Showing posts with label Injury Prevention. Show all posts
Showing posts with label Injury Prevention. Show all posts
Monday, April 2, 2018
Jangan Buat All Out Tanpa Sebab
Hari Isnin. Macam biasa ianya hari Chest Sedunia. Si Mamat nak buat bench press. Tapi sebelum tu dia kena warm up dulu dengan buat stretching. Dia belajar daripada Muscle and Fitness kot.
Mamat mula buat bench press. Bila weight semakin berat, dia mula minta untuk spot. Dia boleh buat 2 reps dengan bagus, sementara lagi lapan, bro spotter tu yang tolong 'upright row' kan bar tu.
Tapi si Mamat ni tak berenti disitu saja. Dia tambah lagi weight sebab, hey diakan baru buat 10 reps tadi. Jadi dia minta tolong korang pulak untuk spot kan dia, sebab bro spotter punya shoulder dah hancur spot dia tadi.
Jadi si Mamat ni akan buat setengah reps sebelum korang memulakan exercise upright row korang. Si Mamat merasa kuat hari ni sebab dia boleh buat '10' rep tadi kan. Jadi weight pun di tambah. Sampai lah dia sampai ke 'max' weight dia. Bila dah selesai, dengan korang spotting dia pun macam dah buat shoulder day, dia akan kata yang selalunya berat tu tak jadi masalah bagi dia tapi ntah kenapa hari ni rasa berat pulak.
Lebih kepada Obsesi daripada Training Method yang bagus.
Ramai yang macam si Mamat ni, bergantung kepada tahap ke obsesiannya. Aku tak kata yang korang tak boleh training sampai failure. Tapi jangan korang buat max weight setiap hari atau minggu. dengan berbuat demikian, korang akan set up diri korang kepada injury dan juga disappointment.
Aku pun buat macam tu dulu. Minggu ni max bench press 50kg, minggu depan nak buat 55kg pulak.
Tapi apabila aku dah semakin meningkat umur, aku kena jaga badan dengan lebih baik, daripada injury dan juga supaya aku boleh training dengan konsisten.
Korang boleh buat max weight tapi buatlah sebulan atau dua bualan sekali. sebab nak mengelakkan injury dan juga rasa burn out. Tu pasal aku berenti training for the longest time sebab aku rasa burn out dan juga ada injury.
Jadi training smart, jangan biarkan ego menguasai diri, dan keep getting stronger!
Wednesday, December 20, 2017
Mengenai pemakaian Lifting Strap Dan Lifting Belt
Perlu atau tidak?
Bila korang ke gym, tak kiralah gym kat mana pun, korang akan jumpa bro bro yang memakai belt walaupun sebelum dia masuk ke gym. Jadi disebabkan ada bro bro 'otai' ni, korang start percaya yang belt tu adalah sebahagian daripada 'uniform' untuk ke gym. Tapiu adakah korang tahu kegunaan belt dan lifting belt ni?
Lifting Strap
Penggunaan lifting strap selalunya dihubungkaitkan dengan punca grip kita jadi lemah kerana terlalu bergantung padanya. Dengan tidak menggunakan lifting strap pada exercise seperti pullups, bent over row, deadlift, akan membuatkan grip kita lebih kuat tetapi ada sesetengah kes yang kita boleh menggunakan lifting strap ini dengan berkesan, tanpa risau terhadap gripkita menjadi lemah.
Strap perlu digunakan semasa grip kita lemah. Atau semasa kita perlu fokus kepada otot yang kita nak train tanpa perlu fikir pasal grip. Disini di terangkan bila nak pakai strap dan bila nak buat tanpa strap.
Untuk progress, kita perlukan stress yang berterusan, tetapi apabila kita semakin hampir mencapai potensi kekuatan diri kita, makin susah untuk kita mengangkat beban yang makin berat.
Menggunakan strap secara strategik ada kelebihannya. Korang boleh menggunakan beban yang lebih berat tanpa perlu memikirkan grip kita dan overloadkan muscle yang kita nak train tu semaksima yang boleh.
Tangan, pergelangan tangan dan lengan adalah satu sistem otot yang terdiri daripada otot slow twitch dimana ianya lebih kepada endurance. Jadi apabila bebanan menjadi terlalu berat, grip kita akan tak dapat bertahan.
Bagi bodybuilder yang lebih advance, banyak sistem training yang mempunyai intensiti yang advance seperti extended drop set, partial reps dan isometric hold, grip korang tak perlu menjadi penghalang.
Untuk pulling exercise dimana teknik intensiti digunakan, strap diperlukan untuk memaksimakan intensiti set tersebut.
Menggunakan Lat pulldown sebagai contoh, otot untama yang digunakan adalah lattisimus dorsi. tapi selalunya, tangan dan juga forearm menjadi penghalang untuk kita menggunakan lats dengan effektif. Jadi dengan menggunakan strap, tangan dan lengan kita akan menjadi lebih relax dan tension boleh di letakkan pada lats.
Bila untuk TIDAK menggunakan lifting strap?
Untuk korang yang baru bekecimpung dengan dunia besi ni, jangan pakai strap. Sebab? Apabila korang baru bermula, badan korang adalah lemah dari segenap segi. jadi kalau korang menggunakan strap, back, shoulder dan juga muscle lain akan jadi bertambah kuat, tapi grip korang akan menjadi lemah berbanding dengan bahagian anggota yang lain.
Jadi macam mana pula bagi advance lifter? Walaupun korang boleh buat weight yang berat, tapi korang perlu menggunakan strap dengan berhati hati.
Dengan menggunakan strap kita boleh menggunakan lebih banyak weight, tapi untuk memastikan grip kita tak terjejas, korang kena menggunakan strap pada set yang terakhir. Warmup set dan juga set set yang bukan last set tak perlu strap untuk memperkuatkan grip.
Belt
Alat ni adalah alat gym yang paling disalahgunakan. Dari beginner hinggalah ke advance trainer, semua akan pakai weightlifting ni, samaada untuk menunjuk atau pun pakai dengan fungsi.
