Thursday, April 5, 2012

Wahai wanita (dan lelaki), buang lah weighing scale korang!


Apabila bercakap pasal menguruskan badan, nak lean, nak fit, mesti topik pasal berat badan akan keluar. Bagi aku, tak ada orang yang lebih obses pasal kira berat badan selain dari perempuan yang nak lose weight. Almost all my female clients akan kata: ' I nak lose berat badan XXkg dalam masa Y bulan.' Yang tak kisah pasal weight bila buat training dalah apabila dia ada goal selain dari lose weight, macam panjat gunung ke, pergi kutub utara ke, ataupun baru jer sembuh dari sakit yang merbahaya (macam breast cancer).

Ada perbezaan yang ketara antara lose weight dengan lose bodyfat. Lose weight adalah dengan berkurangnya berat badan, tak kira lah muscle atau pun lemak (atau pun kaki atau tangan, lose weight jugak tu kan..?). Lose bodyfat pulak kita cuba mengurangkan lemak dan cuba untuk mengekal kan muscle sebanyak yang boleh. Tapi kebanyakkan perempuan akan buat untuk lose weight, jadi akan buat cardio yang banyak, buat poco poco, buat aerobik, dan TAK makan. Memang la lose weight, tapi weight tu akan 'menerkam' balik bila kita mula makan macam biasa.

Tapi dengan lose bodyfat, walaupun weight pada scale kita tak berubah banyak, tapi the true indication yang kita lose bodyfat, adalah baju kita. Aku ada satu client perempuan yang sibuk pasal bodyweight dia. Berat badan dia bukannya makin turun, tapi makin bertambah. Tambah 1kg dari berat dia mula start! Aku tanya, macam mana dengan baju dia, makin ketat atau makin longgar. Dia kata dia dah boleh pakai baju dia yang 3 tahun lepas yang sebelum start training tak boleh pakai langsung. There you go!

So aku pun tanya, adakah it make a difference kalau you boleh pakai baju masa you belum kawin lagi, tapi berat badan you macam sekarang? Are you happy? Dia kata of course dia happy!! Jadi weight tu tak jadi masalah kan?

Jadi bagi perempuan yang nak kurangkan berat badan, tukar sikit goal kepada nak kurangkan bodyfat! Macam mana nak buat?

1) Jangan buat banyak cardio, poco poco dan jugak aerobik, macam tiap tiap hari. Cukuplah buat 2-3 kali seminggu.

2) Lebihkan weight training. Dengan weight training akan mengekalkan muscle dan menyingkirkan lemak dengan meningkatkan metabolisme kita

3) Makan dengan teratur, jangan skip makan atau pun makan macam burung (eat like a bird, maknanya sikit la tu), kalau yang lemak banyak, kurangkan makan carbo, dan lebihkan makan ulam dan sayur serta lebihkan protein. Bukan lelaki jer perlu makan protein, perempuan pun sama.

Aku bukan suggest korang buang terus weight scale korang, mahal tu beli kat Guardian. Tapi aku cuma kata jangan obses sangat dengan weight pada scale tu, dan jangan mudah panik kalau weight korang tak turun. Aku cadangkan korang beli baju favorite korang, dan beli one size smaller. Atau pun bawak keluar balik baju baju favorite yang lama lama dah tak boleh pakai, sebagai kayu pengukur untuk progress korang.

Selamat berjaya.

10 comments:

  1. Very true. Kekadang blame the water retention , baru lepas min, etc

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh beli weight scale, tapi dont rely too much.

      Delete
  2. Saya dah lama tolak tepi itu weight scale....lagi puas hati tgk kat cermin & guna jeans sebagai pengukur :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good sebab kadang kadang berat kita fluctuate dari pagi ke malam. dan especially perempuan cepat demotivated bila tengok scale.

      ada satu client perempuan, she's making good progress. within 3 month lose about 15cm off her waist. she's happy about it cuz she can wear any dress she wants now, tapi satu hari she did a mistake of weighing her self, tengok weight tak banyak berubah, terus depress! Kena la explain balik kenapa jadi macam tu.

      Delete
  3. asm bro. ada tak kawan2 area seremban yg sy boleh ikut training ni? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada la. kengkawan semuanya di putrajaya dan KL.

      Delete
    2. Tijah.. boleh lah datang ke AIA Fitness di senawang..

      Delete
  4. salam bro... mula tukar diet.. start dari bulan Feb. selalu buat excesice arobik ni. tetapi badan tak berubah pon tetapi semanjak bulan feb dan tukar lepas buat arobik saya buak weight traning.. ada berubah sikit bentuk bandan saiz dah bertukar dari L ke S..... tu yang mengembirakan saya... alhamdulliah walaupon berat tak kurang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe..berat tak kurang, yang pentingnya ukuran lilit tu yang kurang..sebab kita tak pakai baju yang ada tag kat belakang tu 60kg atau 70kg, tapi S M L hehehe...

      Delete
  5. thanks for the info...skrg kne tukar mindset dl..

    ReplyDelete