Sebagai Personal Trainer, aku banyak 'menjelajah' gym di sekitar Putrajaya dan Lembah Klang. Bila aku perhatikan sekeliling, aku rasa situasi dalam gym gym tu macam familiar...sebab orang2 yang sama jenis yang pernah aku nampak dalam gym2 yang lain pun ada di situ hahaha... Disini aku nak share beberapa hasil pemerhatian aku, sebab aku banyak masa dihabiskan dalam gym, so banyak kerenah2 ahli2 gym ni yang aku perasan. Adakah anda sebahagian daripada mereka? heh. Bicep Curl man. Aku perhatikan banyak orang jenis ni dalam gym. Sampai2 jer kat dalam gym, terus ambik dumbell, ataupun EZ bar, terus buat curl..lepas tu buat forearm. Selalunya lelaki la. Aku tak kisah kalau mereka2 ni beginner, kalau tak tau tanya, tapi, ini buat tiap tiap hari? Adoi. Clueless Chicks/Dudes Ini bagi aku tak per lagi, KALAU dia baru masuk gym, tak tau nak buat aper. Tapi aku tengok dah beberapa bulan dalam gym, tapi masih lagi tak tau nak buat aper...lepas treadmill, pegi ke basikal, lepas tu ke abs bench buat crunches 7-9 rep, lepas balik ke treadmill..Mereka2 ni mesti datang berpasangan..kalau tak, jangan harap nampak diaorang sorang sorang. The PR man Yang ni aku puji sebab dia ni friendly. Dan kadang kadang sangat friendly sampai semua orang di salam dan di sapa. Yang jadi bengang tu, dia start tanya itu ini dan dia takkan blah selagi dia tak dapat jawapannya. Badan tak lah mantap, orang2 jenis ni selalunya sama ada kurus atau chubby skit. Tapi cara berpakaian macam body builder, sleeveless, pakai weight belt, seluar ali baba (alah, yang macam bodybuilder dulu2 pakai.) atau pun pakai keys. The Weight Belt man Yang ni memang kelakar. Aku ok lagi kalau dia buat any form of exercise yang berat, yang memerlukan stabilization dari core muscle. Tapi 20lbs dumbell curl? tricep pressdown? keseluruhan exercise dia pakai belt tu..adoi..nak cover perut jangan la pakai weight belt, pakai la bengkung! The Gediks Girls Yang ini akan berlaku bila gym tu bercampur. especially commercial gym. The Gediks Girl ni akan senantiasa mintak tolong ajar membuat exercise, buat buat hopeless. Yang menjadi mangsa (dengan relanya) selalunya instructor gym lah. Aku geleng jer kepala. Aku tak kisah kalau baru lagi, so boleh belajar, tapi ini dah berbulan, tak pun bertahun dah pegi gym. Saja mencari 'mangsa' yang sasa. Bila dia tanya aku pasal machine, cepat2 suruh instructor tolong ajar hahaha... The Tuck In Guy Bila exercise korang peduli ke kalau baju korang macam mana..? Well mungkin lah kalau nak show off atau nak tayang baju baru, tapi tak lah sampai tuck in kan...The Tuck in Guy ni, dia akan pakai, baju kolar, seluar panjang atau pendek, Kalau pendek, nampak stokin dia tinggi atas dari buku lali dan you guess it, tuck in. nampak memang nerd nerd jer. Ini tak kira bangsa, Chinese, Melayu dan India pun sama jer, tiga2 aku pernah nampak. The Screamer Yang ini tak payah intro lah. Lagi banyak orang, lagi kuat dia bunyik. Weight tu bukannya berat sangat pun, tapi yelah..kalau sonyap jer, orang tak tau la pulak dia ada kat situ yer tak..? Tag Team Ini bukannya macam training partner, tapi lebih kepada tag team main main. angkat satu set, sembang lebih..pulak tu kekadang tu bukan dua, tiga, tapi empat orang! adoi..susah betul kalau korang nak tunggu. selalunya tagteam ni bebudak lagi, sekolah atau pun budak U.. Show Off Yang ini memang kawan kepada The Screamer dan jugak the Tag Team tadi. Kalau ada aweks, lagi lah dia nak show off, angkat berat berat, pakai spotter, tapi spotter tu yang kerja lebih. Lepas tu bangga. haha.. The Mirror Guy Yang ini, pantang nampak cermin mesti nak posing, atau betul betulkan rambut, tengok jerawat. Sekali sekala tak pa, tapi after every single set? Hadoiyai. Lagi parah, bila dia tahu ada orang tengok dia, atau lagi best awek tengok dia, dia akan saja angkat baju depan cermin, konon nak tunjuk 6 paks yang tak seberapa. BO man. Tak perlukan intro. Ini aku rasa kebanyakan gym ada orang macam nih. Boleh tak pakai baju yang baru? bukannya baju yang di pakai semalam bila workout? Dan lagi satu, bau training glove. Adoi, tak tahan aku. Basuh la, bukannya susah pun. Kalau susah sangat, tak payah pakai glove macam aku ni ha, besar juga heh. Satu tip untuk korang pilih baju workout: Jangan pakai cotton. Pakai baju yang polyester, macam nike drifit ke, adidas climacool ke, apa apa saja lah yang bukan cotton, sebab kalau cotton, akan busuk. Jadi, adakah mereka2 ini ada dalam gym anda..? atau anda adalah salah satu daripada mereka...muahahahahha.... |
Thursday, July 28, 2011
Adakah Mereka Ini Berada Dalam Gym Anda?