Bila untuk pakai belt?
Semua orang ada tahap tahap tertentu untuk dia pakai belt. Setengah tunggu sehingga weight tu menjadi berat, dan ada yang terus pakai, walaupun warmup set.
Sebenarnya tak ada peraturan yang nyata tentang penggunaan belt ini tapi apa yang kita nak adalah penggunaan belt untuk memaksimakan exercise tersebut. Jadi macam mana nak memaksimakan belt tersebut?
Untuk bodubuilder yang dah advance, mereka tahu menggunakan otot core mereka (obliques dan juga abs) tanpa menggunakan belt. Jadi untuk memantapkan lagi core stability, mereka menggunakan belt. Jadi mereka boleh menggunakan weight yang lebih mencabar lagi seperti squat deadlift atau pun standing military press.
Bila untuk TIDAK menggunakan belt?
Bagi kebanyakkan orang yang memakai weightlifting belt, mereka kebanyakkannya tak tahu apa fungsinya dan macam mana nak menggunakannya. Ianya dah jadi trend.
Kalau korang beginner, atau pun lowerback korang ada masalah atau sakit, apabila korang pakai belt pastikan korang menggunakannya dengan betul, iaitu dengan memastikan core korang dapat distabilkan walaupun dengan menggunakan belt kerana, walaupun korang pakai belt, korang tidak akan dapat memastikan lowerback korang akan tidak cedera jika korang tak berhati hati.
Weightlifting belt ini adalah satu aksesori gym yang advance, yang kegunaannya kenalah betul, jika tidak banyak akan menyebabkan lowerback korang cedera.
Sebenarnya bagi kebanyakkan exercise, kita tak perlukan weightlifting belt, samalah semasa warmup set, kita tak perlukan belt. Pakailah semasa weight yang paling berat dan sukar.
Jadi kedua dua aksesori ini sebenarnya adalah aksesori advance yang memerlukan pengalaman untuk menggunakannya. Jadi janganlah jadi seperti mamat mamat yang selalu pakai belt dan wrist strap ini tanpa belajar bagaimana untuk menggunakannya dengan effektif.
Bila korang ke gym, tak kiralah gym kat mana pun, korang akan jumpa bro bro yang memakai belt walaupun sebelum dia masuk ke gym. Jadi disebabkan ada bro bro 'otai' ni, korang start percaya yang belt tu adalah sebahagian daripada 'uniform' untuk ke gym. Tapiu adakah korang tahu kegunaan belt dan lifting belt ni?
Lifting Strap
Penggunaan lifting strap selalunya dihubungkaitkan dengan punca grip kita jadi lemah kerana terlalu bergantung padanya. Dengan tidak menggunakan lifting strap pada exercise seperti pullups, bent over row, deadlift, akan membuatkan grip kita lebih kuat tetapi ada sesetengah kes yang kita boleh menggunakan lifting strap ini dengan berkesan, tanpa risau terhadap gripkita menjadi lemah.
Strap perlu digunakan semasa grip kita lemah. Atau semasa kita perlu fokus kepada otot yang kita nak train tanpa perlu fikir pasal grip. Disini di terangkan bila nak pakai strap dan bila nak buat tanpa strap.
Untuk progress, kita perlukan stress yang berterusan, tetapi apabila kita semakin hampir mencapai potensi kekuatan diri kita, makin susah untuk kita mengangkat beban yang makin berat.
Menggunakan strap secara strategik ada kelebihannya. Korang boleh menggunakan beban yang lebih berat tanpa perlu memikirkan grip kita dan overloadkan muscle yang kita nak train tu semaksima yang boleh.
Tangan, pergelangan tangan dan lengan adalah satu sistem otot yang terdiri daripada otot slow twitch dimana ianya lebih kepada endurance. Jadi apabila bebanan menjadi terlalu berat, grip kita akan tak dapat bertahan.
Bagi bodybuilder yang lebih advance, banyak sistem training yang mempunyai intensiti yang advance seperti extended drop set, partial reps dan isometric hold, grip korang tak perlu menjadi penghalang.
Untuk pulling exercise dimana teknik intensiti digunakan, strap diperlukan untuk memaksimakan intensiti set tersebut.
Menggunakan Lat pulldown sebagai contoh, otot untama yang digunakan adalah lattisimus dorsi. tapi selalunya, tangan dan juga forearm menjadi penghalang untuk kita menggunakan lats dengan effektif. Jadi dengan menggunakan strap, tangan dan lengan kita akan menjadi lebih relax dan tension boleh di letakkan pada lats.
Bila untuk TIDAK menggunakan lifting strap?
Untuk korang yang baru bekecimpung dengan dunia besi ni, jangan pakai strap. Sebab? Apabila korang baru bermula, badan korang adalah lemah dari segenap segi. jadi kalau korang menggunakan strap, back, shoulder dan juga muscle lain akan jadi bertambah kuat, tapi grip korang akan menjadi lemah berbanding dengan bahagian anggota yang lain.
Jadi macam mana pula bagi advance lifter? Walaupun korang boleh buat weight yang berat, tapi korang perlu menggunakan strap dengan berhati hati.
Dengan menggunakan strap kita boleh menggunakan lebih banyak weight, tapi untuk memastikan grip kita tak terjejas, korang kena menggunakan strap pada set yang terakhir. Warmup set dan juga set set yang bukan last set tak perlu strap untuk memperkuatkan grip.
Belt
Alat ni adalah alat gym yang paling disalahgunakan. Dari beginner hinggalah ke advance trainer, semua akan pakai weightlifting ni, samaada untuk menunjuk atau pun pakai dengan fungsi.
Bila untuk pakai belt?
Semua orang ada tahap tahap tertentu untuk dia pakai belt. Setengah tunggu sehingga weight tu menjadi berat, dan ada yang terus pakai, walaupun warmup set.
Sebenarnya tak ada peraturan yang nyata tentang penggunaan belt ini tapi apa yang kita nak adalah penggunaan belt untuk memaksimakan exercise tersebut. Jadi macam mana nak memaksimakan belt tersebut?
