Monday, March 26, 2012

Intermitten Fasting, Part 1



Apa itu intermitten fasting? Intermitten Fasting atau IF ni sebenarnya dah lama, ianya popular di US tapi kat sini..macam biasa sama ada orang tak tahu, atau pun orang tak faham.

Kebolehan untuk tidak makan dengan jangka masa yang lama sebenarnya sudah sedia ada dalam diri kita sejak dahulu lagi, satu protective mechanisme untuk membantu species manusia untuk terus hidup apabila sumber makanan menjadi sedikit.

Tetapi memilih untuk berpuasa, bukan untuk survive, tapi lebih kepada untuk improved kesihatan dan body composition, adalah satu perkara yang agak baru, sebab orang zaman batu dulu mana ada berpuasa sebab nak pakai jeans. Di US, ada bodybuilder (natural) membuat IF ini, tapi bagi yang mahukan badan yang besar dan ripped, berpuasa macam satu nasihat yang salah jer.

Diet bodybuilding seperti yang korang tahu, tipikal nya akan membuatkan korang makan 5-6 small meal a day. Dengan cara ni expert kata, bukan hanya mengelakkan rasa lapar semasa diet, tetapi menjadikan metabolisme korang meningkat tanpa membeban kan sistem perut.

Salah satu expert yang advocate multiple meal ni adalah Dr John Berardi. Tapi kebelakangan ini, dia buat experiment dengan IF ini. Ini lah yang membuatkan aku terpanggil untuk men experiment dengan IF ni. Tapi artikel kali ini adalah mencerita kan mengenai IF yang Dr John Berardi experiment kan ini.

Korang tahu tak, kita sebenarnya sudah pun mengamalkan IF ni sama ada kita sedar atau tidak? Tapi kita panggil dengan nama lain. Apa namanya? TIDUR.

Dari pada last sekali kita makan, sehingga lah kepada makanan kita yang pertama  keesokan harinya (kalau korang tidur dengan normal, iaitu 7-8 jam), jadi 7-8 jam itu lah korang 'berpuasa'. Contohnya kalau korang makan pada pukul 8pm, dan breakfast pada pukul 8am, bermakna korang akan 'berpuasa' selama 12 jam.

Sekarang kita tengok kenapa IF ni mendapat sambutan di US.

Ini adalah antara beberapa benefit pada manusia dan haiwan:

Mengurangkan

  • mengurangkan triglycerides(lemak tepu) dan kolestrol yang tak bagus
  • Tekanan darah tinggi
  • keradangan(inflamation) pada badan
  • Oksida dalam badan
  • risiko kanser
Menambahkan
  • pembahagian sell (pembaharuan sell)
  • membakar lemak (menambahkan pembakaran lemak pada tahap akhir puasa)
  • meningkatkan growth hormone 
  • metabolisme
Menambah baik
  • selera makan
  • pengawalan gula dalam darah
  • fungsi kardiovaskular
Dengan benefit benefit ini, IF nampak seperti miracle cure. Tapi kenapa tak ramai orang buat IF ni? Macam aku kata tadi, semua orang buat IF ni cuma tanpa disedari. Kebanyakkan orang 'berpuasa' 12 jam sehari, setiap hari. Kecuali lah korang terjaga tengah malam dan makan maggie mee, korang mungkin dah menikmati benefit IF ni, cuma korang jer tak tahu.


Okeh aku tak nak explain banyak banyak..korang download e book percuma dari website Dr Berardi ni dan korang baca sendiri experiment experiment yang dia buat. Gaya bahasa dia sangat mudah dan tak ada banyak technical jargon. Download di SINI

Part 2 nanti aku akan ceritakan pengalaman dan result aku.

No comments:

Post a Comment