Wednesday, November 16, 2011

Beberapa Cara Untuk Menjadi Bertambah Kuat.


Apabila kita telah beberapa tahun bermain besi, sampai satu tahap strength kita akan meningkat amat lah perlahan. Kalau masa beginner dulu, strength korang (kalau training dengan cara betul) akan mencanak canak naik. Tapi lepas tu start mendatar.

Kadang kadang tu kita kena think out of the box...sebab aku tau korang dah buat macam macam untuk menambahkan strength korang, daripada ambik supplement yang legal dan jugak illegal, sampai la bertukar tukar program. Sekarang ni cecuba try strategy ni pulak.

Buat Warm ups

Hek eleh..ingat kan revolution sangat lah strategy tu. Memang, nampak sangat lah simple, tapi korang akan terkejut betapa ramai orang buat exercise tanpa proper warm up. Tujuan warm up, adalah untuk menaikkan core body temperature. Korang tahu tak, performance korang akan meningkat apabila suhu badan korang meningkat. Bayangkan kulit korang sejuk pun akan menyebabkan performance korang berkurangan? Tengok study ni. Jadi lebih elok buat warm up dulu, 5-10 minit, termasuklah stretching. Apa korang dah start berpeluh, baru korang boleh start training.

Minum Air

Aku bercakap juga bagi pihak diri aku sendiri, yang aku pun kurang minum air. Jadi aku selalu make a point untuk minum at least se liter 1/2 jam sebelum workout. Selalunya bila korang training dalam tempat beraircond, korang akan kurang minum air sebab tak dahaga. Bahaya tu, minum jugak walaupun tak dahaga. Korang tau tak, bahawa kalau korang kekurangan air, performance korang juga turun? Sama macam air dalam carberator kete korang la, kalau kurang air, nanti over heat, dapat heat stroke.

Minum Kopi.

Aku ni hantu kopi. Satu hari 3 cawan nescafe minimum. Dulu lagi teruk sampai 5 cawan. Tapi semenjak dah berumur ni (hahaha) kalau minum lebih dari 3 cawan akan pening kepala. Tapi aku mesti pekena kopi sebelum training. Sebab? Ia nya akan memberi extra boast to performance. Tak percaya? International Olympic Committee menyenaraikan caffeine ni sebagai banned substance bersamaan dengan steroid, dalam Olympic, sebab sebagai performance enhancement.

Grip Kuat Kuat!

Aku kalau train client aku, kalau new heavy weights, aku akan cue " keep your body tight". Secara automatic badan mereka akan tense up dan grip diaorang jadi kuat. Berapa banyak lifter yang aku tengok, kalau nak angkat berat, especially  bench press, squats dan deadlift, badan mesti 'lose'. Maknanya tak tense up. Ingat, walaupun kita buat chest, kita sebenarnya pakai seluruh badan. There are no such thing as isolation exercise kalau dari segi anatomy. Tu pasal bontot korang ternaik kalau korang buat chest. Hips dan kaki korang cuba nak tolong 'angkat'. Dengan grip yang kuat, ia akan activatekan nervous system untuk set yang mendatang.

Tengok/Perbaiki Form.

Kadang kadang tu, walaupun kita rasa rasa dah betul dah, tapi sebenarnya ada lagi ruang untuk kita improve sesuatu exercise tu. Misalannya kalau buat deadlift, rapatkan kedua dua tangan akan mengurangkan jarak angkatan. Pakai kasut yang flat seperti Vibram atau pun tanpa kasut bila buat deadlift (mengurangkan jarak angkatan). Dan jangan pikir lama lama bila nak mula angkat. Terus jer BOOMM!! Angkat.

Tukar Lagu!

Memang lagu yang baik memainkan peranan untuk meningkatkan 'mood'. Apabila nak angkat weight yang berat..dengan di iringi lagu Kenny G, atau pun lagu lagu Eddie Hamid, mana nak terangkat weight tu. Jadi kalau boleh, suruh la owner gym tukar lagu best best sikit, tak pun pakai MP3 player.

Hopefully tips tips ni membolehkan korang pecahkan personal record korang. Selamat mencuba.

16 comments:

  1. Fuh! Memang betul la pasal minum air tu. Selalunya mmg sgt kurang minum air. Tapi bila dah teguk air before and during training, mmg terasa bezanya. Simple je tip tu. Tapi mmg berkesan.

    ReplyDelete
  2. sharil, wak hari2 pasang lagu sama le

    ReplyDelete
  3. @aizan: sometimes the simplest solution is the best hahaha...

    @Mr Feckry: nak buat macam mana...orang lama..bawak la MP3 Player...

    ReplyDelete
  4. bro..kalau sy workout lam gim air cond, abes stiap2 set, peluh cpat kering, badan jadi sejuk pastu jadi malas..cna nk wat ek?? rest between set kna kurang ke??

    ReplyDelete
  5. @e-crump hardy: selalunya rest mungkin lama, tapi kalau rest pun tak lama tapi masih rasa sejuk, cuba pakai baju lengan panjang mula mula exercise, bila dah ok, baru buka. elakkan pakai sleeveless atau pun tank top. pakai baju t biasa.

    ReplyDelete
  6. Flex Lewis kate: Prevention is better that cure"..uhhuuh... Aku ade try yang kopi tu..hahaha, memang pergi beb!!, aku takyah ambik Jack 3d..lol.. kopi sbg pre workout pon ok.

    ReplyDelete
  7. tak boleh sebab dia akan mengurangkan effek creatine tu.

    ReplyDelete
  8. ok.. bro..tqvm, good blog keep it up.. ;)

    ReplyDelete
  9. artikel best, tambahan waktu pull tu zikir laillah waktu push zikir haillallah. cubalah

    ReplyDelete
  10. Saya guna headset bila ramai yg dlm gym bersembang..jenis2 screamer ramai..so nak fokus kena headset jugak..lagu..butterfinggers all song...

    ReplyDelete
  11. terima kasih byk2.. artikel yg membantu :)

    ReplyDelete
  12. kopi apa yg best bro?? stakat ni pekene kopi kapal api je.. hahahaha

    ReplyDelete
  13. selain kopi??
    tak minat berbenor ke kopi..hahaha

    ReplyDelete
  14. Nak tanye la....saya ada bukak satu page pasal buat badan ni...page tu kata..nak start gym tuk angkat heavyweight nye xperlu untuk stretching...betul ke ?? And pasal coffee tu kan..air coffee mengandundi caffein...umur saya baru 18..elok ke kalau minum minuman bercaffein..sebab minuman bercaffeinkan boleh melambatkan ketinggian...mintak penjelasan ye...tq

    ReplyDelete