Wednesday, October 19, 2011

Bila Aku Start Angkat Besi.



Kali ni aku nak share sikit sejarah macam mana aku mula berkecimpung dengan bodybuilding ni. Bila pikir pikir balik, gila lama aku bergaul dengan besi nih..

Aku start berjinak2 dengan besi ni bila aku form 2, tahun 1991. ntah macam mana aku boleh beli majalah fitness pun aku tak tau, tapi lepas tengok macam mana model2 dalam tu workout, aku terus minat nak jadi macam diaorang badan berketul2. Jadi perkara pertama yang aku buat adalah beli dumbell, plastik punya. Ingat lagi, warna biru, berat 5 lbs. 



Dari situ lah aku mula follow exercise yang aku tengok kat dalam majalah tu. buat push up, bicep curl, squat. bila weight tu dah jadi ringan untuk aku buat curl, aku pegang dua2 dumbell tu supaya aku boleh buat 10 lbs. semua nya aku buat kat dalam bilik aku. kelakar betul.

Bila aku form 3 aku masuk asrama penuh kat Jitra Kedah, SM Sultan Abdul Halim, atau Jenan. Masa ni aku stop sebab mana ada gym kat situ, tapi aku masih lagi buat push up bila teringat. Badan masa tu tak lah macam sekarang, tapi terpilih la main rugby wakil sekolah.

Habis jer sekolah, aku berhijrah ke KL untuk kerja sementara aku dapat tawaran ke IPTA. Aku kerja di Metrojaya di Ampang City Square (sekarang dah tutup). semangat aku untuk workout tu masih lagi ada, so aku bawak dumbell biru aku tu dari kampung, dan beli majalah fitness yang baru. Aku start beli protein powder. Ya Allah, tepung ubi rasa lagi sedap la..adui ai..aku mampu beli sebab dah kerja. So workout la aku kat umah abang aku.

Kemudian pada tahun 1995, aku dapat masuk ke UM. sepanjang masa aku di UM, 1995-1996, aku tak sentuh langsung weight. Tapi jodoh aku tak panjang dengan UM ni, aku mintak masuk ITM (Skang ni UiTM). Dapat la masuk ke ITM Dungun, ambik diploma in banking, pada akhir 1996.

Bila masuk ITM ni, hingga aku part 3 aku masih tak tahu pasal adanya gym kat situ, sampaila satu hari member aku ni bagi tahu ada brader bagitau yang kat situ ada gym. aku aper lagi suka ria la. Masuk lah era aku masuk gym, walaupun sekangkang tikus, tapi memang puas hati. Ada brader yang ambik course kesetiausahaan, kitaorang panggil Seri sebab nama dia Asri, badan memang tak hingat la masa tu..bagi aku paling besar kat ITM tu masa tu. Dia yang tunjuk ajar sikit2. Aku start pegi tiap2 hari kecuali hari jumaat dan sabtu (sebab dungun cuti hari jumaat dan sabtu). Dan buat benda yang sama tiap2 hari. Bila aku grad, tahun 1999, sampai awal tahun 2000 aku tak sentuh gym lagi, sehinggalah aku dapat kerja kat Public Mutual.

Aku mula joint gym (a proper one) kat Taman Sri Gombak, pada pertengahan tahun 2000. Tapi sebelum aku start, 2 bulan sebelum tu aku beli majalah2 Muscle & Fitness, Fitness RX dan Muscle Media (dulu Muscle Media 2000), untuk dapatkan maklumat sebanyak yang mungkin, supaya aku dapat the best result. Maknanya aku belajar dulu pasal exercise2 dan pemakanan, sebelum aku start gym lagi. Lepas tu aku start belajar pasal protein powder dan creatine, baru aku beli supplement. genap dua bulan aku joint gym kat Sri Gombak, Art And Muscle Gym, yang bawahnya ada kedai mamak, sebaris dengan Maybank.

Bagi aku aper guna kalau angkat besi kalau tak ada tujuan. so aku pun tekad kan dalam hati aku nak compete, walaupun tak tahu caranya.Di situ aku belajar dari seorang otai, Pak Ayub, dia la yang ajar aku pasal macam mana nak compete, sebab dulu dia juara mr johor, dalam tahun 80an. Kalau tengok dia, ingatkan early 40 atau late 30s, tapi sebenarnya dah 55 tahun. perghh..bicep pun besar lagi, 6 paks pulak tu. Berat aku dari 64kg naik kepada 85kg dalam masa 6 bulan.

Competition yang pertama adalah mr seremban tahun 2002. Hahaha..kelakar betul, dapat nombor 6. Pak ayub kata tak per..mula2 memang macam tu. Competition yang kedua adalah mr aper ntah aku tak hingat. tak dapat nombor langsung sebab open. berat aku masa tu adalah 70kg.