Untuk bodubuilder yang dah advance, mereka tahu menggunakan otot core mereka (obliques dan juga abs) tanpa menggunakan belt. Jadi untuk memantapkan lagi core stability, mereka menggunakan belt. Jadi mereka boleh menggunakan weight yang lebih mencabar lagi seperti squat deadlift atau pun standing military press.
Bila untuk TIDAK menggunakan belt?
Bagi kebanyakkan orang yang memakai weightlifting belt, mereka kebanyakkannya tak tahu apa fungsinya dan macam mana nak menggunakannya. Ianya dah jadi trend.
Kalau korang beginner, atau pun lowerback korang ada masalah atau sakit, apabila korang pakai belt pastikan korang menggunakannya dengan betul, iaitu dengan memastikan core korang dapat distabilkan walaupun dengan menggunakan belt kerana, walaupun korang pakai belt, korang tidak akan dapat memastikan lowerback korang akan tidak cedera jika korang tak berhati hati.
Weightlifting belt ini adalah satu aksesori gym yang advance, yang kegunaannya kenalah betul, jika tidak banyak akan menyebabkan lowerback korang cedera.
Sebenarnya bagi kebanyakkan exercise, kita tak perlukan weightlifting belt, samalah semasa warmup set, kita tak perlukan belt. Pakailah semasa weight yang paling berat dan sukar.
Jadi kedua dua aksesori ini sebenarnya adalah aksesori advance yang memerlukan pengalaman untuk menggunakannya. Jadi janganlah jadi seperti mamat mamat yang selalu pakai belt dan wrist strap ini tanpa belajar bagaimana untuk menggunakannya dengan effektif.
Thursday, October 12, 2017
Warmup untuk lowerbody
Pada artikel yang lepas, kita telah membincangkan mengenai warm up yang mudah dan effektif untuk upperbody. Sekarang kita bincang mengenai lowerbody pulak.
Kebanyakkan lifter lebih senang untuk buat upperbody warm up berbanding dengan lowerbodey. Kita punya flexibility pada lowerbody lebih teruk, tu pasal banyak orang malas nak buat.
Setiap orang lain keperluannya jadi warm up ni boleh dikatakan merangkumi semua aspek untuk lowerbody. Tapi korang boleh tambah atau pun buang daripada warm up ini untuk keperluan korang.
Yang bagusnya warm up ni ia cuma memerlukan 12-15 minit untuk buat. Jadi ia taklah macam exercise yang korang kena buat all out sampai setengah jam ke 45 minit ke baru la nak pegang bar.
Foam Roller
Untuk warmup lowerbody, kita start dengan menggunakan foam roller. Eh, apa itu foam roller? Untuk mereka mereka yang noob, benda panjang yang ada kat gym korang yang rupanya macam ni :
Itu lah foam roller. Bukannya bantal peluk. Tujuan foam roller ni adalah untuk stretching korang punya quadriceps, IT band, piriformis dan calves. Kebanyakkan orang akan ketat pada bahagian ni.
Stretchkan calf
Muscle yang selalu ketat bagi lifter adalah calf (betis). Dalam exercise squat, apabila betis ketat, ini akan menyebabkan korang punya tapak kaki belakang akan ternaik, kaki akan berpusing keluar atau korang akan terpaksa membongkok kedepan untuk memastikan korang boleh menolak bar tu ke atas.
Semenjak korang dah buat foam roller pada calf, kita dah ready untuk stretchingkan calf. Stretch untuk 30-60 saat mengikut video diatas.
Stretchkan Hip flexor
Satu lagi group muscle yang kebanyakkan orang ketat. Ini mungkin kerana kebanyakkan kita menghabiskan banyak masa dengan posisi duduk dimana ianya mengecut. Hip flexor yang ketat juga akan menyebabkan muscle pada bahagian punggung akan 'tidur', yang mana kebanyakkan orang susah nak activatekan bahagian tu.
Abductors
Agak biasa bagi lifter untuk mempunyai otot abductor yang tak aktif, terutamanya glute medius dan minimus. Otot otot inimenolong untuk menstabilkan kaki dan juga lutut semasa membuat pergerakan. Ia juga boleh menjadi lemah bagi orang yang jarang training otot ini.
Korang akan nampak macam pelik sikit bila korang buat warm up ni, tapi yang ini lagi best daripada buat mesin abductor/adductor.
Stretching mengikut exercise apa yang kita nak buat ataupun yang hampir sama dengannya.
Last sekali kita buat warmup dengan menggunakan exercise yang kita nak buat ataupun yang hampir sama, cuma ini dibuat dengan tujuan warmup. Contohnya jika nak buat squat, kita akan warm up dengan membuat empty bar squat, front squat atau pun goblet squat. Kalau kita nak buat deadlift, kita akan buat kettlebell swing atau pun romanian deadlift dengan empty bar. Dibawah ini adalah contoh contoh video untuk warmup seperti ini.
Jadi pilih satu daripada exercise ini dan boleh ditukar tukar, mengikut keperluan korang dan exercise apa yang korang nak buat sebagai exercise yang pertama.
Jadi kesimpulannya, warm up ini adalah untuk menyediakan korang untuk exercise lowerbody. Korang mungkin boleh ubah atau pun tambah ikut keperluan korang.
Wednesday, September 27, 2017
Warm up untuk upperbody
Daripada artikel yang lepas, kita berbincang mengenai warmup, dan apakah kelebihan yang dapat kita perolehi daripadanya. Sekarang ni kita akan berbincang mengenai apa yang boleh kita buat untuk upperbody punya warm up.
Warm up disini adalah di perkenalkan oleh Tim Henriques seorang coaches yang banyak menolong client untuk menjadi lebih baik. Kalau nak tahu pasal mamat ni kena click pada link di atas nama.
