Tuesday, November 1, 2011

Shoulder Shocker


Ini adalah satu lagi intensity exercise untuk shoulder. Di blog dahulu aku ada masukkan intensity training untuk shoulder macam down the rack dan juga Shoulder Triad. Bagi sesiapa yang rasa shoulder dia tak berapa nak besar atau dah boring dengan routine biasa shoulder, boleh cuba exercise ni. Ini juga bagus untuk sesiapa yang ada masalah dengan shoulder impingement, bole juga pakai.

Shoulder Shocker ini di perkenalkan oleh Joe DeFranco, tuan punya DeFranco's Training.

Shoulder Shocker ni melibatkan front, lateral (bukan medial ye, sebab medial maksudnya to the center of the body), rear delts dan juga external rotator dalam satu set yang non stop.

Shoulder Shocker ini juga selamat sebab kita hanya buat ringan, (macam Shoulder Triad) jadi bagus untuk muscle, dan kurang stress pada joint.

Bila nak buat? Selepas korang buat shoulder exercise yang biasa korang buat atau pun selepas korang buat chest atau back.

Rest? Tak ada rest in between exercise.

Reps? 8-12 reps

Sets? 2-3 sets.

Exercise:

1) Seated Plate Raises (front delt), boleh pakai plate 25lbs-45lbs
2) Seated Lateral raises (Lateral delt), 15-25lbs
3) Seated cleans and press, pakai dumbell yang sama ( shrugs, external rotation dan half press)

Note: mesti buat shrugs tu supaya korang boleh buat external rotation. Dan half press tu, adalah sepertimana yang ditulis, buat half saja, bukan sampai lockout keatas.




Aku selalu buat Shoulder Shocker ni, sebab dia jimat masa dan juga really shock the shoulder (heh). My clients pun dah banyak kali buat exercise ni, memang terbakar, walaupun nampak simple.

Jadi give it a try.

4 comments:

  1. Memang nak kena cuba ni...tq bro

    ReplyDelete
  2. dh la bahu sakit2...tambah lg sakit

    ReplyDelete
  3. terbaek....pernah try tapi with weight yg tak lah seberat Defranco guna tu..tercungap2 bila abis

    ReplyDelete
  4. @BigRee: Haa..elok kalau buat ni sebagai finisher untuk shoulder day..

    ReplyDelete