Monday, July 25, 2011
Training Partner
Training partner yang bagus memang di perlukan terutamanya beginners untuk improve your training, tapi kalau korang dapat yang tak berapa bagus, atau teruk, memang tak best! Bila korang pilih training partner, korang kena memilih sikit sebab tak semua orang boleh jadi training partner yang bagus. Ada beberapa ciri yang universal yang korang boleh tengok. 1) Menepati Masa. macam mana nak training kaw kaw kalau training partner kita sentiasa lambat? 2) Boleh di harap. Kita mengharapkan training partner kita akan datang setiap kali training, dan jugak bagitau kita in advance kalau tak dapat datang. Tak best la bila kita sentiasa kena remind tiap2 kali training. 3)mestilah sebulu mesti cari training partner yang kita suka atau pun yang tak menyakiti hati kita. 4)Sama Strength Level Korang mesti carik training partner yang sama strength level atau lebih sikit daripada kita. Bila level sama, korang tak perlu tukar weight selalu. Bila training partner kuat sikit dari korang, ia menjadi motivator kepada korang untuk jadi angkat lagi berat. Tak aper kalau korang workout dengan orang yang lebih lemah atau lebih kuat daripada korang, tapi be prepare untuk tukar weight selalu. 5)Taining Level. Kalau korang beginner, cubalah cari training partner yang tau aper yang diaorang buat. Korang lagi cepat improve berbanding kalau training dengan beginner jugak. 6)Motivation Cari seseorang yang sama passion dengan korang, atau sama goal. Kalau korang jer 'gila' tapi training partner korang biasa2 jer..korang akan rasa bosan. Kalau sama2 'gila', baru la training balls to the wall. 7) Perangai/Attitude Mesti pilih seseorang yang berpandangan positive. Tak best la kalau selalu kata tak boleh tak boleh tak boleh. "Tak boleh la, berat sangat tu", "ko mesti tak boleh angkat punya, berat sangat tu". 8) Berpikiran terbuka Cari seseorang yang terbuka mindanya. Seseorang yang senantiasa pikir caranya sentiasa betul, dan tak nak dengar pendapat orang lain memang tak best. 9) Over partnering Jangan terlampau banyak sangat training partner dalam satu satu masa. Memang kadang kadang kengkawan nak training sekali. Tak pe kalau sikit, tapi kalau dah 4-5 orang, itu dah banyak sangat. Limit 3 orang jer, sebab kalau lebih daripada tu korang akan banyak bersembang dan waste time tunggu partner lain complete the set. 10) Spotting. Yes memang korang perlukan training partner untuk spot korang. dan korang mesti percaya kepada training partner untuk spot korang. Kalau tidak, tak guna adanya training partner kalau tak boleh tolong. Macam mana nak jadi spotter yang bagus? Tengok SINI. Ok sekarang korang terpikir, patut ada training partner atau buat sendiri. Jawapannya, ikut keadaan. Pros Training partner yang bagus, akan motivate kita, push kita dan make us stronger! Untuk pilih training partner yang bagus, macam points diatas, pilih yang sama level atau slightly above. Kalau korang train dengan newbie beginner, diaorang akan dapat benefit daripada korang yang ada training experience, tapi korang mungkin tak motivate untuk push more. Kalau korang train dengan otai otai, korang akan ada goal untuk dicapai, tapi takut nanti korang akan frust sebab korang senantiasa terkejar2 untuk mencapai tahap otai otai tu. Cons Adapun memang best training dengan training partner yang bagus, tapi selalunya bila ada yang bagus, mesti ada yang tak berapa bagus. selain daripada training kadang2 dengan ady atau korie (atau tebu hehe), aku lebih suka training solo. Selagi Slipknot, Metalica dan Machinehead menjerit2 kat telinga aku, aku ok. Aku tak suka bercakap dengan sesiapa kecuali bila nak mintak tolong spot. Aku elak eye contact dan casual conversation. Bukan sebab aku berlagak atau sombong, tapi bila aku di gym, im there to train. Tak suka waste time. Susah nak cari training partner yang bagus. They are rare and far between. Kadang2 tu dapat yang memang bagus, tapi selalu sibuk lah, timing tak sama lah. Jadi korang boleh jadi demotivated untuk ke gym, dan membataskan korang untuk progress. Kalau goal korang untuk progress dalam gym, jauhi orang2 yang selalu bersembang2 in between sets, banyak pakai HP, tak fokus (mata selalu melilau tengok aweks, jeling sikit2 tak per). Bukannya taknak korang socialize, tapi kalau korang serious in your goal, korang boleh chatting before and after training. So secara kesimpulannya? Terpulanglah kepada korang untuk memilih samada nak training partner atau tidak. Training partner memang best kalau ada. Kalau currently korang ada training partner yang bagus, tahniah! sebab memang susah nak carik orang macam tu. Kalau tak ada, tak apa, jangan risau. Educate yourself, banyak tanya otai2 (hopefully sebelum atau selepas diaorang workout). |
Subscribe to:
Posts (Atom)

