Tapi di era internet, makin banyak orang boleh excess, makin banyak info info yang boleh di uploadkan. Dan berbagai bagai pendapat dan pandangan yang ada. Program untuk training dan diet dah melambak lambak. Jadi adakah kita makin pandai?
Bagi aku, dengan era internet sekarang, kita makin banyak choice untuk info, dan ini akan menjadikan kita information overload. Tak tau mana satu yang betul. sesiapa saja, walaupun tak pernah workout pun boleh cut and paste info tanpa rugi apa apa di website.
Jadi macam mana korang mengharungi information overload ni? KISS. Apa itu KISS? Keep it Simple, Stupid.
Bagi beginners, tak perlu buat routine yang complicated, sebab korang akan gains dengan basic exercise. Apa basic exercise? Bench press, deadlift, overhead press dan squats. Sama lah dengan supplementation. Baru sebulan dua angkat besi, dah mula carik L-Glutamine, Nitric Oxide punya product, pro hormone, gH, steroids. Tak salah, tapi ambik yang basic dulu, macam whey dan creatine. Yang lain lain tu kemudian, bila korang dah intermediate iaitu lebih setahun CONSISTENCE training. Kenapa aku high light kan consistency? Sebab kalau kejap training, kejap berenti, itu bukan consistence namanya, jadi korang mungkin masih lagi beginner walaupun korang training inconsistently untuk 2-3 tahun.
Jadi untuk beginner, buat yang simple simple dulu, jangan sebulan atau 2-3 minggu ambik program 531, kemudian tukar pulak ke program GVT. Kemudian 2 minggu kemudian pakai pulak Dogg Craap sebab korang baca di internet.
Macam aku kata consistency adalah paling penting bagi beginners khususnya dan semua lifters umumnya. Pilih lah info info yang berguna di internet, tapi jangan cepat 'melatah' dan terburu buru untuk mencuba semuanya. Macam aku kata..KISS.
No comments:
Post a Comment