Friday, October 28, 2011
Korang TRAINING ke, atau main main?
Semua orang kalau pegi ke gym, akan kata aku pegi training atau workout. Betul ke..? Sebab dengan pengalaman aku di gym komersial, aku nampak banyak perkara yang elok dan tak elok, dan perkara tak elok lagi banyak daripada perkara yang elok.
Ada beberapa perkara yang aku cuba listkan supaya korang dapat bezakan, sama ada korang training, atau pun buang masa kat gym.
Buat deadlift atau squat selalu?
Bila masuk gym, capai EZ bar dulu, atau terus pergi ke bench press. Sangat suka bila hari Isnin sebab hari tu adalah hari Chest sedunia. Kalau ini korang, maka korang lebih kepada main main daripada training. Sekurang kurangnya korang kena buat deadlift dan squats sekali dalam seminggu. Dan bukan pakai Smith Machine squats yer. Freeweight squat. Tak tau, belajar!!
Tak ada Plan untuk hari tersebut.
Aku selalu dengar pertanyaan ni; 'Eh, nak training apa ya?' atau bila tanya, 'entah, tengok la dulu macam mana'. Kalau korang serius, korang dah tau apa yang korang nak buat, berapa exercise, berapa set, berapa rep, nak buat intensity training atau tidak. Aku tau, ada dikalangan korang akan kata, aku ikut INSTINCTIVE TRAINING dari Ben Weider Principle. Yeah right, my @$s. Kalau korang dah pro bodybuilder yang selalu masuk top level competition, atau pun dah 5 tahun pengalaman training very very consistently, baru lah boleh buat principle tu. Sebab tu korang asyik buat upperbody jer, sebab ikut principle ni la yer..?
Korang punya warmup adakah lebih dari 10 minit?
Bila dengar warm up, akan terpancar di kepala berlari lari anak di treadmill, atau buat bicycle selama 10 minit, lepas tu terus melompat ke Smith Machine untuk buat shoulder exercise. TEEETTT!!! Salah tu. Lepas korang buang masa kat atas treadmill tu, korang mesti buat warmup yang betul. Kalau korang baca Blog aku : Bagaimana nak warm up korang akan faham. Ini ada beberapa warm up yang bagus untuk korang praktik kan di sini dan sini. Aku atleast akan luangkan masa 10-15 minit untuk warm ups joint aku. Sebab biasa la joint dah seasoned hahaha.
Bila korang habis training, adakah korang nampak macam baru habis training?
Haa, ini pelik sikit. Kebanyakan orang bila habis gym, nampak segar bugar. Yes exercise is good untuk burn fat, dan elakkan stress. Itu orang yang normal. Bagi orang yang tak berapa normal macam pembaca pembaca blog aku nih? Korang training bukan untuk hilangkan stress atau untuk meningkatkan stamina. NO, korang training sebab korang nak jadi AWESOME!! Jadi tak jadilah kalau korang tak merangkak keluar dari gym (terutama leg day) hahaha..Tak la bermaksud korang kena sampai separuh mati ( Tapi apa salahnya training balls to the walls kan) tiap tiap kali training, tapi biarlah lencun baju tu, dan bila habis training, rasa puas hati.
Korang ambik serius pasal nutrition korang.
Bila aku bercerita pasal nutrition jer, mula terbayangkan supplement. TEEEETTT!! salah lagi. Supplement senang nak ambil, janji ada duit, jalan. Tapi yang susah nya adalah solid food. Biasa la kan, kat Malaysia ni, makanan yang healthy adalah mahal. Dan kalau diet untuk bulking bukan bermakna makan McD 24 jam yer atau KFC. Tapi PROPER FOOD. Jadi cari jalan supaya korang boleh buat clean bulk, atau pun semasa korang buat cutting.
Jadi kalau korang tak buat semua ni, korang sebenarnya bukan lah training, tapi lebih kepada main main jer hahha..jadi elakkan buang masa di gym, dan TRAIN!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hahaha...Selalu tanya nak main apa..orang jawab..tahla tengok mood..hehehe
ReplyDeletekalau ko tanya aku..aku jawab...main semua...haha!
ReplyDeleteterasa den siot hahahaha
ReplyDelete@ichi: aik, apsal ko terasa hahaha..
ReplyDeleteSaya sangat malasssss nak buat extensive warmup. My version of warmup... Kalau plan buat squat, so warmup is squat but with lighter weight and higher rep. Bila rasa joints semua dah pk baru buat work sets. Errrr... Salah ke?
ReplyDelete@Aizan: thats what i tot 5 years ago hahaha..Tapi skang ni i kena buat extensive warm up sebab joint semuanya dah sakit kalau tak warm up betul betul. Jadi sebenarnya extensive warm up ni lebih kepada pre-hab. Elak sebelum kena.
ReplyDeleteyer la terasa...bile masuk gym..trus main jer.....hahahahaha
ReplyDelete@ichi: haaa...kena tukar tu sebab nanti orang cakap ko main main jer kat gym hahahha...
ReplyDeleteHihihihi...aku pun terasa gak nie...tq sifoo for good information n knowledge
ReplyDeletePower. Love this article! Org slalu ckp "asyik2 buat deadlift squat je..."
ReplyDeleteHow i wish they think like u bro. :)