Perlu atau tidak?
Bila korang ke gym, tak kiralah gym kat mana pun, korang akan jumpa bro bro yang memakai belt walaupun sebelum dia masuk ke gym. Jadi disebabkan ada bro bro 'otai' ni, korang start percaya yang belt tu adalah sebahagian daripada 'uniform' untuk ke gym. Tapiu adakah korang tahu kegunaan belt dan lifting belt ni?
Lifting Strap
Penggunaan lifting strap selalunya dihubungkaitkan dengan punca grip kita jadi lemah kerana terlalu bergantung padanya. Dengan tidak menggunakan lifting strap pada exercise seperti pullups, bent over row, deadlift, akan membuatkan grip kita lebih kuat tetapi ada sesetengah kes yang kita boleh menggunakan lifting strap ini dengan berkesan, tanpa risau terhadap gripkita menjadi lemah.
Strap perlu digunakan semasa grip kita lemah. Atau semasa kita perlu fokus kepada otot yang kita nak train tanpa perlu fikir pasal grip. Disini di terangkan bila nak pakai strap dan bila nak buat tanpa strap.
Untuk progress, kita perlukan stress yang berterusan, tetapi apabila kita semakin hampir mencapai potensi kekuatan diri kita, makin susah untuk kita mengangkat beban yang makin berat.
Menggunakan strap secara strategik ada kelebihannya. Korang boleh menggunakan beban yang lebih berat tanpa perlu memikirkan grip kita dan overloadkan muscle yang kita nak train tu semaksima yang boleh.
Tangan, pergelangan tangan dan lengan adalah satu sistem otot yang terdiri daripada otot slow twitch dimana ianya lebih kepada endurance. Jadi apabila bebanan menjadi terlalu berat, grip kita akan tak dapat bertahan.
Bagi bodybuilder yang lebih advance, banyak sistem training yang mempunyai intensiti yang advance seperti extended drop set, partial reps dan isometric hold, grip korang tak perlu menjadi penghalang.
Untuk pulling exercise dimana teknik intensiti digunakan, strap diperlukan untuk memaksimakan intensiti set tersebut.
Menggunakan Lat pulldown sebagai contoh, otot untama yang digunakan adalah lattisimus dorsi. tapi selalunya, tangan dan juga forearm menjadi penghalang untuk kita menggunakan lats dengan effektif. Jadi dengan menggunakan strap, tangan dan lengan kita akan menjadi lebih relax dan tension boleh di letakkan pada lats.
Bila untuk TIDAK menggunakan lifting strap?
Untuk korang yang baru bekecimpung dengan dunia besi ni, jangan pakai strap. Sebab? Apabila korang baru bermula, badan korang adalah lemah dari segenap segi. jadi kalau korang menggunakan strap, back, shoulder dan juga muscle lain akan jadi bertambah kuat, tapi grip korang akan menjadi lemah berbanding dengan bahagian anggota yang lain.
Jadi macam mana pula bagi advance lifter? Walaupun korang boleh buat weight yang berat, tapi korang perlu menggunakan strap dengan berhati hati.
Dengan menggunakan strap kita boleh menggunakan lebih banyak weight, tapi untuk memastikan grip kita tak terjejas, korang kena menggunakan strap pada set yang terakhir. Warmup set dan juga set set yang bukan last set tak perlu strap untuk memperkuatkan grip.
Belt
Alat ni adalah alat gym yang paling disalahgunakan. Dari beginner hinggalah ke advance trainer, semua akan pakai weightlifting ni, samaada untuk menunjuk atau pun pakai dengan fungsi.
Bila untuk pakai belt?
Semua orang ada tahap tahap tertentu untuk dia pakai belt. Setengah tunggu sehingga weight tu menjadi berat, dan ada yang terus pakai, walaupun warmup set.
Sebenarnya tak ada peraturan yang nyata tentang penggunaan belt ini tapi apa yang kita nak adalah penggunaan belt untuk memaksimakan exercise tersebut. Jadi macam mana nak memaksimakan belt tersebut?
Untuk bodubuilder yang dah advance, mereka tahu menggunakan otot core mereka (obliques dan juga abs) tanpa menggunakan belt. Jadi untuk memantapkan lagi core stability, mereka menggunakan belt. Jadi mereka boleh menggunakan weight yang lebih mencabar lagi seperti squat deadlift atau pun standing military press.
Bila untuk TIDAK menggunakan belt?
Bagi kebanyakkan orang yang memakai weightlifting belt, mereka kebanyakkannya tak tahu apa fungsinya dan macam mana nak menggunakannya. Ianya dah jadi trend.
Kalau korang beginner, atau pun lowerback korang ada masalah atau sakit, apabila korang pakai belt pastikan korang menggunakannya dengan betul, iaitu dengan memastikan core korang dapat distabilkan walaupun dengan menggunakan belt kerana, walaupun korang pakai belt, korang tidak akan dapat memastikan lowerback korang akan tidak cedera jika korang tak berhati hati.
Weightlifting belt ini adalah satu aksesori gym yang advance, yang kegunaannya kenalah betul, jika tidak banyak akan menyebabkan lowerback korang cedera.
Sebenarnya bagi kebanyakkan exercise, kita tak perlukan weightlifting belt, samalah semasa warmup set, kita tak perlukan belt. Pakailah semasa weight yang paling berat dan sukar.
Jadi kedua dua aksesori ini sebenarnya adalah aksesori advance yang memerlukan pengalaman untuk menggunakannya. Jadi janganlah jadi seperti mamat mamat yang selalu pakai belt dan wrist strap ini tanpa belajar bagaimana untuk menggunakannya dengan effektif.
Terima kasih coach✌
ReplyDelete