Apabila kita bercerita mengenai macam mana nak lose fat, kita akan pening kepala, sebab banyak info yang berada di internet, melalui pakar pakar, otai otai dan juga media media lain, sampai jadi infomation overload.
Daripada kebanyakan info info yang ada, ada beberapa cara yang membolehkan korang lose fat dengan efektif. Salah satu daripadanya adalah dengan menggunakan teknik dipanggil complexes.
Apa itu complexes?
Complexes adalah satu siri exercise yang dilakukan secara terus menerus, dimana apabila selesai membuat satu exercise, sambung ke exercise yang lain tanpa meletakkan barbell atau apa jua bebanan kebawah, sehingga selesai kesemua exercise itu.
Jadi mungkin korang akan buat squats 8 reps, military presses 8 reps, kemudian bent over row untuk 8 reps, dan akhir sekali deadlift untuk 8 reps, kesemuanya tanpa meletakkan babrbell itu ke bawah.
Complexes ni memang brutal. Lebih best lagi, sangat effektif untuk fat loss. Tapi nak tahu apa yang lagi best? Korang tak boleh buat complexes ni sambil pakai telefon, berborak borak dan juga membaca majalah, seperti apa yang aku selalu tengok bila orang buat cardio di treadmill. Ia perlukan fokus, disiplin, kerja keras dan juga ada sikit gila.
Jangan tertipu, kalau ada orang kata senang, kemungkinan besar dia tak pernah buat.
Apa faedah complexes ni?
· Menambah training volume
· Menambahkan strength endurance
· Menambah pembakaran kalori
· Take advantage daripada effek EPOC (Excess Post-Exercise Oxygen Consumption)
· Menambahkan kapasiti kerja dan juga overall conditioning.
Dengan complexes juga,
· Tiada risiko hilang otot
· Tak boring macam buat cardio di cardio machine.
Jadi bila nak menggunakan complexes ni?
· Menggantikan cardio yang memboringkan.
· Conditioning untuk sukan
· Sebagai hari ‘bonus’ untuk exercise apabila korang terasa gatal nak ke gym walaupun hari tu hari off day korang (OCD anyone?)
· Sebagai finisher apabila korang selesai korang punya normal workout.
Jadi nak belajar macam mana nak buat? Ini ada beberapa complexes yang pasti ‘memuntahkan’ anda. Heh.
Barbell Complexes.
Tak perlu berat. kalau korang baru nak buat complexes ni, buat dengan Olympic bar kosong dulu. Kemudian baru tambah weight.
· Deadlift
· Romanian Deadlift
· Bent Over row
· Power Clean
· Front squat
· Push Press/military press
· Back squat
· Good Morning
Buat 6 reps untuk setiap exercise, dan perform 3-4 sets.
Weight Plate complexes
Ini pakai Olympic Plate. Pakai ringan dulu.
· Overhead Squats , 6-8 reps
· Plate swing (macam kettlebell swing), 6-8 reps
· Bent Over row, 6-8 reps
· Lunges dengan plate twist, 8-10reps
· Wood Chop, 6-8 reps each side.
Buat 3-4 sets.
Dumbell Complexes
Ini pula menggunakan dumbell.
· Reverse Lunges, 6 reps each leg
· Romanian deadlift, 12 reps
· Good Morning, 12 reps
· Front Squats, 6 reps
· Military press, 6 reps
· Bent Over Row, 6 reps
· Floor Press, 12 reps
Buat 3-4 sets
Timed Complexes
Complexes ni pulak menggunakan masa sebagai progression.
Matlamat complexes ini adalah speed. Mulakan timer, dan buat complexes ni sekali, dan lihat berapa minit untuk menyudahkan 1 set. Kemudian untuk set kedua, cuba atasi masa tersebut.
Complexes ini menggunakan Olympic Bar.
· Deadlift
· Power Clean
· Front Squat
· Power snatch
· Overhead press
· Front Press
· Bent Over row
· Romanian Deadlift
Bodyweight Complexes
Ini berguna apabila korang tak boleh ke gym, atau pun bila korang terpaksa travel dan tak ada gym hotel.
· Speed squats, 20 reps
· Push Ups, 10 reps
· Hill Climber, 20 reps
· Alternating Lunges, 10 each leg
· Repeat lagi satu pusingan untuk 1 set.
Korang boleh buat complexes sendiri, tapi pastikan exercise exercise yang korang pilih tu ada flow daripada satu exercise kepada exercise yang lain.
Cuba complexes diatas minggu ni, tambah pada OFF DAY korang atau pun selepas regular workout korang. Dan lihat bodyfat korang mencair!
Ok, Sedang buat..
ReplyDeleteBest nih...
ReplyDeleteada effect body mass tak?
ReplyDeletekalau maksud body mass tu ko akan kurang kan lemak..yess!!
ReplyDeletetak.. maksud saya... kurangkan lemak.. dan kurangkan berat badan.. means.. bukan saje lemak hilang.. tapi dengan badan skali susut.. T.T
ReplyDeleteFinally! Finally ada gak Malaysian trainer yg pandai and tak ajar benda bukan2 kat kaki2 gym ni. You are a ray of sun in an otherwise cloudy day.
ReplyDeleteKeep up the good work, bro!
ye betul! saya dah try.. sgt fit.. sy buat kt gym.. dgn kawan2.. ade 7 station.. stiap sorang buat 1 station selama 1 minit.. then masa abis.. rotate station lain! 6kgs loss in 2 weeks!
ReplyDeleteThank's for the info. Much Appriciated bro.
ReplyDeleteKeep up the good work.
tq bro...info yang terbaik2
ReplyDelete@test: memang la..yang kita nak lemak tu yang susut. its not good if your muscle pun susut. kita nak ramp up kita punya metabolisme. jadi more muscle, more fat u burn.
ReplyDelete@Aizan: Im trying my best :) i hate the fact that we malaysian are left behind in fitness compared to our brothers and sisters in other country.
Sokong Aizan! :) Good work bro! Keep it up. Tulis lah byk2 sikit ye blog tu... :P
ReplyDeleteTapi tak suke buat power clean. Malu. hehe.. Any other alternative?
ReplyDelete@adeline: aik kenapa malu pulak. all my female clients do power cleans. power cleans ni bukannya shoulder exercise per se. tapi nakkan the explosiveness. supaya you teach the body to generate extreme amount of force output. Kalau u buat tapi rasa terbakar di shoulder, u are using too much shoulder muscle. try it. tak perlu buat 10 to 12 reps, just 3-5 reps and you will be panting!
ReplyDeleteJomm kita buang lemaks....
ReplyDeletetrima kasih atas pendapat.. sy akan manfaatkan entry ni sebaiknya.. :)
ReplyDeleteSaya baru try untuk bodyweight.memang kaw..!!plan nak buat dengan sahabat handai pulak,meriah gym lepas ni:)
ReplyDeleteTrimas untuk maklumat hebat ni!
this is best bro..pecah peluh buat..mencungap2 aku
ReplyDeleteYess..mau try dumbell complexes today, xsabar nk cepat cairkn lemak ni!
ReplyDeleteCik/Puan Ana Admi,
ReplyDeleteAny good news? How's the result going so far?