Friday, March 30, 2012

Kenapa Wanita (dan lelaki) Perlu Train Untuk Jadi Kuat?

Heaven's yeah!
Sebagai personal trainer, aku dah banyak kali dengar ayat ayat ni oleh client perempuan, "Am I going to be like you?" atau " tak nak lah berat berat, i nak lost weight je". Banyak dah artikel artikel pasal training untuk wanita aku dah keluarkan, and hoping i get the message across. Tapi masih lagi tak cukup.

Lagi sekali, kenapa wanita tak boleh built muscle sesenang lelaki (senang ke?)? Sebab dengan kurangnya hormon testosterone. Jadi buat weight training takkan membuatkan wanita jadi macam ni.

                                       

Kenapa boleh jadi macam gambar di atas? Sebab hormon testosterone terlebih. So mana dapat hormon terlebih tu? Injeksion la.

untuk menjadi macam Lilian Tan, dedikasi tinggi perlu ada.
Dan untuk jadi macam our very own female bodybuilder/fitness competitor macam Lilian Tan, dedikasi yang tinggi sangat lah diperlukan. Kena ingat, dia tu athlete, yang mendedikasikan masa dan tenaganya didalam sukan yang diminati. So kalau takat training 2-3 kali seminggu, dan diet pun berterabur, you will not become like her. 

Jadi kenapa takut sangat training heavy?

Kebaikan training untuk strength.

1) Improve body composition. 
Macam yang kita tahu (and i assume you guys tahu) yang muscle takkan bertukar ke fat, dan vice versa. Tahu tak dengan training heavy, kita membuatkan badan kita akan lebih favour muscle untuk disimpan berbanding dengan lemak? Ini di panggil survival mechanism. Badan kita akan 'membuang' apa yang kita tak perlu. Jadi dalam kes ni, bila kita buat heavy, kita memerlukan tenaga yang banyak dan otot yang kuat, jadi badan kita akan cuba mengekalkan otot kita supaya apabila berlaku lagi aktiviti mengangkat berat, badan kita akan lebih bersedia. Lemak? Badan kita akan 'membuang' lemak sebab menggunakan banyak tenaga untuk recover, jadi akan menggunakan lemak sebagai tenaga yang diperlukan untuk pulih semula selepas training session.

2) Improve quality of living.
Bila kita mempunyai strength, semua aspek dalam kehidupan kita akan menjadi mudah. Sebab? Nak dukung anak senang, nak angkat barang barang tak perlu nak berhempas pulas. Sakit badan yang di associates kan dengan mengangkat barang barang dah tak ada, tulang akan jadi kuat. Jadi dengan becoming strong, korang akan meningkatkan lagi quality hidup korang.

3) Korang akan lebih menikmati makanan.
Bunyi macam pelik kan? Tapi itulah kenyataannya. Eh bukan kalau nak kurus kena jaga makan ke? Betul, tapi dengan training heavy, korang tak payah strict sangat berdiet. Kenapa? Apabila korang start training heavy, korang akan menggunakan banyak tenaga. Dan metabolisme korang akan meningkat. Jadi apa yang dimakan kebanyakkannya akan dibakar. Jadi bila aku kata korang boleh menikmati makanan maksudnya macam ni: Misalannya kawan kawan ajak korang pegi ke Secret Recipe, untuk makan cheese cake. Jadi korang boleh makan tanpa rasa bersalah, sebab ia akan di bakar sebagai tenaga kemudian. Tapi jangan la pulak hentam sampai sebuah kek. Cukuplah moderate, but still keep on track untuk lose weight.

4) Akan nampak lebih 'muda'. 
Serius! Aku tak tipu. Banyak kali dah bila aku cuba teka umur bodybuilder otai (yang masih lagi training), aku mesti tersilap teka, dan selalunya akan tersilap sampai 10 tahun beza. Dan aku ada client wanita, berumur 62 tahun, yang kalau korang tengok masih steady (ada muscle tone kat arms, and a 4 packs), nenek kepada 4 orang cucu. Kalau korang tengok dia buat push ups, korang akan nangis, sebab push ups on the toes.

Ada beberapa lagi kebaikan strength training ni. Kalau nak baca sila ke SINI. 

Jadi janganlah korang especially yang perempuan takut untuk weight training dan training heavy. Sebab banyak benefit yang korang akan dapat. 


2 comments: