Wednesday, August 26, 2009

Mitos : Sebab steroid boleh jadikan korang juara

KOrang tahukan, bagi profesional Bodybuilder, memang akan pakai ergogenic aid, macam racun, hGH, stimulant. Tapi aku berani bet, korang tak tahu sebesar mana steroid bertanggung jawab menjadikan seseorang tu berjaya. Sikit sebenarnya.

Ingat tak pertama kali korang ambik creatine, dan berat dan strength korang gila2 naik...korang kali gandakan dengan 3-4 kali, korang akan dapat secara kasarnya macam mana rasanya bila ambik steroid. Betul, ia satu kelebihan tapi korang takkan dengar benda2 ni dibincangkan secara open kat gym2 atau kat forum.

Contoh : perumpamaan,

Katakanlah korang pegi track lumba kuda dan korang kene bet kuda mana yang menang tanpa tengok kuda tu dulu. Korang dapat tahu Kuda Satu ambik stanazolol dan testosterone selama 2 tahun, dan training dan diet tip top. Kuda Dua, walaupun Training dan diet tip top tapi adalah natural.

Mana satu korang akan bet? Obviously Kuda Satu...kuat tu beb ambik racun kuda tu!!

Tapi aper kata Kuda Satu tu kuda padi? Dan Kuda Dua adalah kuda racing baka arab? Korang akan bet lagi ke Kuda Satu ni? Orang bodoh jer nak bet Kuda Satu ni lepas dia tahu perkara sebenar.

Betapa banyak kuda padi tu ambik racun, siap mandi lagi dalam testosterone, mati hidup balik pun dia takkan mungkin akan menang dengan Kuda Racing berbaka Arab tu yang memang untuk speed. Genetic advantages rule!!

Point yang aku nak sampaikan adalah, semua athlete yang power gila dalam bidang mereka, tak kiralah Bodybuilding ke, Track and Field ke, bola ke, adalah umpama Kuda Racing dalam bidang diaorang. So diaorang akan power with or without steroid. Korang ingat Ronnie Coleman menang 8 Mr Olympia sebab dia ambik paling banyak racun, atau lagi advance racun dia dari orang lain? Dia menang first competition masa masih natural!!

Daripada orang sekeliling dia mengatakan dia ni tak pernah ponteng training, disiplin dalam pemakanan. Dia bekerja keras untuk dapatkan 8 title Olympia tu. Memang Steroid memainkan peranan, tapi tanpa disiplin dan kerja keras, racun tu takkan kemana.

Seseorang yang genetik biasa2 dan workout ntah aper2, tak serious dalam diet, selalu ponteng workout, boleh ambik semua racun kat Pakistan dan India, dia masih tak boleh menang any bodybuilding competition. Tapi kalau korang bagi aku sorang ni yang natural, genetik bagus dan berdedikasi dalam training dan diet, aku berani bet dia akan kalahkan orang yang sorang lagi.

Korang akan terkejut sebab kebanyakkan Pro BB tak ambik banyak racun daripada BB biasa sebab diaorang (atau trainer diaorang) pandai, yang more is not always better (think of hutang dan rasa sakit, korang nak banyak ke?). Kalau korang cucuk 1000mg Testosterone seminggu pun korang tak grow, korang ingat 2000mg seminggu boleh ke..? perghhh bunuh diri tu...Itu mesti training dan diet korang something wrong, bukan pasal dadah.

Macam semua supplement jugak, racun ni menolong untuk protein sintesis, meningkatkan lipolysis(fat burning), bagi tenaga dan recover lagi cepat dan sepenuhnya. Dan semua tu adalah benefit yang besar tu, kalau yang lain lain (genetik, diet dan training) adalah sama. Kalau dua2 Kuda Racing compete, dan salah satu ambik racun, aku akan pilih kuda yang 'beracun' tu untuk menang.

TAPI, selalunya, racun ni lebih kepada hindrance daripada advantage. Aku selalu dengar, kalau tak ambik racun, jadi malas nak workout, kalau tak ambik ephedera dan clenbutrol taknak buat cardio. Macam la tak boleh lose fat kalau tak ambik. Nak tau macam mana nak lose fat dengan cepat walaupun tak ambik ephedera dan clenbutrol? Buat 10% more cardio!!

DAN, kebanyakkan orang yang tak pakai steroid selalu menyalahkan steroid sebagai sebab utama diorang tak boleh besar, kuat dan lose fat. Pernah dengar ni : Aku bukan taknak besar, tapi kalau aku ambik racun aku kan lagi besar dari mamat tu. Malu la dia nanti. Mamat tu ambik racun.
Kalau korang bertungkus lumus, membanting tulang secara naturalnya untuk membesarkan badan dan badan korang antara yang terbaik dalam top 5 dalam BB competition, tapi pasal no 1 tu ambik steroid, memang la korang kalah. Tapi kalau workout tak seberapa, dan korang tak pernah push your body to the limit, alasan steroid tu adalah ALASAN sahaja.

Bagi aku, aku tak kisah, korang ambik racun atau tidak, selagi korang bekerja keras dalam training dan diet, korang akan dapat respek dari aku. Tapi jangan pikir racun boleh substitute hard work. Disiplin dan semangat tinggi tak boleh dapat dalam jarum atau pill kengkawan wei

No comments:

Post a Comment