Ini adalah beberapa warm up yang di anjurkan oleh Tim, yang aku baru nak guna pakai kembali semenjak aku mula start balik training. korang boleh cuba untuk try. Sebab lagi best daripada berlari 5 minit di treadmill.
T-Spine Extension
Tujuan utama t-spine extension ni adalah untuk 'membuka' tulang belakang kita (thoracic spine) yang boleh menjadi bongkok kalau kita selalu buat incline chest press, bicep curl, memandu, dan duduk depan tv.
Mula mula baring ke lantai dengan foam roller melintang pada badan kita. Foam roller mesti berada di atas shoulder blade tetapi bukan pada leher. Lakukan terbalik dari crunches, maknanya anti-crunch, bermakna fokus lebih pada extension dan juga streching pada tulang belakang kita.
Buat dalam 10-12 rep, kemudian gulungkan foam roller tu ke punggung korang sekali dan kemudian mulakan 10-12 rep yang lain. Buat dalam 3 set.
Ianya low intensity, jadi korang boleh buat warm up bila bila masa dan banyak kali bila perlu.
Pullover
Kalau korang pernah buat pullover, mesti korang pernah terasa korang punya lats ter stretch pada hujung pullover. Sekarang mari gunakannya sebagai warm up.
Ambil bar yang ringan, atau pun bar kosong kalau korang sangat tak flexible. Atau apa apa saja batang yang ringan, macam batang besi ke PVC ke atau penyapu ke, semua boleh.
Baring menelentang atas lantai dengan memegang bar, macam korang buat bench press. Cuma bezanya korang kena pastikan siku korang lock.
Sekarang buat pullover, dengan memastikan siku korang lock sepanjang pergerakkan. Secara idealnya korang boleh cecah ke lantai, tapi kalau tak boleh cukuplah sehingga hujung ROM pullover sahaja.
Buat dalam 10-12 reps dan 3 sets.
Laying Military Press
Lagi sekali, kita mengutamakan stretch. Bila dah sudah buat pullover, teruskan lagi berbaring, dan buatkan military press, bermakna bar dan juga lengan akan kena pada lantai apabila melakukan pergerakkan military press tersebut. Cuba dapatkan full extension pada siku korang pada setiap rep. Buat 10-12 reps 3 set.
Military press ni lebih mencabar berbanding pullover sebab kebanyakkan orang kurang flexible pada bahu. Jadi berhati hati apabila korang buat warm up ni sekiranya korang ada isu pada bahu korang, macam senang dislocate ke, atau pun kurang flexible.
Dalam video ada dinyatakan macam mana nak buat kalau kita tak berapa flexible. Jadi dinyatakan beberapa alternative.
Stretching dengan Band
Stretching dengan band getah adalah salah satu cara yang bagus untuk warm up. Lilitkan band getah pada sesuatu yang solid, dan pegang hujungnya. Buat stretching selama 20-30 saat atau lebih kalau mahu.
Standing Military Press bersama dengan overhead shrug.
Disini kita cuba untuk kejutkan dari tidur kita punya bahu. Untuk permulaan, buat dengan bar kosong dan kemudian apabila dah ok dan kuat sikit, boleh buat dengan lebih berat sikit.
Korang buat dalam 12-15 reps untuk 2-3 set. Ingat, ini warm up, tak perlu buat berat sangat.
Okeh, mari kita recap balik, mengikut susunan yang boleh korang ikut:
- T-Spine Extension
- Pullover Stretch
- Military Press Stretch
- Upperbody Band stretching
- Military Press + Overhead Shrug
Warm up ini mengambil masa 10-15 minit saja untuk di buat, dan berharap ianya cukup untuk mulakan training korang.
Monday, September 25, 2017
10-15 Minit Warm Up
Apabila korang masuk gym, apa yang terlintas dalam otak korang bila korang nak start training? Ada yang buat stretching, ada yang letup letupkan tulang, ada yang terus buat warm up set. Sebab mungkin bukan culture dalam gym kita untuk habiskan 10-15 minit untuk warm up. Tapi apakah yang bagusnya warm up ni?
Elakkan dari cedera.
Salah satu benefit warm up adalah untuk mengelakkan kecederaan. Kecederaan adalah yang paling korang tak nak sebab korang akan tak boleh training selama seminggu atau lebih, bergantung kepada kecederaan. Kalau yang teruk, mungkin sebulan..aduii..hilang la gain macam tu. Jadi dengan warm up, badan kita akan lebih bersedia untuk aktiviti angkat mengangkat berat ni dan mengelakkan kecederaan pada otot atau pun tendon kita.
Meningkatkan flexibility.
Warm up ni bagus untuk meningkatkan flexibility kita sebelum kita mengangkat berat. Sebab apabila kita ' sejuk ', otot dan tendon kita akan berasa ' ketat '. Jadi kita tak boleh mengangkat dengan optimal, dan boleh menyebabkan kecederaan (rujuk atas).
Misalannya kita nak buat squat dengan berat 140kg untuk 4-5 reps. Apabila kita sampai ke gym, kaki kita akan berasa sedikit ketat sebab otot kaki kita masih sejuk. Kita terus ke tempat squat, dan terus squat. Kaki kita takkan dapat ke paras parallel (deep squat), tapi tak mengapa sebab kita gunakan weight yang ringan untuk buat warm up.
Bayangkan kalau terus buat berat, iaitu 140kg tadi, rasanya walaupun korang boleh squat, tapi tak mungkin korang boleh buat seoptimal yang mungkin.
Membuatkan joint kita selesa dan smooth
Apabila kita warm up, joint kita akan menjadi lebih selesa dan smooth, kerana pergerakkan yang kita lakukan. Jadi tak adalah bunyi meletup letup pada lutut, bahu atau pun mana mana joint yang lain.
Belajar pergerakan
Walaupun kita selalu buat contohnya bench press, badan kita perlukan confirmation untuk pergerakan tersebut, Korang pernahkan bila first set tu rasa macam tak berapa sempurnakan. Nasib baik kita buat ringan apa bila kita warm up, supaya kita dapat 'belajar' kembali pergerakkan tersebut.
