Friday, April 27, 2012

Back to Basic


Bila kita tengok di Facebook dan di forum forum bina badan dan juga kesihatan, macam macam persoalan yang kita boleh lihat dan baca. Macam mana nak besarkan chest, macam mana nak kurangkan lemak, macam mana nak cantikkan punggung. Dan permasalahannya pulak di gubah NAMPAK macam sangatlah complex. Sampai kita terpikir, wah, macam kena ada satu magic exercise, magic diet atau pun magic supplement yang boleh membawa korang ke matlamat. Ataupun kena high level of understanding of nutrition dan exercise physiology dan bio mechanics.

Tahu tak, kadang kadang masalah yang dianggap complex, penyelesaiannya adalah mudah? Termasuklah dalam training dan diet.

Masalah # 1
 "bro, macam mana nak besarkan chest/shoulder/arms/apa apa aja lagi aku ni. Kalau aku buat drop set, triple drop set, one drop perfume dengan tambah super set, superduperset superman spiderman, agak agak boleh tak besar?"

Masalah # 2
"Abang, macam mana nak kurangkan lemak kat paha saya ni, dah macam macam saya buat. Saya jogging, letak minyak panas, minyak cap kapak, letak lotion, minyak masak, tak makan, makan biskut tiger, tinggal nak kikis dengan pisau jer, tapi semua tak menjadi.

Kan kedengaran complex tu.

Jawapan masalah #1
Ok, berat untuk chest berapo? 50kg bang. Sebelah ke? Tak, total bang. Hok aloh, memang la chest ko tak besar, angkat pun ringan jer, Cuba angkat sampai 100kg agak agak bosa tak chest ekau tu.

Jawapan maslah #2
Jawapannya senang ajer. Banyakkan weight training. Buat squats, lunges push ups. Bila badan jadi kuat, lemak tak nak berdamping. Yang akan berdamping adalah muscle.

Do the basic first!


Tak ramai yang buat ni. Terus nak terjun ke arah program program yang memeningkan kepala. Lepas tu pening kepala kenapa tak besar besar.

Aku berani bet, kalau cerita pasal fitnes atau exercise, yang lelaki kebanyakkan akan buat ni bench press, shoulder press, bicep curl dan perempuan kebanyakkannya akan menonong ke treadmill, basikal, atau kelas kelas aerobik.

Tak kira la lelaki atau wanita, basic tetap sama walau pun ada perbezaan. Untuk tahu boleh tengok artikel ni SINI.


Jadi, apa yang basic?

STRENGTH. Tanpa kekuatan atau strength, apa saja goal yang korang nak capai, takkan tercapai. Misalannya, mana lebih elok, buat bench press 50kg dengan 12 reps, atau pun buat 100kg dengan 5-8 reps? Bayangkan betapa besarnya chest korang kalau korang mampu buat.

Selalu dengar, aku nak bagi badan cantik jer, tak perlu la kot angkat berat berat. Yer la tu, lepas tu komplen kenapa chest tak naik la, arms tak besar la. Mula la mencarik carik program yang super duper untuk buat.

Train first dengan strength. Bila dah dapat strength, train untuk hypertrophy (membina otot) akan menjadi senang.

Jadi mulakan dengan Basic!




1 comment:

  1. biasalah bro,mula2 main nak badan cantik aje,,dah lama2, badan dah ada shape, sure nak besar lagi,,mana nk puas? unless bercita2 memang nk jadi gigolo ataupun anak ikan,,heheheh

    ReplyDelete