Apabila korang masuk gym, apa yang terlintas dalam otak korang bila korang nak start training? Ada yang buat stretching, ada yang letup letupkan tulang, ada yang terus buat warm up set. Sebab mungkin bukan culture dalam gym kita untuk habiskan 10-15 minit untuk warm up. Tapi apakah yang bagusnya warm up ni?
Elakkan dari cedera.
Salah satu benefit warm up adalah untuk mengelakkan kecederaan. Kecederaan adalah yang paling korang tak nak sebab korang akan tak boleh training selama seminggu atau lebih, bergantung kepada kecederaan. Kalau yang teruk, mungkin sebulan..aduii..hilang la gain macam tu. Jadi dengan warm up, badan kita akan lebih bersedia untuk aktiviti angkat mengangkat berat ni dan mengelakkan kecederaan pada otot atau pun tendon kita.
Meningkatkan flexibility.
Warm up ni bagus untuk meningkatkan flexibility kita sebelum kita mengangkat berat. Sebab apabila kita ' sejuk ', otot dan tendon kita akan berasa ' ketat '. Jadi kita tak boleh mengangkat dengan optimal, dan boleh menyebabkan kecederaan (rujuk atas).
Misalannya kita nak buat squat dengan berat 140kg untuk 4-5 reps. Apabila kita sampai ke gym, kaki kita akan berasa sedikit ketat sebab otot kaki kita masih sejuk. Kita terus ke tempat squat, dan terus squat. Kaki kita takkan dapat ke paras parallel (deep squat), tapi tak mengapa sebab kita gunakan weight yang ringan untuk buat warm up.
Bayangkan kalau terus buat berat, iaitu 140kg tadi, rasanya walaupun korang boleh squat, tapi tak mungkin korang boleh buat seoptimal yang mungkin.
Membuatkan joint kita selesa dan smooth
Apabila kita warm up, joint kita akan menjadi lebih selesa dan smooth, kerana pergerakkan yang kita lakukan. Jadi tak adalah bunyi meletup letup pada lutut, bahu atau pun mana mana joint yang lain.
Belajar pergerakan
Walaupun kita selalu buat contohnya bench press, badan kita perlukan confirmation untuk pergerakan tersebut, Korang pernahkan bila first set tu rasa macam tak berapa sempurnakan. Nasib baik kita buat ringan apa bila kita warm up, supaya kita dapat 'belajar' kembali pergerakkan tersebut.
Jadi dah tahu kenapa kita perlu warm up? Ianya untuk pertumbuhan yang optimal. Mengelakkan dari kecederaan, meningkatkan flexibility, melembabkan joint kita dan juga melatihkan pergerakan yang kita bakal buat dengan weight yang berat.
Tunggu artikel yang akan datang untuk mengetahui warm up yang macam mana yang bagus.
No comments:
Post a Comment