Dalam semua benda dalam dunia ni, manusia semua nak senang. Naik eskalator, microwave, remote TV. Ada yang bagus sebab hidup kita perlukan progression dari susah ke senang. Seperti contoh, kita bersusah payah belajar untuk mendapatkan peperiksaan SPM ke atau STPM ke, bila tiba masanya, kita akan senang menjawab soalan.
Tapi bagi exercise, apabila menjadi senang, bermakna kita semakin jauh daripada goal kita. Pernah tak bila korang mula mula start training, dan berlari atas treadmill, korang rasa macam nak tercabut paru paru? Tapi lepas 2-3 minggu, korang dah tak rasa macam tu, malah dengan selambanya boleh bersembang sembang lagi dengan kengkawan kat sebelah? Ini bermakna badan korang dah adapt, dan tidak perlu bekerja keras untuk berlari, berbanding dahulu.
Sebenarnya badan kita ni terbalik. Lagi unfamiliar sesuatu exercise ataupun stimulus, lagi banyak kalori kita bakar, sebab badan kita tak ‘belajar’ lagi untuk menjadi efficient dalam pergerakan itu. Contohnya, korang selalu lari atas treadmill, kemudian suatu hari korang buat stepper, korang akan rasa nak terkeluar peparu macam korang pernah rasa masa buat treadmill dulu.
Ada beberapa ‘kes’ yang korang telah mengurangkan keberkesanan sesuatu exericse atau pun program.
1) Berjalan/berlari atas treadmill, tapi pegang pada handle treadmill.
Apabila kita berpaut pada handle treadmill, kita akan mengurangkan ‘effort’ dalam larian atau apabila kita berjalan, terutama sekali apabila dalam mod naik bukit. Apabila korang tak berpaut, korang akan rasa ‘susah’, tu pasal korang berpaut. Jadi itu bermakna korang tak fit lagi untuk kelajuan yang korang pakai tu.
2) Menggunakan mesin lebih banyak daripada freeweight.
Rasa aku tak perlu lah explain panjang lebar pasal ni. Dah banyak kali aku tulis pasal isu ini.
3) Tak buat squat dan deadlift.
Orang sanggup buat banyak set untuk leg extension, leg curl dan leg press, daripada buat squat. Sebab? Squat ni susah. Kena teknik betul. Kalau mesin, senang, tolak jer macam leg press. Sama lah dengan deadlift. Jadi macam macam alasan di buat, squat boleh menyebabkan lutut sakit lah, deadlift buat sakit belakang la. Macam macam.
4) Banyak buat isolation exercise berbanding compound exercise.
Ini pun related pada point no 3. Aku selalu tengok, orang kat gym, masuk masuk jer gym, terus capai dumbell, buat bicep curl, lateral raises, front raises, tricep extension.
5) Buat exercise yang kita suka, bukan yang kita perlukan.
ini lah akibatnya banyak sangat buat pressing, tapi kurang buat rowing |
Isnin selalunya adalah hari chest sedunia. Hampir semua yang pegi gym akan buat chest pada hari ini. Selasa, barulah buat back, Rabu buat Shoulder, Khamis buat Arms. Jumaat? Chest balik! Macam mana dengan kaki? Ahhh malas la, kang besar sangat tak muat pulak jeans aku nanti.
Buat back pun buat lat pulldown, seated row dan jugak one arm row. Bent over row? Chin up? Susah la, sakit belakang aku bila buat bent over row ni (padahal orang yang cakap tu baru 20 tahun, tapi sakit belakang macam orang umur 80 tahun)
6) Dah buat squat, tapi buat half squat.
half squat |
Banyak yang aku nampak di gym gym yang aku pergi. Dah bagus dah buat squat, tapi lagi senang buat squat above parallel. Sebab ego, dengan half squat boleh buat heavy. Below parallel squat tak ramai orang buat sebab mitos yang mengatakan buat below parallel squat tak elok untuk untuk lutut. Sebenarnya terbalik. Lutut akan mendapat lagi banyak pressure apabila buat half squat, sebab bebanan menolak lutut kehadapan, berbanding dengan squat below parallel, dimana apabila berada di posisi paling bawah, glutes dan hamstring akan banyak menolong jadi lutut tidak berasa sakit. Tapi jangan sampai terlampau bawah, sebab apabila ini berlaku, glutes dan hamstring akan relax. itu yang kita tak mahu.
Dan jangan buat dengan smith machine. Bukan hanya tak bagus untuk spine, tapi plain stupid.
no matter how hard core you want to be seen, if you are using a smith machine for squat, fohgetaboutit. |
Ada banyak lagi perkara perkara yang korang cuba ‘menyenang’kan exercise korang. Lagi senang exercise itu, lagi worthless it is for your body or your goal. Ingat iklan pasal mesin abs? Dengan hanya 3 minit sehari, anda akan dapat six pack. Telefon sekarang, dengan RMxxx, alat ini boleh menjadi milik anda.
Dont.
Like Coach Rippetoe said: You can leg press, but that's gay.
ReplyDeletesaya tak faham dengan gambar no 5 tu.. banyak buat pressing dari rowing?? maksudnye?
ReplyDeleteoh picture 5 is because the chest is overpowering the back muscles causing the body to arch inwards
ReplyDeletesmith machines are harder on the patellar ligament and the anterior cruciate ligament, which important ligaments to ensure the stability of the knee joint. and if you find running on the treadmill is too easy, move on to HIIT programme or Tabata protocol.. adaptation rarely occurs because as u get better, you tend to push harder.. and by the end of it if you are not breathing your lungs out, you are not doing it right
ReplyDelete@Aizan: Yes! right on.
ReplyDelete@test: muscle yang kuat akan contract. muscle yang lemah, akan mengendur. Jadi kalau pressing muscle macam chest lagi kuat dari rowing muscle iaitu back muscle, maka jadilah seperti gambar tu. kalau korang tak percaya, tengoklah di gym gym korang.
@koli: Thats what im trying to get across to all this gym rat..but no, still doing the smith machine.