Thursday, November 10, 2011
Motivasi
Bagi aku, selain daripada dedikasi dan disiplin, motivasi pun penting untuk korang berjaya dalam training korang. Pernah tak korang rasa, ahhh..malas la pegi, sebab hari tu adalah leg day. Ada ajer alasan untuk tidak pegi ke gym. Letih la, masa tak cukup la, lowerback sakit lah, kucing nak beranak la, hujan la. Macam macam. Tapi cuba kalau korang bermotivasi nak training, apa saja sanggup untuk pegi training, biar la hujan ke banjir ke. Kalau bole public holiday pun dia akan pegi gym.
Betapa berkuasa nya kuasa motivasi. Korang akan boleh berjaya, walaupun program korang amatlah basic, dan training kat rumah.
Jadi macam mana nak dapatkan motivasi ni? Mari kita tengok.
Ada Training Partner.
Bila ada training partner, mereka boleh push korang untuk menjadi lebih baik lagi. Tapi kena hati hati sebab kalau silap pilih, boleh men demotivasikan korang.
Pilih Gym Yang Sesuai.
Aku tak kisah kalau equipment dalam gym tu tak cukup, tapi persekitaran gym tu boleh memberikan motivasi untuk korang datang training. Persekitaran gym ni termasuklah muzik dalam gym, memeber member yang hardcore yang sedia membantu beginner dan juga suka share share knowledge. Bayangkan kalau members tu sombong, pasang lagu dangdut atau pun lagu mendayu dayu, rasanya korang nak pi training ka?
Muzik
Bercakap pasal lagu, Aku lagi bersemangat nak training kalau dengar lagu lagu yang menaikkan semangat. Macam kes aku, aku suka dengar heavy metal kalau training. Tak semua orang sama, so aku akan pakai MP3 player supaya tak ganggu orang lain. Jadi pilih la lagu yang korang rasa semangat untuk training.
Training Journal
Nampak simple tapi sebenarnya ianya satu bentuk motivasi yang sangat bagus. Kalau kita tahu berapa berat kita angkat minggu lepas, kita akan rasa excited untuk tambahkan berat untuk minggu akan datang.
Mulakan Program Baru
Korang ingat tak bila pertama kali korang try program atau pun exercise baru. Tak sabo sabo nak try kan? Tapi bukan bermakna setiap bulan tukar program, macam mana nak tau program tu berjaya atau tidak. Bagi peluang program tu untuk 2-3 bulan baru lah tukar.
Ada Plan Jangka Pendek dan Panjang
Errr, nak tanya la. Apa korang punya matlamat bila korang angkat besi? Nak jadi Fitness Model bukanlah satu plan sebenarnya, atau pun nak jadi besar gila. Matlamat adalah bila korang ingin tambah berat jadi 100kg lagi 3 bulan ( provided korang dah berat 95kg), kemudian nak buat cutting hingga 90kg supaya bodyfat 10%. Haa, itu baru la kita buat plan macam mana nak mencapai matlamat tersebut. Jadi kita akan lebih bermotivasi untuk training walaupun apa saja halangan yang mendatang.
Jadi apakah motivasi korang? Semoga korang bermotivasi yang tinggi untuk training supaya korang dapat apa yang korang idamkan.
Location: Putrajaya, Malaysia
Putrajaya, Federal Territory of Putrajaya, Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
good advice.. sy jarang gunakan music sebagai motivation.. selalunya bila buat heavy lift sy akan bygkan bodybuilder lain yg buat gila2.. tapi sy buat ikut kemampuan sampai max 6-8 reps..
ReplyDeletesaya selalu main sehari and esok tu rest. .contoh isnin saya main..selasa rest..rabu main..khamis rest..jumaat main .sbtu rest. Agak2 cun x kalau main cmtu...ataupun kene main isnin smpai jumaat straight...mintak penjelasan ye..tq
ReplyDeletesaya selalu main sehari and esok tu rest. .contoh isnin saya main..selasa rest..rabu main..khamis rest..jumaat main .sbtu rest. Agak2 cun x kalau main cmtu...ataupun kene main isnin smpai jumaat straight...mintak penjelasan ye..tq
ReplyDelete