Thursday, May 17, 2012

Review: Fat Gripz


Apa itu Fat Gripz?

Fat Gripz adalah satu peralatan yang boleh dilekatkan atau di pasang pada barbell dan dumbell, menjadikan barbell yang biasa tu menjadi thick atau fat bar. Jadi apa yang bagusnya jadikan bar biasa tu jadi lagi tebal?

Ini aku nak explain.

Training dengan bar yang tebal akan improve korang punya forearm strength. Training dengan fat/thick bar akan mempunyai stimulus yang berlainan pada jari, wrist, tangan, forearm dan juga bicep dan tricep. Lagi banyak muscle yang dapat di aktifkan semasa training, lagi bagus result dari segi strength dan juga size muscle. Thick bar dicipta untuk stimulate dan aktifkan muscle pada arms korang berbanding dengan bar biasa. Tapi living in Malaysia, boleh dikatakan korang tak pernah jumpa thick bar ni. Sebab? Ianya mahal gila (sebatang pun dah cecah USD 495.00), jadi itu salah satu sebab gym gym di Malaysia (even commercial gym) tak beli. Jadi Fat Gripz ni, korang boleh benefit daripada training dengan thick bar, tanpa kos yang besar.

Jadi apa benefitnya?

  • Improve grip korang dengan meningkatkan strength pada forearm supaya korang boleh deadlift dengan lagi berat.
  • Apabila forearm dah kuat, korang akan rasa kurang sakit pada siku.
  • Dan juga dengan forearm yang kuat, semua exercise korang boleh buat dengan lebih berat lagi, jadi badan akan benefit dengan menjadi lagi besar.
  • Jimat masa, sebab selalu orang tanya macam mana nak kuat wrist dan forearm. Jadi tak perlu buat extra exercise untuk forearm.

Pengalaman aku sendiri.

military press warm up

First exercise yang aku pakai Fat gripz adalah military press. Apabila buat exercise ni, aku suka pada rasa macam thick bar. Rasa lebih wrist friendly. Dan aku buat my maximum weight dengan Fat Gripz tu, tanpa rasa sakit pada wrist. Dan paling best, rasa pump pada shoulder, padahal sebelum ni tak pernah rasa se pump itu, disebabkan aku buat low reps (2-4 reps).

Exercise kedua adalah Bench Press. It needs to be getting use to sebab aku pakai false grip, jadi rasa tak berapa stabil.

false grip
Nasib baik aku start secara gradually, sebab dengan Fat Gripz ni, normal weight rasa sangat berat. Max bench press aku adalah 315lbs dengan 3 reps. Tapi dengan Fat Gripz, aku cuma dapat 275lbs for 4 reps. Tapi bila aku tukar pada bar biasa di set yang terakhir, aku boleh bench 315lbs for 4 reps!

Satu yang aku perasan, dengan Fat Gripz, chest aku bekerja dengan lebih kuat lagi, sampai walaupun aku buat low reps, aku dapat amazing pump! Dan aku dapat cramp! Pada chest! Tak pernah terjadi sebelum ni.

Exercise yang ke tiga adalah seated row wide grip. Aku tak boleh pakai Fat gripz sebab for some reason, dia tak grip pada handle untuk Wide Grip Seated row tu. So aku tak pakai.

Exercise yang keempat adalah bicep curl. Pergh! memang pump gila forearm aku. Cuma satu ajer compain aku, disebabkan aku forearm dominant, dimana forearm aku akan rasa lebih dari bicep, maka yang banyak kerja adalah forearm aku, bukan bicep. Tapi aku rasa bagi yang bukan forearm dominant, korang should feel super pump pada bicep dan juga forearm.

Gila pump forearm. aghh!! pegang hp pun gigil.
Exercise yang kelima adalah Tricep press down. Aku buat macam bench press tadi, start gradually. Tak sampai aku punya normal max weight aku dapat tricep contraction yang memang awesome. Sampai kalau aku press jer tricep aku, aku akan dapat cramp, sama macam chest tadi.

Macam mana nak letakkan Fat Gripz dalam training korang?

Korang boleh pakai Fat Gripz ni bila bila masa korang suka tapi eloklah kalau korang buat secara teratur.

Aku rekomenkan dua cara.

Cara 1: Pakai Fat Gripz pada set sebelum korang punya regular max weight.

Contoh Bench Press,

Buat bench press dengan Fat Gripz, sampailah korang dapat maximum weight dengan menggunakan Fat Gripz tersebut. Dengan Fat gripz korang dapat 100kg, tapi regular max weight korang adalah 120kg dengan 5 reps. Jadi selepas buat max dengan Fat Gripz tadi, buat regular bar pulak dengan max korang yang 120kg. Try to improve on the reps. Kalau korang boleh buat 6 reps, next time boleh tambah menjadi 125kg. Dan next time juga, try to improve bench press dengan Fat Gripz dengan 105kg pulak.

Cara 2: Buat alternate week

Yang ini pulak, Minggu 1 korang buat regular training tanpa Fat Gripz, Minggu ke dua korang pakai Fat Gripz. Tapi kena make sure yang korang ingat weight yang korang pernah buat dahulu, jadi journal adalah penting.



Kesimpulannya- Bagi aku Fat gripz ni memang best, sebagai satu training tool yang korang perlu ada. Muscle dah stagnant? Pakai jer Fat Gripz ni, korang insyaallah dapat new muscle growth. Cuma korang kena start slow slow, sebab macam kes bench press aku, korang terpaksa mengurangkan sikit weight tu, bila pakai Fat Gripz, tapi dont worry, nanti ia akan catch up balik dengan korang punya normal bench. Bila dah catch up sama berat dengan normal weight korang, cuba test korang punya regular bench, mesti naik gila gila. Aku satu kali pakai jer dah improve 1 reps!

Tak sabar untuk pakai masa deadlift dan pull ups.

Dulu Fat Gripz korang kena order daripada USA, tapi sekarang dah ada kat Malaysia. Korang boleh order di fitnutrition.com. 

Klik Disini Untuk Beli Fat Gripz.

4 comments:

  1. Lol! I actually asked Bata about Fat Gripz a few days before you posted this. Already ordered mine. Can't wait to use it in my training!

    ReplyDelete
  2. xmampu lagi pakai ni. Sy wrap barbell dengan towel je. Tp mmg bagus artikel ni, menerangkan dgn lebih lanjut. Nice job!

    ReplyDelete
  3. max bench press 315lbs x 3 reps shj?? what happened bro?? kat youtube dulu 315lbs incline bench senang2 jer 6 reps...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..sebab sebelum ni aku buat bench press pakai dumbell jer sebab setiap kali aku buat pakai barbell bahu aku akan sakit. Max yang aku boleh pi adalah 225lbs. Tapi setelah aku 'rediscover' balik cara nak buat bench press dengan betul (tengok artikel http://thestrongpage.blogspot.com/2012/03/buat-dengan-betul-bench-press.html) tu yang naik mendadak. from 225 to 315 in less than 4 month itu kira baguih la tu hahaha..

      Delete