Jadi dah tahu kenapa kita perlu warm up? Ianya untuk pertumbuhan yang optimal. Mengelakkan dari kecederaan, meningkatkan flexibility, melembabkan joint kita dan juga melatihkan pergerakan yang kita bakal buat dengan weight yang berat.
Tunggu artikel yang akan datang untuk mengetahui warm up yang macam mana yang bagus.
Wednesday, October 24, 2012
Lagi pasal flexibility
![]() |
| Ini dah lebih flexible dah ni. |
Kebelakangan ni tema artikel aku banyak pasal flexibility. Betapa pentingnya flexibility ni sebab ia bukan hanya mengelakkan korang cedera, tapi membuatkan korang boleh angkat lagi berat, dan feel better, tak ada la stiff sangat. Tapi tak semua flexibility itu bagus.
La, apa pulak, kejap katak flexibility ok, kejap kata tak ok, mana betul ni. Well, betul dan juga salah.
Betul sebab sesetengah muscle dan joint memerlukan flexibility yang optimum untuk berfungsi dengan 100%, tapi salah menganggap semua muscle dan juga joint memerlukan flexibility yang sama.
Keliru? Kita ambik contoh Hamstring. Hampir 99.9% (macam iklan pulak) daripada lifter akan merasai tight hamstring. Walaupun kita dah stretch bagai nak gila sebelum dan selepas training, ia masih lagi macam tu juga, tak ada perubahan. Tapi sebenarnya hamstring korang dah cukup flexible, tapi muscle yang di sekeliling hamstring tu yang tidak flexible.
Reciprocal Inhibition.
Apa itu reciprocal inhibition? Sebagai contoh, arm muscle, bicep dan tricep. Apabila kita buat bicep curl, otot bicep yang akan melakukan kerja, betul? Jadi otot bicep akan mengecut menjadikannya sebagai otot agonist. Tapi apa yang terjadi pada tricep? Tricep akan relax. jadi tricep adalah otot antagonist. Jadi fenomena otot antagonist menjadi relax, dipanggil reciprocal inhibition. Nak tahu lebih lanjut lagi boleh baca di SINI.
Contoh tight hamstring tadi. Selalunya apa yang menyebabkan hamstring menjadi tight adalah kerana korang punya hip flexor muscle yang tight! Cuba korang berdiri dan dengan luruskan kaki, cuba sentuh ibu jari kaki korang. Tengok sejauh mana korang sampai.
Kemudian, korang stretch korang punya hip flexor, macam di gambar ni:
TAPI macam aku kata tadi, tak semua flexibility bagus.
Ia jadi tak bagus apabila stretching sesuatu muscle itu akan melemahkan pergerakan muscle tersebut.
Sebagai contoh, kita tak nak flexibility pada lowerback kita. Kalau kita stretch lowerback dan lowerback kita menjadi flexible, macam mana nak buat squat atau deadlift yang heavy?
Jadi ini adalah list muscle muscle yang korang patut dan tak patut stretch:
Traps: Patut selalu stretch, sebab otot traps dikelilingi oleh saraf saraf yang senang ter compress (tertekan)
Chest: Patut selalu stretch, sebab jika otot chest tight, akan menyebabkan ia menarik bahu ke depan menjadikan macam bongkok, jadi posture dah tak betul.
![]() |
| chest muscle yang tak flexible akan menyebabkan bahu kedepan. |
Lowerback: Tak perlu stretching, sebabnya seperti aku nyatakan kat atas.
Hip flexor: Selalu stretch , sebab hip flexor selalunya akan ketat bila korang selalu duduk, berlari, training. Hip flexor juga bersambung kepada low back, tempat dimana selalu strain.
Glutes dan Hamstring: Kurangkan stretch, kerana hamstring dan glutes dah memang sedia flexible, tapi disebabkan hip flexor ketat, ianya jadi tak optimum. Tapi jika terlampau flexible, ianya akan menyebabkan hamstring dan glutes menjadi lemah.
Inner thighs: Selalu stretch sebab apabila ianya kurang flexible akan menyebabkan lutut akan masuk kedalam, dan menyebabkan bila squat, jadi tak stable dan injury akan berlaku.
Calves: Selalu stretch, sebab flexibility pada buku lali akan mengurangkan gejala seperti Achilles tendonitis, bursitis dan lain lain jenis sakit joint di kaki.
Jadi sekarang korang dah tahu, betapa pentingnya flexibility, tapi korang juga dah tahu bahawa jika nak stretch ada tempat tempatnya. Hopefully info ini berguna untuk korang train injury free nanti.
Friday, October 19, 2012
Flexibility: Dimana kah di kau?
Bila kita bercakap tentang flexibility, kita akan terbayang Gymnastic, boleh buat split atau pun terbayang apa yang mamat kat atas tu buat.
![]() |
| muscular gila penjual karpet ni. |
Masih ada lagi mitos yang mengatakan bila body build, korang akan menjadi stiff, atau tidak flexible. Kadang kadang tu tak boleh salahkan orang yang ingat mitos tu benar, sebab korang sendiri yang tidak training untuk menjadi flexible.
Tak flexible boleh menyebabkan kecederaan?
Bayangkan,korang nak buat deadlift, tapi hamstring korang sangat tight, jadi glutes (otot bontot) korang 'tidur'. Jadi lower back akan buat kerja overtime. Tu yang ramai kata bila buat deadlift, ramai yang akan kata sakit belakang bila buat deadlift. Jadi macam mana nak besar?
Sama lah macam chest press. Kalau rotator cuff tak flexible, korang akan melimitkan berat yang korang boleh buat, atau lagi teruk, sakit shoulder.
Squats, kenapa banyak orang kata menjadi punca sakit lutut atau sakit belakang. Sebab most of the time, diaorang tak flexible. Tight hamstring, tight inner thigh, dan berat yang diluar kemampuan, sebab nak tunjuk kat orang adalah satu resepi untuk sakit! Dan mitos mengatakan squat below parallel tak bagus untuk lutut patut di buang, bakar dan tanam. Squat below parallel TIDAK menyebabkan sakit lutut, tapi tightness dan tak flexible adalah punca korang tak boleh squat below parallel. Dan lagi its harder, jadi malu lah kalau buat weight ciput bila buat full squat, kalau half squat boleh double.