Pada 2003, Aku berhenti kerja di Public Mutual, dan kerja di gym Sweat Club di Midvalley. So secara automatiknya aku berhenti dari gym Sri Gombak tu. Di Sweat Club, aku jumpa bebudak yang sama hardcore dengan aku, dan jugak suka compete. Aku masuk Mr KL pada tahun 2003, dan dapat nombor 4 dalam category aku iaitu 70-75kg. Kawan aku tu pandai, dia orang Penang, so dia compete kat sana, jadi naib juara kategori dia, 65-70kg, dan wakil penang untuk mr malaysia, which dapat nombor 5. tepuk dahi aku, kalau aku tau, aku masuk mr Perak punya. senang skit nak menang hahaha...Tapi itulah tahun terakhir aku compete sebab, pada tahun 2004, aku dah ready untuk compete, tapi ada hal peribadi yang menghalang, so tak jadi.

Tahun 2005 pulak, bila California Fitness take over Sweat Club, aku jadi makin makin busy jadi PT. prepare jugak diet untuk competition untuk Mr KL, tapi apa kan daya aku tak boleh tumpukan 100% pada preparation aku so aku pun tinggalkan. Tahun 2005 ni jugak aku kahwin, so priority aku dah berubah..tak dak lagi nak compete2 lagi sebab nak compete perlukan duit yang banyak, dan hadiah nya untuk competition tu amatlah tak berbaloi bagi aku. Baik aku bagi anak bini aku makan. Itu puncanya aku dah berenti dari competition.

Jadi aku sekarang ni workout sekadar hobby, tapi a serious hobby. Dan aku suka sharekan ilmu ilmu yang aku ada nih pada newbie yang masih lagi tercari cari hala tuju. 

10 comments:

  1. sekarang ko kena bangga...
    klu dulu ko dpt semangat main gym dr buku..
    skrg nih, aku dpt semangat main gym dr blog ko..
    trimaz taikooo !!!...

    tp aku soalan sikit..aku bru berjinak2 dlm gym nih..badan aku xsedap lagi..aku nak cutting..nk buang lemak..nak naikkan muscle...soo supplement apa yg paling terbaik kat pasaran malaysia dan menjimatkan..

    sekian dr peminat sejati ko..

    ReplyDelete
  2. @CiPot CeDot: haa..terima kasih sebab kata aku bagi inspiration kat korang korang semua.ilmu kena share share, kalau tidak tak berkembang.

    Untuk training, bagi aku supplement yang paling mudah dan murah adalah whey protein la..tapi aku rasa elok buat bulk dulu, bila badan dah 'sedap' macam ko kata tu, baru lah buat cutting.

    lepas protein, ambik produk creatine pulak. Lepas tu barulah start ambik yang lain lain, macam Expand ka Jack 3d ka.

    ReplyDelete
  3. bro shahril..terbaik la blog ni..sy budak jenan gak..baru berjinak2 ngan gim..skrg blaja kat uniten..so rajin gak la g gim..nk tnya sket bro..creatine utk apa?? just asking..

    ReplyDelete
  4. sory brader shahril...aku nak minx pendapat kau...antara Polythermex hardcore dgn Lipo6..mana lagi cantik???

    ReplyDelete
  5. salam bro.
    pernah keluar kat majalah rapi klau x silap awal thn ni kn? masih rajin naik LRT lg?
    always follow yur blog since 101 fitness.
    bnyk info berguna dan mmbantu dlm training saya.
    what is yur best advice if i want to gain lean muscle, in terms of exercise and diet? normally i workout 4-5 times a week.
    and is it hard to maintain body fat around 10%?
    thanks

    ReplyDelete
  6. @e-crump hardy: oh budak jenan yer..creatine tu secara asasnya sebagai cell volumizer. dan digunakan untuk build muscle juga sekali dengan whey protein.

    @CiPot CeDot: sebenarnya tak ada la beza sangat, sebab ingredient dia semuanya sama.cuma kadang kadang tu physiology seseorang tu menyebabkan sesuatu product tu serasi atau tidak. jadi, cuba semua.

    @ahmad: err..tak de pulak setahu saya keluar majalah rapi..naik LRT tu sebab dulu minyak naik so kena naik LRT, skang tak lagi.

    Banyakkan exercise compound, dan diet pulak pastikan kurangkan junk food, sebab kalau ikutkan kari mamak pun masih lagi ok daripada Mcd.

    Yes its hard to maintain 10% bodyfat IF you have a higher bodyfat. Unless you have a hi metabolisme, which quite the opposite, you cant gain weight.

    ReplyDelete
  7. alamak... ye ke xpernah keluar majalah rapi.... ke salah majalah ek... tp mcm 99% confirm pernah baca temubual dgn Shahril.... sorry la ek maybe tersilap org.
    currently my bodyfat is around 14-13% and weight is 66kg. target weight 65kg with 10%bf by end of this year. and i would love to maintain my bf at 10%. I'm gonna give it a try.
    if it's difficult n have to follow very strict diet all the time... then should set a new target next year. I don't want to miss n enjoy our Malaysian food like roti canai, nasi lemak, ayam kampung masak lemak cili padi once while.

    ReplyDelete
  8. i need coach di alam maya ni hehehehe

    ReplyDelete
  9. Gym kat sri gombak tu masih wujud.. tapi xpenah lagi gi sana... slalu gi kat rockafella sri gombak... maybe nnt ada masa nak jgk try gi sana coz kat sana dengar cite hardcore (takde aircond)

    ReplyDelete