Ramai newbie newbie yang berhenti daripada dunia main besi ni setahun atau dua tahun kemudian. Banyak alasan yang diberi, tak cukup masa sibuk dengan kerja, dan yang paling banyak adalah tak cukup budget. Dalam bodybuilding, atau pun apa apa jua perkara dalam kehidupan, kita kena consistent. Pergi training mesti consistent, diet mesti consistent, barulah ada hasilnya.
Tapi aku rasa tak salah kalau aku katakan kalau korang menceburi bodybuilding atau strongman, korang akan tak ada duit untuk benda benda lain. Dan tak salah juga kalau aku katakan bodybuilding dan strongman ni adalah sport paling tak berbaloi, sebab preparation nya adalah lebih mahal daripada hadiah (itupun kalau menang). Aku tau la, sebab aku pernah berkecimpung dengan competition ni. Habis beribu ribu, menang piala plastik and a pat on the back (Mr KL).
Ok berbalik pada newbie yang baru nak berjinak jinak dengan bodybuilding atau pun strongman ni. Ini adalah antara guide yang aku boleh bagi untuk korang merancang perbelanjaan korang supaya korang tak 'muflis'.
1) Setkan priority
Korang pernah dengar atau belajar pasal teori Maslow? Ha, Bodybuilding juga ada hierarchy of needs yang di tulis oleh Chris Shugart. Menurut Chris, secara asasnya, bodybuilder ada 4 tingkat keperluan, iaitu Diet, Training, Cara Hidup (Lifestyle) dan terakhir sekali Supplement.
Mungkin ramai orang pertikaikan kenapa supplement adalah keperluan yang paling last. Tetapi menurut keperluan, korang patut membeli supplement SELEPAS korang mampu buat ketiga tiga tingkat keperluan itu.
Mari kita tengok satu satu keperluan ni.
a) Tingkat satu- Asas, diet (nutrisi).
Memang nampak simple, tapi berapa banyak yang ambil tingkat ni secara serius? Berapa banyak yang korang dengar, ada orang tak boleh gain muscle, tak boleh lose fat, tapi bila tanya berapa banyak calories yang diaorang ni ambil sehari, dan juga ratio makanan yang diaorang ambil dari segi protein, carbo dan lemak, aku jamin mesti diaorang terkebil kebil tak tahu. Selalunya diaorang ni tak peduli kan pasal diet, dan terus ke training.
Jadi korang mesti fokus pasal diet, iaitu membudgetkan duit korang untuk beli solid food.
b) Tingkat dua - Training.
Ok sekarang kita pergi ke tingkat 2 pulak, iaitu training. Bila kita fikir pasal bodybuilding, kita akan tefikirkan mengenai pushing the weights di gym (atau rumah). Dan secara amnya, kebanyakkan orang akan train dengan bersungguh sungguh untuk mencapai goal. Maksud aku, selagi korang buat training, pakai program yang bagus, pilih exercise yang bagus, form korang juga bagus, aku rasa korang dah cover dah basics. Itu pasal training turun nombor 2. Memang lah korang kena buat, tapi training tak perlu complicated.
c) Tingkat ketiga - Cara Hidup (lifestyle)
Untuk berjaya dalam bodybuilding, cara hidup mesti betul. Jadi apa itu cara hidup? Ia merangkumi tidur, stress, alkohol dan dadah, persekitaran dan juga aktiviti harian. Walaupun korang diet, dan training, tapi korang punya stress level tinggi, tidur tak cukup, keluar ke club malam hampir tiap tiap hari mingggu, hisap rokok, ambik dadah, korang tak akan dapat mencapai goal korang. Jadi Cara hidup juga adalah penting.
d) Tingkat keempat - Supplement
Last skali barulah supplement. Kalau tanya kebanyakkan orang yang jual supplement, memang diaorang akan cadangkan macam macam. Tapi trust me, korang perlu buat 3 tingkat di atas dulu barulah korang pikir pasal supplement. Kalau diet, training dan cara hidup pun huru hara, makan supplement bertong tong pun takkan menjadi. Tu yang banyak di FB newbie mengadu badan tak naik walaupun dah makan weight gainer bertong tong. Bercerita pasal supplement, untuk newbie, pilih supplement yang korang boleh maintain. Tak guna kalau korang beli bermacam macam supplement untuk pre, peri dan post workout kalau korang boleh beli untuk sebulan jer, dan bulan bulan yang lain dah tak ada budget.
2) Berbelanja mengikut budget.
Kalau korang student atau pun kerja biasa biasa (bukan gaji 3-4 ribu ke atas), tak perlulah beli salmon dan juga daging batang pinang tiap tiap minggu. Telur ayam adalah sumber protein yang boleh dikatakan murah dan paling complete. Tapi jangan lupa untuk menyimpan untuk masa depan. Jadi buatkan budget untuk membolehkan korang membeli solid food seperti telur, ayam dan sebagainya, tanpa mengganggu korang punya perbelanjaan yang lain seperti bill sewa rumah kereta motor.
3) Budget ikut bulan
Apabila korang buat budget, buatkan one month at a time. Asingkan duit untuk solid food, duit membership gym, dan juga supplement. Kenapa kena buat ikut bulan sebab kalau datang bulan puasa, takkan korang punya budget akan sama dengan bulan yang bukan puasa.
4) Simpan untuk perbelanjaan yang tak terduga.
Memang bila kita budget, kita mengharapkan ianya berlaku seperti yang kita harapkan, tapi kadang kadang sesuatu tak terduga berlaku, jadi korang tak boleh letakkan 100% duit korang untuk dibudgetkan untuk bodybuilding. Misalannya kena bayar insurance kereta, kena saman, kereta/motor rosak, dan sebagainya. Jadi ianya bijak untuk simpan sikit untuk hari hari seperti tu.
Macam aku kata tadi, bodybuilding ni memerlukan pengorbanan duit yang banyak. Jadi korang kena bersedia untuk buat kira kira kalau korang serius pasal bodybuilding.
Tapi ingat, sekiranya korang hanya untuk suka suka dan bukan untuk compete, tak perlulah berhabis banyak. Jadi seperti yang aku kata tadi tetapkan goal korang, baru lah buat apa yang sepatutnya. Harap artikel ini berguna untuk korang.

memang bernas la artikel ni..
ReplyDeleteterbaek boss..kini baru ku tahu jalan yang sebenarnye..i love this blog!!!
ReplyDeleteterbaek boss..kini baru ku tahu jalan yang sebenarnye..i love this blog!!!
ReplyDeleteterbaek boss..kini baru ku tahu jalan yang sebenarnye..i love this blog!!!
ReplyDeleteNatural bodybuilding is defined as "the follow or participation within the type of body modification, known as bodybuilding; and to do that without the usage of banned substances."visit site
ReplyDeleteBeing a drug free bodybuilder, and knowing what your numbers are at all times, is being an intelligent bodybuilder. Can you imagine not tracking your checking account balance? buy probiotics
ReplyDeleteBecause of this controversy, bodybuilding competitions are classified according to natural and open competitions. All entrants in a natural competition will be administered a drug test. This testing is done to ensure that the competitors will square off fairly.Best Steroids For Mass Gain
ReplyDelete