Flexibility Training
Jadi macam mana nak jadi flexible? Sebelum ni aku ada buat artikel untuk warm up dan stretching, dan aku tak akan berbalah mana lagi baik statik stretching atau dinamik stretching.
Antara Artikel yang aku buat pasal ni:
1) Bagaimana nak warm up dengan bantuan foam roller
2) Self-Myofascial Release- Foam Roller
3) Macam mana nak warm upperbody-shoulder tornado
4) Yoga untuk Kuat?
Tapi ada beberapa exercise lagi yang korang boleh buat untuk menambahkan flexibility dan juga mengurangkan tightness supaya korang boleh perform better and feel better.
Scapular Wall Slide.
Exercise ni adalah untuk korang punya scapular dan juga rotator cuff. Ini lebih kepada untuk meregangkan muscle sekeliling scapular serta rotator.
1) Berdiri tegak di dinding dengan membuat macam nak buat shoulder press. Semua joint mesti kena pada dinding (punggung,upperback, shoulder, siku, dan jari!!)
2)Kemudian buat shoulder press dengan memastikan semua joint joint masih di dinding. Kalau korang tak flexible, jangan harap korang akan rasa selesa buat ni.
Tapi kalau kalau korang tak boleh buat, (dan aku berani bet 80% daripada korang tak boleh buat dengan betul) aku cadangkan kaki korang kedepan sikit. Bila korang dah flexible sikit, boleh kebelakang lagi sehingga lah tumit kena pada dinding.
Trap stretch.
Selalunya lifter akan tight pada bahagian ini sebab dengan shrugs exercise, atau mana mana exercise, korang akan menegangkan otot traps. Ini bukan hanya menjadi tight, tapi mungkin akan menyebabkan nerve impingement.
Jadi stretch lah trap skorang.
Calf Stretch
Tau tak, salah satu korang tak boleh proper squat depth, adalah kerana tight ankle.
Hip flexor stretch
Kadang kadang hamstring kita tight bukan hanya kerana hamstring itu sendiri yang tight, tapi juga kerana hip flexor yang tight.
Inner thighs stretch
Ini untuk korang punya inner thighs
Jadi macam mana letakkan semua ni dalam training korang? Jangan risau, korang paling kurang akan menghabiskan masa minima 10-15 minit hanya untuk stretching (tak termasuk warm up kat treadmill atau basikal) Tapi ia nya berbaloi sebab risiko untuk cedera itu dapat di kurangkan.
Untuk upperbody:
Shoulder tornado
rotator cuff
band pull apart
trap stretch
pec stretch
lat stretch
T spine stretch
Scapular wall slide.
Lowerbody
Hip flexor stretch
prayer squat
inner thigh stretch
pigeon pose
T spine push ups
Apabila korang mula menjadikannya rutin sebelum korang training, ia akan menjadi sebahagian daripada training korang. Dan akan dapati akan lebih flexible daripada sebelumnya. Aku nak tengok makin ramai orang stretching.
Sunday, June 24, 2012
Yoga untuk Kuat?
Aku tau apa yang korang akan kata. "Yoga? Bro Shahril cakap pasal yoga dalam strongpage?" Yoga selalunya di kaitkan dengan lelaki lelaki 'lembut', makcik makcik atau ah soh ah so.
Yoga bukannya untuk lelaki lelaki sasa dan macho macam korang, yang boleh deadlift, bench press dan squats berat berat. Tidak, korang terlampau macho untuk itu.
Tapi aku nak cakap kat korang, yang yoga ni boleh jadi kawan baik pada korang. Sedikit yoga boleh improve korang punya workout dan mungkin mengelakkan dari injury. Cuma korang kena tau mana satu yang korang perlu buat untuk dapat benefit.
Kenapa aku suggestkan korang buat yoga ni? Selain daripada menggunakannya sebagai sebahagian dari warm up korang, ia juga untuk injury prevention.
Korang pernah kena sakit lowerback? Kadang kadang sakit lowerback ni tak ada kena mengena dengan lowerback atau pun back. Tapi tight hamstring dan juga quadriceps, mobility pinggang hancur. Dalam kata lain, buntut dan hamstring akan mengejang dan menyebabkan semua otot di posterior chain (lowerbody) akan sakit.
Sakit Belakang = Sakit Badan
Bila kita berkata pasal sakit belakang atau lowerback, atau pun mana mana sakit pada badan, kita selalu lupa yang badan kita bergerak secara keseluruhan.
Salah satu sebab lowerback sakit adalah dipanggil sacroiliac misalignment, dan satu otot yang dipanggil piriformis yang melekat pada tulang sacrum (pinggul) apabila ianya tak flexible, ini akan menyebabkan beberapa masalah. Dan juga korang punya saraf sciatica (sciatic nerve) melalui berhampiran atau melalui otot piriformis. Bila piriformis tidak berfungsi dengan betul, ia akan menyebabkan tanda dan symptoms sakit pada bahagian punggung, belakang peha sehinggalah ke bahagian bawah kaki.
Dan sebab lain sakit lowerback adalah pelvic tilt yang teruk
![]() |
| Hip Flexor |
Sama ada anterior atau pun posterior. Kalau anterior tilt, bermakna hip flexor dan quadriceps korang tak flexible, otot punggung yang lemah dan juga hamstring yang ketat. Stretching otot otot ini akan menolong korang yang ada masalah anterior tilt ni.
Yoga, adalah nama lain bagi stretching. Kita kena buat beberapa pergerakkan yang fokus pada 'membuka' pinggang, menguatkan core muscle dan glutes, dan juga mengflexiblekan semua anggota badan.
