Industri Fitness telah berkembang dengan pesatnya dalam beberapa tahun ini. Clark Hatch dan Sweat Club adalah diantara yang pertama dalam gym komersil, lepas tu Fitness First, California Fitness, True Fitness, Celebrity Fitness, dan bermacam macam lagi fitness. Jadi, makin ramai orang yang menjadi Trainer, atau pun Personal Trainer di gym gym tersebut. Personal Training Studio juga dah tumbuh bagai cendawan lepas hujan.
Personal Training telah menjadi satu pekerjaan yang bagus sekarang ni sebab tak banyak pekerjaan yang korang boleh jadikan hobi menjadi satu business yang amat menguntungkan, dan pada masa yang sama merasakan kepuasan dalam menolong orang untuk mencapai diaorang punya fitness goal.
Personal trainer yang bagus, boleh mendapat sehingga Rm10k keatas. Dan selalunya personal trainer yang berpengalaman dan juga berpengetahuan, akan charge harga antara rm150-rm200 sejam training!
Yang tak berapa bagus pun ataupun yang baru menjadi personal trainer boleh mendapat rm3-4k sebulan.
Tapi sebelum korang bercadang cadang nak berenti kerja dan jadi personal trainer, korang kena tahu pasal education options untuk membolehkan korang jadi personal trainer.
Jadi macam mana nak jadi personal trainer? Ini cumalah pendapat aku, daripada pengalaman aku selama 8 tahun dalam industri fitness ni.
1) Mengumpul pengalaman.
Tak ada tempat untuk korang menimba pengalaman dan juga mencari client client yang berpotensi , selain daripada bekerja di gym. Aku cadangkan bagi sesiapa yang bercita cita nak jadi personal trainer supaya bekerja di gym komersil. Kenapa? Sebab di gym komersil, ia nya amat competitive, sama ada mencari client, membuat marketing dan juga untuk belajar untuk ‘comunicate’ dengan client yang berbagai bagai. Ini bolejh menjadi batu loncatan untuk korang dapat pengalaman. Dan juga gym komersil ini juga ada menyediakan ‘in-house’ training. Ini membawa kita ke point yang ke dua.
2) Certification
Macam aku dulu, apabila bekerja di California Fitness, aku kena lalui ‘in-house’ training dan juga ‘in-house’ certification, baru boleh menjadi personal trainer. Mungkin korang dah terer pasal workout, tapi korang perlu tahu juga pasal anatomi dan kinesologi, macam mana otot bergerak dalam exercise. Injury prevention (penting apabila training client) dan juga belajar macam mana nak buat assesment untuk client. In-house training juga mengajar korang macam mana nak berkomunikasi dengan client, macam mana nak cari client. Semua gym Komersil ada in house training dan certification. Bila dah certified baru boleh train orang beb. Kalau nak yang bayar pun ada, tapi kena sediakan lah duitnya. Di Malaysia ada FIT: Malaysia’s International Standard Fitness Certification & Training Centre. Klik di sini http://www.fit.com.my/ .
3) Bila dah certified, langkah seterusnya adalah untuk built client base. Biasanya gym komersil akan memberi beberapa client yang korang boleh train, dan selebihnya korang kena jadi sendiri. Tapi kena ingat, gym akan mengambil sebahagian besar daripada harga personal training korang, bergantung pada seniority ataupun level korang. Misalannya di California Fitness, kalau satu jam training berharga rm100, kalau korang level 1, korang dapat 25% daripada rm100 itu, level 2 dapat 27.5%, level 3 30% dan level 4 35%. Jadi korang tak dapat seratus peratus. Tapi bayangkan, rata rata trainer di California Fitness dulu, on average dapat rm3k-4k sebulan, dam sebanyak 15-20 client.
4) Bila korang dah mengumpul pengalaman, dan juga korang tak suka bekerja di bawah orang, korang boleh membuat langkah yang seterusnya, iaitu menjadi freelance personal trainer. Jadi disini korang macam buka business sendiri, iaitu sebagai service provider. Apabila menjadi freelance personal trainer, korang kena kerja keras untuk maintain business, tapi pendapatan korang akan berlipat kali ganda, sebab korang ambil 100% daripada satu jam training.
Untuk artikel yang akan datang, aku akan ceritakan apa yang personal trainer perlu ada untuk berjaya. Dan apa yang personal trainer buat yang membuatkan aku nak marah!
Saya lagi pentingkan pengalaman dpd certification. Certs ni... Kalau pandai belajar pandaila jawab soalan exam. But you can only get experience thru time. Tapi mmg tak dinafikan la Ada cert lagi bagus.
ReplyDeleteSaya pun pernah terfikir nak jadi trainer. Tapi pikir2 balik rasa malas plak sbb byk manusia kat luar tu poyo je lebih. Suruh buat ni tak nak. Suruh buat tu merengek. Bosan. Baik train diri sendiri lagi bagus.
@aizan: True, experience trump certification, but its knowledge non the less.So the knowledge can enhance your experience.
ReplyDeleteThis is my hierarchy that a PT should have:
1) experience
2) a degree or diploma in any fitness related (Sports Science)
3) Certification.
If you have those three is better, but minimal is at least a certification, for legal purposes.
kena banyak sabar jadi trainer ni, perangai macam macam, but if you get a very motivated and dedicated clients, jadi seronok.
i love to be a trainer sbb dapat deal dgn pelbagai challenging experience dgn clients... lebih banyak cekadak clients, lebih banyak kita belajar new skills..dan kita sebagai trainer sepatutnya tahu to control and conquere our clients mind... if kita xkuat semangat n kesabaran pon xtggi, memang give up lah jawabnya...but ia tak akan mnjadi masalah biler bnde ni semua dah sebati dgn jiwa kita, susah rasa nak putus asa tu...sbb lagi byk rintangan, lagi enjoy keje sbgai trainer... i love challenging stuff...
ReplyDeleteG
ReplyDeleteMinat jgak nk kja di fitness.. dah mntak dapat tapi kna buat sale..saya nak tanya.. selain dari sale .. apa lagi kerja di fitness nii?
ReplyDeleteMinat jgak nk kja di fitness.. dah mntak dapat tapi kna buat sale..saya nak tanya.. selain dari sale .. apa lagi kerja di fitness nii?
ReplyDeleteG
ReplyDeleteberminat nak jadi fitness personal trainer jugak ni..nak dpt certificates tu nak study mana eh ? pling best n bagus :)
ReplyDeletenk kena smbung study mana kt malaysia ni?
ReplyDeleteNk tya saudara... kt mana tmpt yg ambik kursus jadi personal trainer n byrn yg paling rendah. Adakah kementerian belia dan suka n juga ada
ReplyDelete