Monday, April 2, 2018

Jangan Buat All Out Tanpa Sebab


Hari Isnin. Macam biasa ianya hari Chest Sedunia. Si Mamat nak buat bench press. Tapi sebelum tu dia kena warm up dulu dengan buat stretching. Dia belajar daripada Muscle and Fitness kot.

Mamat mula buat bench press. Bila weight semakin berat, dia mula minta untuk spot. Dia boleh buat 2 reps dengan bagus, sementara lagi lapan, bro spotter tu yang tolong 'upright row' kan bar tu.

Tapi si Mamat ni tak berenti disitu saja. Dia tambah lagi weight sebab, hey diakan baru buat 10 reps tadi. Jadi dia minta tolong korang pulak untuk spot kan dia, sebab bro spotter punya shoulder dah hancur spot dia tadi.

Jadi si Mamat ni akan buat setengah reps sebelum korang memulakan exercise upright row korang. Si Mamat merasa kuat hari ni sebab dia boleh buat '10' rep tadi kan. Jadi weight pun di tambah. Sampai lah dia sampai ke 'max' weight dia. Bila dah selesai, dengan korang spotting dia pun macam dah buat shoulder day, dia akan kata yang selalunya berat tu tak jadi masalah bagi dia tapi ntah kenapa hari ni rasa berat pulak.

Lebih kepada Obsesi daripada Training Method yang bagus.

Ramai yang macam si Mamat ni, bergantung kepada tahap ke obsesiannya. Aku tak kata yang korang tak boleh training sampai failure. Tapi jangan korang buat max weight setiap hari atau minggu. dengan berbuat demikian, korang akan set up diri korang kepada injury dan juga disappointment.

Aku pun buat macam tu dulu. Minggu ni max bench press 50kg, minggu depan nak buat 55kg pulak.
Tapi apabila aku dah semakin meningkat umur, aku kena jaga badan dengan lebih baik, daripada injury dan juga supaya aku boleh training dengan konsisten.

Korang boleh buat max weight tapi buatlah sebulan atau dua bualan sekali. sebab nak mengelakkan injury dan juga rasa burn out. Tu pasal aku berenti training for the longest time sebab  aku rasa burn out dan juga ada injury.

Jadi training smart, jangan biarkan ego menguasai diri, dan keep getting stronger!

3 comments:

  1. Tnye skit bro...sy pnah dgr ayat ni.."jgn main berat yg sama..nnti muscle x mmbesar...dy akan stay size yg same je sbb x tmbah berat"........bg bro btul x tu?? Sory tnye..just nk kepastian...

    ReplyDelete
  2. Tnye skit bro...sy pnah dgr ayat ni.."jgn main berat yg sama..nnti muscle x mmbesar...dy akan stay size yg same je sbb x tmbah berat"........bg bro btul x tu?? Sory tnye..just nk kepastian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, kalau berat tu sama dan stimulusnya pun sama. Iaitu korang buat weight yang sama, set yang sama dan reps yang sama. Kalau weight sama, tapi buat dengan intensiti yang berlainan, muscle kita masih lagi boleh membesar. misalan intensiti yang kita boleh buat, adalah drop set, atau pun pause reps.

      Delete