6 Pergerakan Yoga.
Tanpa berlengah lagi, ini adalah pergerakan pergerakan yang korang boleh buat untuk dimasukkan dalam warm up korang.
Pigeon Pose
Posisi ini elok untuk 'membuka' pinggang dan juga stretching otot piriformis. Buat pose ni dan aku jamin kalau ada yang sakit lowerback, ia akan membantu.
Untuk memulakan stretch korang kena mulakan dengan kaki dan tangan ke lantai. Luruskan satu kaki kebelakang dan membiarkan satu lagi bengkok. Kaki korang yang bengkok tu mestilah hampir dengan hip flexor. Korang akan rasa stretching pada punggung. Bila dah rasa berhenti bergerak dan tahan selama 20 saat. Nak bagi lagi rasa, silangkan lutut kedalam.
Hero Pose
Pose ini akan stretch kita punya quadriceps, anterior tibialis dan juga lutut. Ini sama seperti macam duduk antara dua sujud dalam sembahyang.
Belly Twist
Ini akan stretch lower back dan ia kononnya boleh hydrate kan spinal discs (thats a good thing). Ini juga akan stretch kan chest, shoulder dan juga arms.
BAring terlentang dan bengkokkan lutut. Biarkan lutut tu jatuh di sebelah, dengan memastikan tangan di depangkan, seperti dalam gambar.
Korang akan rasa stretch pada pinggang, lowerback hinggalah ke lengan.
Upward Facing Dog
Pose ini akan membuka otot chest, dan juga stretch korang punya abs dan juga hip flexor.
Goblet Squat
Ia sebenarnya squats tapi berlainan sedikit. Bila squats cuba tolak lutut sebesar besarnya dengan siku. Ini akan stretch kan inner thighs dan juga celah kangkang.
Bird Dog
Ini lebih kepada menguatkan core muscle.
Mulakan dengan kaki dan tangan di lantai, Kemudian angkat kaki kiri dan tangan kanan dan luruskan. Tahan untuk 20 saat dan tukar pada tangan kiri dan kaki kanan pula.
Macam mana nak buat?
Warm up dengan buat shoulder tornado atau pun dynamic stretching, kemudian
Goblet squat: 30-60 saat
Hero pose: 30-60 saat
Pigeon pose: 30-60 saat
Bird dog: 30 saat sebelah
Upward facing dog: 30-60 saat
Belly twist: 30 saat sebelah.
Yoga mungkin diaanggap tak berapa macho bagi lifter di gym , tapi setiap satu ada gunanya. Korang mungkin besar atau ripped, tapi kalau korang kurang atau pun tak flexible, bukan hanya akan effect training korang tapi kehidupan sehari hari.
Jadi cubalah movement yang di atas dn aku boleh jamin korang akan menjadi lebih flexible dan menjadi a better lifter.
Saturday, June 9, 2012
Train Smart : Apa itu deload?
Semua orang yang pernah main besi akan merasa sakit sakit
badan, hilang motivasi, dan rasa burn out. Aku pun selalu rasa macam tu. Aku
tahu badan aku perlukan rehat bila badan aku mula rasa sakit sakit di joint,
berat yang biasa aku buat pun rasa semakin berat dari biasa. Jadi aku tahu aku
perlukan deload week.
Apa itu deloading? Deloading bermaksud waktu rehat. Ada banyak
cara untuk deload. Satu cara adalah dengan stop training all together untuk
satu atau dua minggu. Atau cara yang kedua adalah dengan mengurangkan intensity
korang.
Ada orang yang training berminggu atau berbulan bulan tanpa
ambik ‘cuti’ daripada training. Sakit sikit sikit tu biasa lah, sampailah
mendapat injury barulah ‘terpaksa’ bercuti dari training. Itu cuti yang paling
tak best dan aku tahu macam mana rasanya. Berapa ramai dari korang bila dah
injured (shoulder sakitlah, siku sakit, lutut sakit, wrist sakit) baru terkial
kial nak cuti? Kalau dah injured maknanya dah terlambat.
Kita ni master dalam perkara 'tak apa'. Tak apa, sakit sikit jer kat siku, nanti ok la tu lepas letak ais/minyak panas. Tu yang dalam locker room, atau pun di gym floor korang selalu bau minyak panas.
Aku berpendapat, bagi beginner, disebabkan intensity korang
masih rendah, korang boleh training non stop hingga 6-12 minggu. Tapi bagi yang
dah otai (macam aku ni) perlukan deloading lagi kerap iaitu setiap 4-6 minggu.
Cara yang kedua iaitu dengan dengan buat high volume. Tapi macam mana dengan korang korang yang buat high volume macam style bodybuilding (ehem)? Bagi aku untuk cara yang kedua ni sesuai pada atlet, atau pun lifter yang selalu buat max weight (macam aku). Jadi dengan buat high volume week, kita tak memenatkan CNS.
Tapi kalau yang tak reti dok diam, boleh lah mencuba cara kedua ni untuk deload, walaupun korang buat high volume training. Cuma kurangkan intensity a.k.a berat sebab tujuan korang buat deload adalah untuk merehatkan korang punya muscle dan CNS.
Jadi apa benefit buat deload?
- Badan akan rasa fresh setiap kali selepas deloading
- Meningkatkan motivasi sebab tak sabar untuk sambung training.
- Untuk total recovery mental dan fizikal.
- Untuk jangka masa panjang, menghindarkan kecederaan
- Enjoy training lebih lagi kerana tak rasa burn out
Monday, May 28, 2012
Buasir dan Weight Training
Bila ada seorang tanya pasal buasir dan training, aku
ingatkan isu ni tak lah besar sangat. Tapi bila makin ramai yang bertanyakan
pasal buasir ni, aku sedar isu ini takkan pergi dengan sendirinya kalau aku tak
address betul betul mitos ini.
Apakah itu buasir? Buasir atau dalam English, hemorrhoid atau pun piles adalah keadaan dimana urat buasir ini membengkak kerana tekanan tinggi.
Jadi, apa penyebab buasir?
