Tuesday, August 29, 2017

Untuk Berjaya, Kelilingi Diri Korang Dengan Mereka ini.



Satu perangai aku bila berada di gym, aku suka perhatikan orang lain training. Ada yang training sorang sorang, ada yang berdua, ada yang berkumpulan. Tapi semuanya tak kiralah korang training sesorang atau berkumpulan korang perlukan mereka mereka yang boleh membantu korang mencapai matlamat korang. Siapakah mereka mereka ni? Mari kita tengok sama sama:


1) Orang yang lebih kuat berpengalaman dari kita.

Korang perlu melihat mereka yang angkat lebih berat dari korang, lagi hardcore dan form workout yang lebih bagus dari korang. Korang perlukan mereka ni walaupun korang jarang bersembang dengan mereka. Korang kena cari mereka mereka yang lebih berpengalaman mungkin dalam setahun dua dari korang atau lebih kuat sikit dari korang. Untuk apa? Supaya mereka ini menjadi motivasi kepada korang untuk menjadi seperti mereka. 

Korang akan meningkatkan standard training dan juga strength apabila korang nampak orang lain lebih up dari korang, tapi korang juga tahu yang mereka ni bekerja keras untuk menjadi macam tu dan mereka keep on improving from workout to workout, seperti korang.


2) Info yang boleh dipercayai, dari pelbagai media

Semua orang perlukan pendedahan pada idea idea yang baru. Tapi amat merbahaya kalau kita hanya percaya satu punca idea sahaja, terutamanya dalam fitness, dimana banyak yang mengaku pakar dalam fitness. Korang boleh mencari dari beberapa punca, seperti kat internet, orang yang lebih berpengalaman dan juga dari buku buku fitness. Dan korang boleh mencuba dan memilih antara semua, yang mana sesuai dengan goal dan juga training korang.

Ingat, tak ada orang lain yang boleh tahu secara detail goal korang, pengalaman atau pun skill level, kewangan, pilihan peribadi atau pun genetik. Jadi bergantung pada diri korang sendiri untuk mencuba sesuatu yang baru.


3) Gym bro

Semua orang yang training kena ada gym bro. Mereka ni umpama Red Bull dalam bentuk manusia. Korang duduk dengan diaorang sekejap jer, terus meluap luap nak training. Mereka ni memang best bagi motivasi untuk training, jadi korang akan rasa malu kalau diaorang ajak training korang nak dok rumah. Memang susah nak cari orang yang seronok bila kita ada improvement dan sedih bila kita cedera. Jadi training jadi sesuatu yang seronok.


4)Pakar

Untuk belajar sesuatu, korang kena tumpukan perhatian korang kepadanya. Macam korang nak buat kettle bell swing, atau pun bodybuilding posing, korang kena belajar dari seseorang yang pakar mengenainya. Seseorang yang boleh tengok form korang, atau pun ajar teknik yang betul. Mereka ni penting terutama bagi korang yang masih beginner (training 1-2 tahun). Dan yang master pun akan ingin mencuba training yang baru. 

So aku mengharapkan supaya korang ada mereka mereka ni dalam team korang. Kalau tak ada, korang kena cari. Untuk korang menjadi lebih kuat dan awesome!




No comments:

Post a Comment