Friday, June 8, 2012

One Goal At A Time!!


Arnold akan bulking dahulu sebelum buat cutting.

Aku selalu dihujani (yes literally) dengan soalan soalan macam ni; 

Macam mana bro nak gain muscle dan lose fat? Macam mana nak buat strength? Kalau buat bulking, aku nak ada 6 paks. Aku ada perumpamaan berkenaan dengan soalan soalan macam ni. Nak gain muscle dalam masa yang sama nak lose fat adalah sama dengan bawa kereta sambil membaca novel. 

Boleh buat tapi kalau nasib tak baik akan ke longkang.

Mari kita tengok  apa requirement dalam bulking dan juga untuk lose bodyfat. Untuk gain mass, kita kena ambil calories yang lebih untuk recovery dan juga untuk membina muscle. Untuk lose body fat, kita kena bakar lebihan calories. Jadi macam mana nak bina otot dan dalam masa yang sama kita nak lose fat? 

Macam aku kata, tak mustahil tapi susah.

Bukan bermakna korang makan apa saja terlintas. Jadi untuk bulking, pastikan pemakanan korang as clean as possible. Makan banyak, tapi clean, kurangkan makan makanan berlemak, bergoreng dan juga junk food.

Stratetgy yang bagus adalah dengan adakan target weight. Misalannya berat korang 60kg. Targetkan weight korang kepada 75kg ke 80kg. Lepas tu baru buat cutting. Set kan target berapa berat badan untuk cutting. Misalannya bila dah 80kg, buat cutting sehingga 70kg. Lepas tu buat bulking kali kedua, dan set kan target baru, iaitu 85kg ke 90kg. Dan cutting semula ke 75kg ke 80kg.

Mungkin akan ada yang berkata tak mustahil untuk gain muscle sambil lose fat, dan aku akan kata betul! Tapi amat jarang dan memerlukan perkiraan yang sangat jitu, iaitu mengira BMR seseorang, Bodyfat serta lean muscle dan juga calories requirement. Melainkan korang ada coach sendiri yang tahu apa yang dia buat, memang susah untuk lose fat sambil gain muscle secara natural.

Jadi, buat one goal at a time. Kalau nak gain weight, jangan lah mengharapkan bodyfat korang akan turun, cuma korang cuba kawal supaya tidak gain fat yang banyak. Buat satu satu supaya korang tak rasa kecewa.

5 comments:

  1. nape badan perlari marathon kurus no fat,tp strenght ada,dan nape org perlari 100m badan besar mcm bodybulder(usain bolt)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab pelari maraton tu banyak pakai type I muscle, dimana untuk endurance. Pelari 100m macam usain bolt, use a lot of type 2 for strength and explosive.

      Delete
  2. harap mr mohd shahril,cerita lebih detail tntg olahraga lah,

    ReplyDelete
  3. Bro nak tanya pendapat on your expert opinion, Intro - sya dah berumur 39 tahun, for the last 3 months ni main gym balik (angkat besi), last kali main gym 15 tahun dulu masa kat Uni. Now main semula and Progress muscle membesar agak slow, tapi i don't mind sebab mmg main gym balik untk exercise dan kurangkan kolesterol yg tinggi.
    soalannya:

    1) Umur dah meningkat ni sya ada ambil Labrada Lean body Mass 60, ambil pon dalam 1 scoop 1/2 2 x sehari , lepas lift weight dan sebelum tidur. Sya risau jadi macam kes abang sya dia dulu ada amik protein juga brand after a while dia stop main gym and now protien sume dah turun ke kaki (tak tau la betul ke tak saya mentioned ni) and now dia suffer 'gaut' . So kalau sya yang dah berumur ni ambil body mass chances nak kena 'gaut' tu tinggi tak eventhough saya tau penyebab nya adalah asid urik yang tinggi.
    2) Soalan ke 2 boleh ker ambil body mass 1 scoop 1/2 jer 2 x sehari even though instructions kata 2 scoop 3 times a day. Sya target nak naikkan berat badan dari 53 KG ke at least pon ke 60 Kg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sustainable_Saint:

      soalan 1- kadang kadang gout ni sakit keturunan, jadi apabila dalam family ada kena gout, akan ada keberangkalian yang tinggi untuk dapat juga, jadi ambik protein atau tidak kalau nak kena akan kena. Kalau ada darah tinggi, gemuk, kencing manis, hyperlipidimia jenis IV, dan juga faktor usia boleh meneyebabkan terjadinya gout. Mungkin abang bro tu dah ada ciri ciri untuk dapat gout, dan kebetulan pulak ambil whey protein, jadi whey tu lah di persalahkan.

      soalan 2
      boleh ambil 11/2 scoop jer tak ada masalah. apa yang di beri tu cuma cadangan untuk result yang optimum.

      Tapi saya cadangkan buat tanpa supplement dulu. sebab dah lama lay off training, jadi badan kita akan cepat respond. bila dah stagnant barulah ambil protein.

      Delete