- Sentiasa duduk
- Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
- Cirit-birit
- Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama (yikes!)
- Batuk yang teruk
- Bersalin
- Mengangkat berat
- Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual.
Bila kita tengok penyebabnya, automatik kita akan kaitkan
dengan weight lifting. Sebab weight lifting involve lifting heavy weights. Tapi
tahu tak, kalau korang kenal olimpik lifter (weightlifter), diaorang akan
katakan tak banyak kes buasir dalam kalangan atlet weightlifter ni.
Eh, tunggu
dulu. Kan kerja diaorang ni angkat berat. Dan TAK banyak kes buasir? Pelik.
Kalau lifting weight menyebabkan buasir, dah hampir 100% atlet weightlifter ni
akan kena buasir, dan acara weightlifting ni akan di ban kan sebab merbahaya.
Korang perasan tak, korang selalu dengar kisah buasir ni
daripada kawan yang kenal kawan pada kawan ayah belah mak sedara tiri adik dia
yang pernah dengar kawan dia kena buasir bila angkat berat? Maknanya korang
banyak dengar hearsay (khabar angin)
saja.
The truth is, kalau korang menggunakan form dengan betul dan
juga cara bernafas dengan betul bila buat heavy weights korang takkan apa apa.
Bila breathing untuk liftting heavy weights, korang kena buat valsava menuever.
Apa itu valsava menuever?
Kalau ikut manual dari ACE atau dari mana mana
personal training manual, cara ini adalah merbahaya sebab semasa dalam eccentric phase of the lifting, kita tahan nafas. Orang yang training dengan
heavy weights akan automatik tahu sebab dengan mengumpulkan udara di abdomen,
core kita akan lagi stable untuk buat lifting tersebut. Bukan bermakna kita
tahan nafas all the way sampai habis set.
Macam contoh Bench Press, bila kita
nak mulakan rep, kita ambil nafas dalam dalam dan tahan, lower down the weights
(eccentric) dan kemudian push the weight back up (concentric) baru hembus
nafas. Jadi kalau ada orang kata cara ni merbahaya, itu bermakna dia tak pernah
buat heavy weights.
Buasir ni boleh kena pada sesiapa saja, tak semestinya
lifting heavy weights. Aku kenal kawan aku yang kena buasir, sebab? Sistem
penghadaman dia tak lawas, dan everytime dia membuang, najis nya keras.
Dan aku
ada abang ipar, yang kena buasir sebab banyak makan benda pedas.
Takut lifting weights sebab takut kena buasir adalah sama
macam korang takut bawak kereta sebab takut kemalangan. Ataupun sakit buah
pinggang sebab makan banyak protein. Ini adalah mitos mitos yang perlu mati
sekarang jugak!
Kalau korang pre-disposition
untuk kena buasir, no matter what, korang akan kena. Sama macam makan
atau minum protein banyak. Kalau korang ada existing condition untuk kena sakit
buah pinggang, korang akan kena, walaupun korang tak makan secara berlebihan
protein. Cuba check tengok kat tempat Dialisis tu, semua bodybuilder ke?
Jadi jangan takutkan weight training. As long as korang buat
dengan form yang bagus, cara breathing yang betul, dan fokus, korang takkan apa
apa.
Kill the myth now!!
Friday, December 2, 2011
Training Untuk Orang yang Forearm Dominant.
Artikel ni adalah sambungan kepada artikel aku pasal bicep jugak, Membina Biceps Secara Anatomi. Tapi aku rasa perlu untuk sambungan.
Aku dulu ada masalah apabila buat biceps exercise. Masalahnya aku tak rasa bicep aku bila buat exercise seperti curls, dan lebih rasa pada forearm. Sound familiar? Mungkin sebahagian daripada pembaca blog ni pun sama, tapi buat juga sebab kalau buat banyak banyak nanti akan besar la biceps. Dulu aku pun pikir macam tu. Kalau ringan tak rasa, berat rasa kot. Low rep tak rasa, hi rep kot baru rasa. Sudahnya elbow aku ada masalah, forearm aku dapat strain, langsung semua exercise untuk back dan bicep aku tak boleh buat.
Barulah aku tahu yang aku ni forearm dominant. Jadi Forearm akan buat kerja lebih tapi bicep masih lagi 'warm up'. Aku ada baca artikel mengenai masalah ni dan author dia suggestkan exercise yang patut dibuat dulu.
Jadi korang kena buat PRE-EXHAUST korang punya forearm. Simple. Ni program yang aku buat setiap kali buat biceps.
Aku akan mulakan dulu dengan hammer curl. Increase the weight gradually sampaila korang buat 5-6 reps sahaja (maknanya berat la tu). Hammer curl ni bukan hanya training untuk forearm, tapi juga untuk brachialis supaya boleh contribute kepada size lengan korang. Boleh dibuat dengan dumbell atau pun cable.
Lepas tu aku buat dumbell preacher curl dan akhirnya aku buat strict straight bar curl. Kerana forearm aku dah pre-exhaust, jadi masa preacher curl, dan terutama sekali masa buat strict straight bar curl, bicep aku akan 100% bekerja untuk exercise tu, dan tak perlu weight yang berat, dan juga kasi warm up aku punya elbow untuk bicep exercise yang seterusnya. Memang lepas tu terbakar! Dah lama aku tak sore di biceps, jadi exercise ni menjadi untuk aku.
Jadi, program ini adalah untuk orang yang forearm dominant dan juga untuk yang mahukan forearm yang besar.
Exercise 1 Hammer Curl (DB/ Cable) 4-6 sets (termasuk warm up) 6-10reps
Exercise 2 Preacher Curl (DB/EZ Bar) 4 sets, 8-10 reps
Exercise 3 Strict Straight Bar Curls 4 sets, 6-10 reps
Okeh, ini yang dapat aku sharekan pada korang, dan hopefully korang dah tak bermasalah lengan kecik lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)















.jpg)





.jpg)













