Monday, April 9, 2012

Review: SlimKicker



Selalunya aku tak berapa berminat untuk buat review product tapi comes to my attention pasal website ni. Slimkicker ni adalah satu website (dan iPhone apps) yang menolong korang achieve korang punya goal dengan membuatkan ianya sebagai games. Pernah tak korang termanggu manggu tentang macam mana nak dapat motivation untuk korang progress? Jadi application ni dapat membuatkan korang rasa seronok dengan diet dan training.

Slim kicker ni membolehkan korang keep track dengan korang punya diet dan training. Ada satu column untuk korang buat challenges, macam simplefit yang membolehkan korang challenges diri korang atau pun yang paling senang, berenti minum soda untuk seminggu. Bila korang berjaya, korang akan 'level up' atau pun 'hadiah'kan diri korang dengan sesuatu, bila korang completed the task. 

Tapi satu masalah jer yang aku hadapi bila buat slimkicker ni. Masakan melayu macam nasi lemak atau capati tak ada. Kena specific. Tapi yang bestnya korang boleh cipta makanan korang sendiri, tapi ianya berkesan kalau korang tahu apa yang ada dalam makanan tersebut macam berapa carbo, berapa protein.

Dalam column body, ada list wokout yang korang boleh listkan, dan exercisenya pretty much comprehensive. Banyak juga exercise yang ada. tapi macam biasa, kalau ada exercise yang pelik pelik yang korang buat tapi tak ada dalam list tu, korang boleh cipta sendiri.

Satu jer yang menghalang keberkesanan program ni..iaitu korang mesti lah jujur. Ia cuma membolehkan korang keep track apa yang korang DAH buat, tapi bukan menunjukkan apa yang PATUT korang buat untuk achieve goal. 

Give the slimkicker a try, dan tengok macam mana. Lagi pun ianya free. Bagi aku its a decent application yang membuatkan dieting dan training fun again. Tapi bagi yang masih clueless pasal training dan diet, korang kena belajar dulu macam mana nak training dan diet dengan betul.

Boleh tengok website tu kat SINI.


No comments:

Post a Comment