari, dan tahu aper yang patut di makan. 

Silap 6 Makan Ikut mood. 

Kebanyakan orang makan ikut mood atau ikut suka perut. Dan dioarang makan bukan bergantung pada apa yang diperlukan oleh badan, tapi oleh keperluan emosi diaorang. KOrang pernah tengok orang makan bila stress, atau tak makan sebab stress atau sedih..? Mereka ni treat the food as their mood, bukannya sebagai fuel kepada badan. 

Macam ni lah..korang bawak kereta di highway, tengah jalan minyak korang berkurangan, adakah korang tak berhenti di stesen minyak sebab mood korang tak nak berenti. Tentulah tidak, korang terpaksa berenti isi minyak sebab kalau tidak korang akan menapak balik. So samalah dengan badan korang. memang susah bila kita ada krisis macam ada kematian atau sakit. Tapi kalau korang berazam untuk besar, kena buat. 

so itu lah dia beberapa kesilapan yang selalunya beginners buat, dan jugak orang2 yang kurus. Adakah beberapa kesilapan kat atas tu menunjukkan apa yang korang buat masa ni? so belajarlah dari kesilapan. Kalau tak belajar jugak, jangan mengada2 nak komplen kenapa korang tak besar besar. 

Artikle ni adalah permulaan, untuk korang cerminkan aper yang sepatutnya korang buat. Step yang seterusnya adalah buat planning, macam mana nak buat. Good Luck!

1 comment: