Friday, May 4, 2012

Kenapa Training?


Kenapa korang training?

Apa sebab musababnya korang training? Aku dengar banyak sebab sepanjang aku jadi trainer dan tukang angkat besi ni, dah lebih 10 tahun.

Antara sebab:

Nak nampak macam bodybuilder kat dalam magazine
Nak jadi macam Model spender kat magazine
Sebab nak kurus, sebab obes sangat
Sebab doktor suruh (ada hypertension, diabetic)
Sebab nak kawin (selalunya perempuan la)
Sebab nak carik aweks
Sebab nak compete dalam bodybuilding/fitness event

dan bermacam macam lagi lah.

Dan tak pernah sekali pun aku dengar, training sebab seronok, suka, teruja. Kalau tak pegang besi nanti demam, meracau, kena sampuk jin besi.

Isu ni dah aku katakan pada artikel yang lepas. Training untuk dapat result vs suka training.

Ramai orang tak dapat apa yang dia idamkan sebab matlamat dan goal diaorang bukan nak kata salah, tapi cuma short term dan superficial.

Contoh sebab nak kawin. Ladies, kalau inilah alasan korang untuk training, sebab nak kawin, korang akan dapat result, tapi result tak kekal lama. Sebab? Katakanlah korang dapat result, dan boleh fit dalam baju pengantin, tapi lepas kawin? Adakah lagi komitment? Hati senang, makan banyak, back to square one. Lepas tu mengandung, lagi makan banyak. Kemudian bersalin, dah habis pantang baru nak start balik training sebab ada baby fat.


Dan bagi lelaki pulak, terutama yang belum kawin, training sebab nak aweks (semua lelaki sama kan, termasuk lah aku heheh..tapi itu dulu la). Tapi apa jadi bila dapat result, badan ketak, tapi lepas kawin, terus tinggal. Banyak kes kes macam ni yang aku jumpa. Dulu gila lean dan ketak, lepas kawin terus tak nampak batang hidung dari gym, bila jumpa dah boroi.

Yang nak nampak macam bodybuilder atau pun model spender kat dalam magazine pun sama. Tahukah korang, kenapa bodybuilder/model spender tu berada di dalam megazine? Sebab diaorang adalah the most gifted genetics on the planet, iaitu 10% daripada populasi dunia. They are at a perfect height, perfect body composition dan juga mereka ada PHOTOSHOP.


So what happens kepada another 90% like us? Teruk kan?Bukan maksud aku tak boleh training untuk sebab sebab yang tertentu. Tapi untuk long term, korang akan tercicir. Bila buat buat tak jadi, ha itu lah mula mencarik short cut.

Aku respek pada orang yang obes training untuk kurus sebab dia dah tak larat jadi obes, nak tukar cara hidup menjadi lebih sihat, dan take control of his/her life. Korang rasa dia akan terus kekal training sampai ke hari tua? You bet!

Walaupun golongan yang sakit sakit ni macam kena hypertension, kolestrol tinggi, ada diabetic ni umpama dah terantuk baru tergadah, tapi dia buat exercise sebab kesihatan dan dia akan terus buat exercise sebab tak nak penyakit dia lebih serius?

Jadi, apa yang nak aku katakan ni? Matlamat korang bila training mesti betul. Training adalah sesuatu yang datang dari hati. Korang mesti ada passion, patient  dan commitment bila training. Train with a real purpose. Train for competition, train because you love the feel of heavy weights, train because you love training and train because you want to be awesome!

8 comments:

  1. Thanks for info.. baru saya tau maksud body building is lifestyle

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..bila dah jadi lifestyle, result akan follow.

      Delete
  2. Mula2... Sebab saya start gi gym sgt lah hampeh dan superficial... To kill time and to look better. But Aizan being Aizan, sekali dah terjebak I start to get serious. Mula buat research etc. Training is now pretty much like religion. Dah tersemat dalam sanubari. Kalau lama tak train rasa resah gelisah, tak senang duduk. Hati rasa kosong.

    By product of training: i look good. I feel great. I am more confident. And i just LOVE the look and guys' face when I lift more than them.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "And i just LOVE the look and guys' face when I lift more than them"

      Haha..thats the best feeling in the world!

      Delete
  3. salam shahril,

    setuju dgn pandangan bro..

    the best work out is the one that make you come for another work out..tu kata org yg selalu pi gym

    ReplyDelete
  4. dah setahun lebih training, at first mmg aku trening untuk nak prepare kawin... kahkah! tapi when the result tu dah kluar.. rasa payah nak berenti pegi gym.. paling best bile nampak result.. eventhough tak berape.. tapi i can feel it! wajib pegi gym 3-4 times per week, even keje kat ofis berlambak! work n life balance la orang kate.. so far.. i find that weightlifting/training/workout as my hobby.. bile dah boleh angkat heavy, rase puas hati!.. one more thing.. sukan nih.. tak payah nak kumpul orang ramai2 baru boleh start main mcm futsal!..sorang2 pon steady.. hidup workout! hidup muscular! hahah

    ReplyDelete
  5. kenapa dalam post2 lama gambar dh hilang? susah la nk jadikan kitab rujukan.. blh repair balik tak?

    ReplyDelete