Thursday, June 23, 2011

Apa Personal Trainer patut tahu.

Sebelum ni aku ada menceritakan macam mana nak jadi personal trainer. Hobi yang korang boleh jadikan sebagai satu kareer yang menguntungkan. Tapi ada beberapa kriteria yang korang kena penuhi sebelum korang boleh berjaya sebagai personal Trainer.
1)     
     Mesti pandai dalam membuat exercise.
Macam mana nak mengajar orang kalau korang pun tak reti buat exercise tu? Contohnya squats. Kalau korang sendiri squats tak betul, atau pun jarang buat, macam mana nak suruh client korang buat. Form check adalah penting untuk injury prevention.

2)    Mesti tahu basics exercise.
Apa itu basics exercise? Squats, Deadlift, Bench Press, military press, push ups, adalah exercise yang basic. Belajar macam mana nak buat exercise exercise ni dengan betul, dan bukan menggunakan machine ya, tapi freeweight. 

3)    Mesti kreatif.
Apabila korang design program untuk clients, samada untuk lose fat, gain muscle, atau untuk sukan, korang mestilah kreatif mengatur exercise. Tapi janganlah terlampau kreatif sampai buat benda mengarut ngarut. Kena pastikan exercise yang korang designkan itu mesti sama dengan matlamat diaorang.

 Misalannya kalau seseorang itu overweight, dan matlamat dia adalah untuk lose fat, jangan lah bagi dia buat bicep curls, tricep pressdown, atau pun chest flyes. Korang kena bagi exercise yang banyak menggunakan muscle, supaya dia membakar banyak tenaga, seperti push ups, bodyweight squat, step ups. Jangan buang masa dengan isolation exercise. Tapi banyak trainer yang buat macam tu.

Jangan jadi macam mamat nih..


4)    Mesti sabar.

Ni la jadinya kalau tak sabar.
Tak semua client client korang ni motivated dan juga rajin. Ada juga yang malas dan banyak alasan serta tak tepati masa. Exercise itu tak boleh exercise ini tak suka dan juga selalu ponteng. Jadi bila korang dapat client yang macam ni korang kena sabar, dan educate diaorang ni pasal training. Dan mestilah kreatif untuk tangani masalah ini. Kadang kadang diaorang ni mungkin bosan, sebab training yang sama, jadi tukarkan sedikit program supaya lebih interesting, tapi jangan sampai jadi badut sarkas pulak. Janji mesti fit the goal of the clients.

5)    Mesti pandai mendengar.
Korang mesti pandai mendengar dengan telinga dan dengan hati. Apabila client korang merungut pasal sakit lower back kena pastikan sama ada dia memang sakit, atau mengada ngada. Dan sekiranya dia komplen yang lower back dia sakit, mungkin hamstring dia tak flexible, dan otot glutes (punggung) dia tak di aktifkan. Jadi korang kena pastikan mana yang betul.

6)    Mesti knowledegable.
Apabila client bertanya pada korang, at least 80-90% korang tahu jawapannya. Aku tak expect korang tahu 100% tapi kalau korang tak tahu tu, jangan la pulak korang main belasah jer explain. Jangan, kesian tau. Dan juga korang mesti upgrade kan knowledge korang sentiasa, macam update software. Sebab fitness industri ni sentiasa berubah. 2 tahun dulu, aku tak tahu pun pasal Foam Roller, TRX, Complexes ataupun Tabata. Jadi kena update selalu, supaya clients korang benefit.

7)    Mesti Profesional.

Bila profesional, orang lain pun confident untuk hire korang untuk PT


Ini penting. Maksud profesional, adalah mesti tepati masa, mesti tepati janji, berpakaian yang bersesuaian dengan kerja (jangan la pulak pakai baju singlet atau pun seluar yang terlampau pendek untuk train client), tak ada hanky panky dengan client (ini penting). Bila nampak profesional, client nampak kredibiliti kita sebagai seorang profesional, so dia akan confident dengan kita. Kalau dia nak recommendkan korang kat orang lain pun dia tak malu.

Jadi inilah antara perkara yang personal trainer kena ada. Buakan mudah nak jadi personal trainer, tapi bagi yang berjaya, ia akan memberi satu pulangan yang lumayan dan juga kepuasan yang tak terhingga.

No comments:

Post a Comment