Apabila kita bercerita mengenai warm up, semua akan terfikir pasal lari kat treadmill 5-10 minit, lepas tu kalau nasib baik, korang akan buat static stretching. Tapi sebenarnya ada cara yang lebih effektif daripada warm up macam ni. Dengan menggabungkan Foam Roller dan juga beberapa series of static stretching dan juga mobility stretching, korang akan lebih bersedia untuk buat exercise dan juga untuk injury prevention.
Upper body warm up.
Ini untuk workout upper body, tak kiralah chest day, back day atau shoulder day, atau pun kombinasi dari ketiga tiga bodyparts ini. Warmup ni di ajar oleh Joe DeFranco, tuan punya DeFranco Gym. Siapa dia? Google la.
Lower Body
Ini pula daripada Dr Ryan Smith, daripada EliteFTS. Walaupun video ini bertajuk Squats injury prenvention, tapi ianya sesuai digunakan semasa sebelum membuat any type of lowerbody exercise, terutama squat. Banyak injury berlaku jika kita tak warmup properly bahagian bawah apabila kita buat lower body.
Pada akhir video ini, Dr Ryan ini bercerita mengenai muscle activation. Ini penting untuk 'membangunkan' otot pada bahagian punggung dan otot perut sebab apabila ianya 'jaga', ia akan menampung beban yang lebih berat. Sekiranya ia 'tidur', otot lain akan masuk campur, menyebabkan boleh menjadi kecederaan.
Jadi cuma invest 10-15 minit masa korang untuk buat proper warm up, akan membolehkan korang training tanpa injury. Bagi aku, itu satu investment yang bagus.
salam bro, nak tanya sikit, kt mane ade jual foam roller yer?
ReplyDeletemofadz: sekarang ni dah ada jual di fitness concept. harga rm 145 rasa aku.
Delete@mofadz: foam roller ni ada di commercial gym, macam true fitness, celebrity fitness. tapi kalau nak beli kena beli online.
ReplyDeleteowh, i c... kalau beli online biasa dari luar malaysia ye? bro ade ape2 advice boleh kongsi kalau saye nk beli foam roller nie?
ReplyDelete@mofadz: advice? selalu selau lah guna..
ReplyDelete