Monday, January 31, 2011

Machine vs Freeweight

Sudah berbuih buih mulut orang memperkatakan, diperdebatkan, dan dipertengkarkan isu ini. Mana lebih baik, pakai machine atau pakai free-weight? Hardcore lifters akan kata freeweight bagus sebab ianya yang terbaik untuk membina muscle, dan bagi pihak yang mementingkan fitness, mengatakan machine lebih elok sebab lebih selamat, terutama bagi beginners.

Jadi mana yang betul? Bagi aku, ianya lebih kepada, ikut keadaan. Sebenarnya dua dua belah pihak ni berasal daripada 2 tempat yang berbeza. Bagi hardcore lifter, mereka ini mendapat ‘ideologi’ ini daripada gym yang tak comercial, seperti gym rakyat dan gym shop lot. Banyak bodybuilder ‘membesarkan’ badan mereka disini. Dan apabila mereka keluar daripada gym gym tersebut, dan masuk ke gym comercial, mereka akan membawa bersama sama ideologi ini.

Bagi pihak fitness pula, ‘ideologi’ machine lebih selamat pula lahir daripada gym gym comercial atas beberapa sebab.

1) Gym gym tersebut menghabiskan beratus ratus ribu ringgit untuk membeli exercise machine, jadi membazir kalau tak guna.

2) Kebanyakan members adalah beginers dan In House Personal Trainer boleh buat sales, dengan mengatakan beginers ni perlu buat machine dahulu, untuk beberapa bulan untuk ‘prepare’ the client untuk freeweights (which only consist of bicep curls dan jugak lateral raises)

Jadi berbalik kepada soalan tadi. Mana yang lebih baik? Kedua duanya sama penting. Tapi bagi keadaan yang berbeza.

Satu soalan, apa akan jadi kalau sebuah kereta kancil, engine di modified dengan turbo. Tapi dalam masa yang sama, break, chasis dan jugak suspension dibiarkan stock atau standard. Agak agak, apa akan jadi? Boleh bawak laju, tapi tak stabil, dan merbahaya sebab break tak cukup kuat untuk kelajuan yang bertambah.

Jadi sama dengan machine. Dengan machine, banyak muscle muscle kecil seperti stabilizer dan juga core muscle (abs, obliques dan lowerback) yang tidak dipakai.

Contoh: Machine Chest Press vs Freeweight Flat Bench Press.

Machine Chest Press – Otot yang dipakai adalah hanya Chest, Anterior Delt dan juga Triceps.

Freeweight Flat Bench Press – Otot yang dipakai adalah hanya Chest, Anterior Delt dan juga Triceps.

Otot Lain, Lats, Lower Back, Upperback (romboids, traps, reardelts) Seratus anterior, abs,

Jadi bila lihat daripada berapa otot yang terlibat, adakah penting untuk training sebanyak muscle yang mungkin? Adakah dengan melatih otot otot extra ini baik untuk pergerakan sehari hari?

Dengan melatih beginner beginner ini dengan freeweight bukan saja ianya membuatkan mereka ini menjadi lagi kuat, tapi menjadi lebih baik dalam pergerakan sehari hari mereka.

Tapi, dimanakah pentingnya machine? Kita tak boleh menolak kepentingan machine ini 100 peratus. Sekiranya seseorang itu injured, sama ada bahu atau lower back, adalah make sense kalau kita buat exercise dengan machine, sehinggalah kecederaan kita itu hilang atau berkurangan.

Mungkin akan ada personal trainer yang akan mempertikaikan bahawa jika kita mula dengan freeweight, kita akan menimbulkan kecederaan kepada client. Kalau client korang beginners, SEMUA muscle client korang adalah lemah. Jadi kalau boleh, starts them slow. Mula mula mulakan dengan bodyweight exercise, kemudian pelan pelan tambahkan loading. Teach them good teknik.

Tapi masalah dengan kebanyakan personal trainer di commercial gym ini, mereka lebih utamakan SALES dan tidak berapa menumpukan perhatian kepada kebajikan members. Aku tau, sebab aku pernah bekerja di commercial gym selama 5 tahun.

Freeweight dan machine masing masing ada peranannya dan aku berharap supaya korang dapat memilih yang terbaik untuk korang.

2 comments:

  1. peach nieh
    kalo bro pacat ingat la..
    peach pas kawin duk puchong then register
    kat satu gym puchong..ala2 commercial gak
    trainer dia perempuan, tak kasi peach guna free
    weights dgn alasan core tak kuat sebab dia suruh buat plank, peach boleh wat seminit jer
    cam bodoh je alasan

    ReplyDelete
  2. hahaha..biasa la tu peach. Kalau kita buat dengan teknik dengan bagus dan juga weight yang kita pakai tu tak berat, tak pe. dia yang jadi problem bila buat weight yang terlalu berat. Dan yes, plank memang bagus untuk core, cuba la progress dari 1 minit kepada 2 minit.

    ReplyDelete