Tuesday, September 12, 2017

Apa yang aku rindukan pada gym


Apabila bersara daripada bermain gym, aku tinggalkan habis semua perkara pasal training. Walaupun aku masih training client aku, tapi kebanyakkannya adalah di gym apartment, rumah persendirian, dan cuma seorang aje yang betul betul training di gym. Iaitu gym Stadium Shah Alam. Itu pun training waktu pagi, bermakna tak ada orang langsung pada waktu tu. Lepas dia sambung belajar, langsung tak ada di gym.

Jadi itu pasal lah aku rasa terasing dari industri fitness. Bukan takat tak pegi gym, artikel pun tak buat, contest pun tak pegi. Oleh itu apabila aku start balik training balik di gym, buat artikel, dan bersembang dengan orang orang di dalam fitness industri, aku dapati aku rindukan beberapa perkara ni:

1) Semangat setiakawan dalam gym.
  • Dulu best bila kita masuk jer gym, semua orang kenal kita. Tak pernah la rasa bosan. Kita akan rasa brotherhood tu sangat kuat. Apabila aku start balik training sekarang ni, kebanyakkan bebudak yang dulunya training, dah tak ada, mungkin sama macam aku dah bersara, pindah ke gym lain atau pun dah pindah rumah. Jadi aku perhatikan bebudak lain yang training, penuh rasa brotherhood, 
2) Sembang pasal training.
  • Macam aku bagitahu , aku tinggalkan terus semua pasal fitness, bila aku menyelam. Jadi kengkawan fitness pun dah aku jarang jumpa. Jadi a meaningfull conversation about exercise, training program, dan juga perkara perkara yang berlaku dalam fitness industry macam trend trend terkini, aku tak tahu. Jadi sekarang ni mula lah kembali bersembang semula dengan geng geng gym untuk dapat kembali general knowledge. 
 3) Rasa pump
  • Yup, satu perasaan yang sangat best bila chest, back, arms, legs rasa kembang. Bila kembang tu yang rasa macam boleh terbang tu. 
4) Gaining strength
  • Apa yang membanggakan aku dulu adalah aku punya pencapaian. Terutama pasal kekuatan. Tapi bila dah berenti training, walaupun 6 bulan, strength kita akan turun lebih dari 40-50% dari biasa. Ini pulak 4 tahun. Hadui, memang meleleh air mata untuk angkat weight yang dulu tu cuma set pertama warmup. Jadi aku tak sabar nak gain balik strength aku dulu, dan kalau boleh pecah rekod.
5) Badan yang sado
  • Ini la sebabnya kebanyakkan orang start training. Untuk jadi sado. Sekarang ni perut jer yang besar, yang lain semua dah kecut .Jadi bila aku tengok kawan kawan gym yang lain dalam facebook, rasa rindu pada badan yang dulu tu mula meluap luap.
Jadi hopefully dengan comeback ni, aku dapat mencapai kembali pencapaian pencapaian aku yang lama dan mungkin pecahkan rekod rekod lama aku. Best of luck to me!

3 comments: