Thursday, December 22, 2011

Adakah Anda Gila?


Korang tahu tak maksud gila? Gila di definasikan oleh Albert Einstein, sebagai seseorang yang membuat perkara yang sama berulang ulang kali dengan mengharapkan result yang berbeza. Hmmm..kalau ikutkan definisi ni, kebanyakkan kita di dunia besi ni adalah gila!

Ye lah, nak besar kan chest, buat chest, chest dan lagi chest. 3 exercise tak besar, kalau buat 5 exercise mungkin boleh besar. 5 exercise pun tak besar, mungkin 6 exercise kot boleh besar, dengan buat super set, triple set, drop set dan macam macam set lagi. Sounds familiar?

Ramai yang complain pada aku, badan tak naik naik atau tak kurus kurus walaupun dah lama dah angkat besi? Bila tanya, apa yang dia buat, dan jawapannya mesti sama, iaitu diaorang ni buat benda yang sama for the past 1 year! Memang mula mula tu badan kita akan progress sebab new stimulus, tapi bila lama lama badan kita akan adapt kepada stimulus itu dan kita akan stagnant. Jadi kalau kita terus 'langgar dinding' takkan ada perubahan. Kita kena tukar sesuatu dalam system kita.

Dalam resistance training, ada 3 sistem iaitu,

1- Weight Training 
2- Nutrition. 
3- Recovery

Weight Training ni adalah exercise yang kita buat dan juga intensity kita (termasuklah berapa lama kita ambil masa training)

Nutrition pulak adalah solid food yang korang ambil.

Recovery pulak the amount and the quality of your sleep, rest dan juga supplements. 

Weigth Training

Memang tidak dinafikan, kadang kadang bila kita buat perubahan pada routine kita, kita akan start growing. Tapi bila dilihat pada dunia weight training kat Malaysia ni, Old Skool training reign supreme. Maknanya endless sets and reps, and lots and lots of volume. Ini terjadi pada aku. Aku ni mangsa volume masa mula mula start training, dan juga mangsa workout menggunakan bodysplit. Bukan maksud aku yang body part split ni tak bagus, tapi aku dah berapa lama pakai routine bodypart split ni, almost 10 years! Mula mula aku try style dorian yates, iaitu kurang volume tapi masih pakai bodypart splits, dan aku progress. Lepas tu stagnant. Sampai lah pada tahun 2010, aku start buat upper and lower body split. Dan aku progress. Lepas tu stagnant balik. Kemudian aku mula buat explosive training, dan guess what? Im growing again. Bayangkan   body weight aku sekarang adalah lagi berat daripada masa aku buat training pakai volume dan bodypart split dulu. Skang ni tengah stagnant balik, jadi aku kena cari alternatif lain.

Nutrition

Apabila kita tak tambah berat badan atau pun berat badan tak turun turun, mungkin pemakanan kita perlu diubah. Selalunya kita terlupa yang solid food ni penting, sebab biasalah, orang kita ni, akan terus pergi ke supplement. Salah tu. Supplement ni akan menolong kita BILA solid kita dah 100% ok. Bayangkan nak tambah bodyweight, tapi makan 3 kali sehari. Mana boleh macam tu. Lepas tu ada yang nak lose weight, tapi cut down a lot of calories, memang la tak boleh lose bodyfat, sebab badan kita kalau ianya dapat rasakan yang kita ni under eat, badan kita akan tukar kepada starvation mode, dan badan kita akan berenti membakar lemak!

Recovery

Kadang kadang kita lepas pandang pada element ni. Kita terlampau taksub dengan training, sampai lupa pada element yang paling penting. Kenapa aku kata penting? Sebab you grow when you are outside the gym. Jadi kenapa aku kata supplement ni dikategori kepada recovery? Sebab itu lah tujuannya, untuk menolong korang recover, bukannya untuk ganti solid food. Jadi inilah missing element untuk aku  progress lagi, sebab dah 2 tahun tak ambil supplement. Solid food dah ok, so cuma perlukan supplement.

Jadi, kalau korang dah lama stagnant, tukar sesuatu dari sistem yang aku tunjukkan di atas, jangan main langgar dinding jer. Dan jangan jadi orang gila. Kalau misalannya korang habiskan masa korang 2-3 jam dengan membuat 8-10 exercise, cuba kurangkan sehingga separuh dan buat dalam masa bawah sejam. Tengok korang progress tak? kalau progress maknanya korang dah overtraining dengan exercise yang banyak.

Kalau korang dah kurangkan dan stagnant semula, cuba revise korang punya solid food, korang makan banyak mana atau pun is it a right food. Last skali bila dah stagnant lagi, tengok pada supplement pulak, dan juga rest..kalau selama ni buat 5-6 hari seminggu, mungkin kurangkan pada 4 hari jer exercise. Macam tulah caranya korang evaluate training korang.




1 comment: