Monday, August 28, 2017

Sambungan Perjalanan...


(Bukan aku yang sebenar)

Wow, bila aku tengok balik last sekali aku blog, tahun 2013 tu! Its been 4 years! Kenapa aku menghilang. Susah nak explain. Tapi dalam kata singkat, aku hilang motivasi.

Aik, macam mana tu..mesti korang pelik. Tapi itulah kenyataannya. Aku rasa macam apa yang aku lalui adalah routine. Tak ada yang baru (bagi aku) dan yelah tak ada goal yang nyata.

Aku ingat lagi apa yang memotivasikan aku masa aku mula mula berkecimpung dalam dunia besi ni. Aku nak compete. Sebab bila aku ada goal, aku akan lebih bersungguh sungguh. Dan true enough, aku memang bersungguh training untuk competition. Until i get married. Objektif pun berubah, dari competition kepada training untuk client. tapi motivasi masih lagi tinggi. Tapi lama kelamaan aku rasa jaded, iaitu rasa bosan, dan tak bermatlamat.

Jadi apa yang berbeza sekarang...? Tak ada perbezaan, cuma sekarang aku dah berumur 40 dan aku perlukan sesuatu untuk menarik aku  kembali supaya training untuk sihat. Ya sekarang ni objektif aku bertukar lagi, training untuk sihat.

Aku rasa kebanyakkan orang yang main besi akan merasai perasaan macam aku ni. Dan aku banyak menemui mereka ni. Bergantung kepada matlamat masing masing. Kalau training untuk dapat awek, bila dah dapat awek, stop la training. Jadi bila dah capai matlamat,kita akan hilang pedoman untuk meneruskan balik kecuali korang boleh cari matlamat yang lain.

So sekarang ni dengan rasminya aku akan berblog kembali. Aku akan start balik mengupas training training baru, dan jugak akan start buat journal comeback aku, hahaha...

Haduih, sakit balik la badan aku nih...

8 comments:

  1. Well come back bro..
    Tertunggu2 post terbaru..

    ReplyDelete
  2. lama dah tunggu bang. saya baca semua post. mmg menarik dan banyak info!

    ReplyDelete
  3. Terbaik bro. Teruskan. Kita semua ada feeling mcm ni. Hilang motivation. Yg penting dlm lubuk hati masih ade rasa suka utk kembali main besi.

    ReplyDelete
  4. Terbaek bang...sy sgt hargai penulisan bro ni...keep update dgn artikel yg bagus

    ReplyDelete
  5. isi yg ringkas, padat, mudah di fahami dan penting skali jujur..
    can't wait for more.. hehe..
    from Sabah

    ReplyDelete
  6. lama dah tunggu nih... syahdu
    saya start motivate main gym lepas baca blog abang.. 2,3 khatam dah.. welcome back brother!!?

    ReplyDelete
  7. Steady bangg...👍🏻👍🏻

    ReplyDelete