Wednesday, August 26, 2009

Aper yang bodybuilder patut buat tapi jarang buat

Ada beberapa perkara yang selalunya bodybuilder jarang buat sebab bagi diaorang, perkara perkara tu adalah remeh dan tak perlu di ambil berat sangat. Tapi sebenarnya yang kecil kecil ni la yang membawa kepada badan yang lebih baik dan seimbang. Jadi kita tengok apa yang bodybuilder patut buat tapi jarang buat.


-Tak makan sayur

Percayalah kebanyakan BB tak suka makan sayur..kalau makan pun brocoli, itu pun pasal bodybuilder orang putih kata bagus. Rasanya kalau diaorang kata petai atau pucuk pegaga bagus untuk kesihatan barulah BB lain makan kot. Sayuran dan buah ada fiber yang boleh melancarkan perjalanan usus anda. Badan kita memerlukan 5-20g fiber sehari. Dan juga ada banyak vitamin dalam sayuran.

-Tak workout kaki.

Pernah tak tengok di gym korang, upper body cantik, tebal, tapi bila tengok bawah..ya Allah apa dah jadi? Macam pokok Rhu lah. Nampak macam tak stable je. Tahulah workout kaki tu menyakitkan, memeningkan (sape pernah muntah workout kaki?) dan paling tak syok, tapi tahu tak, kalau nak chest besar, arm besar kena workout kaki. Be a man brother...Bodybuilder mesti tahan.

-Workout bahagian badan yang nampak di cermin sahaja.

Ni lagi satu, balik-balik chest, balik-balik chest. hari ni chest esok chest lusa chest. Kalau chest tu boleh cakap dah lama dah dia maki. Chest tu boleh pakai bra dah. Lepas tu buat shoulder sikit, arm sikit. Abs buat tiap tiap hari. Apa jadi dengan back, lowerback dan jugak kaki? Aku rasa sebab tak nampak kot..tu pasal chest, shoulder dengan arm ni di panggil mirror muscle. Workout back, lowerback dan kaki adalah penting sebab kalau tidak, ia akan menyebabkan muscle dan postural imbalance,boleh menyebabkan injury. Bila training semua muscle, baru la ada symmetrical

-Buat Cardio atas treadmill

Haa..ni aku pun kadang tak buat... Cardio ni bukan prepare untuk competition je..ia penting untuk everyday life. Untuk stamina. Memang la boring, tapi cari la jalan untuk tak bagi boring. Pi la joging kat taman ka, bawak ipod ka..Nanti tak la semput.

-Tak buat medical checkup

Ni untuk bodybuilder yang ambik racun. Sekurang-kurangnya setahun sekali. Badan kita ni nak pakai lama, seumur hidup, bukannya sampai 5-10 tahun je.

No comments:

Post a Comment