Apabila kita memakai workout gear, orang tau kita ni serious lifter atau pun tidak. Workout gear ni termasuklah wrist strap, lifting belt, lifting strap, knee wrap, elbow sleeve, kasut sukan dan macam macam lagi. Mari kita tengok workout gear ni dan apa pro dan cons nya.
Lifting Belt.
Aku selalu menganggap lifting belt sebagai performance enhancer, berbanding dengan keselamatan. Jika korang buat form dengan baik, korang punya abs adalah cukup kuat untuk support itself melalui apa saja exercise yang korang buat. Korang mungkin akan menghadkan berapa berat korang angkat, tapi korang takkan mendapat injury tanpa belt. Lifting belt ini menjadi penting apabila korang cuba untuk mengangkat weight yang berat.
Kebanyakan orang menganggap lifting belt ini untuk support lowerback. Tapi sebenarnya lifting belt yang bagus direka untuk menambah intra abdominal pressure, dimana ia menstabilkan korang punya midsection (abs). Inilah sebabnya rekabentuk lifting belt korang penting. Sebenarnya lifting belt yang korang selalu tengok di gym, dimana kecil di depan dan lebar dibelakang, tak dapat cover keseluruhan area perut untuk memberikan support yang korang perlukan. Untuk exercise yang mencabar core strength seperti deadlift dan squat, korang perlukan lifting belt yang sama lebar dan akan support korang punya abdominals dan juga obliques.
Pro.
Baik untuk membolehkan korang lifting more weight. Lifting belt bukannya untuk support untuk lower back, kalau lowerback korang sakit masa buat exercise ini bermakna korang punya core adalah sangat lemah.
Cons.
Ramai lifter yang salah gunakan lifting belt ni. Terlampau dependent padanya sampai SEMUA exercise pakai belt. Lagi kelakar, sebelum masuk gym lagi dah pakai belt. Jadi bila nak pakai? Pakai masa last set, iaitu set yang paling berat, dan exercise untuk kaki seperti squat dan juga untuk back macam deadlift, bent over row.
Lifting Strap.
Yang ini pun selalu digunakan oleh serious lifter. Selalunya strap ni dipakai apabila grip menjadi penghalang. Banyak digunakan dalam deadlift dan kebanyakan back exercise.
Pro
Kalau grip korang tak kuat, lifting strap boleh menolong. Jadi membolehkan korang angkat lebih banyak weight.
Cons
Kalau korang train untuk sukan, macam Olympic lifting ke, korang perlukan kekuatan grip. Tapi sekiranya korang bodybuilder, grip strength tak berapa penting sangat. Jadi tak ada masalah kalau pakai strap.
Wrist wrap
Ini pun accessory yang penting untuk serious lifter. Wrist wrap ni untuk cover kita punya wrist, daripada heavy pressing, macam bench press, shoulder press. Ia akan menstabilkan wrist kita supaya tak cedera, dan mambantu kita mengangkat lebih banyak weight. Wrist strap yang baik adalah yang keras dan lebar 3-4 inci.
Pro
boleh mengangkat lebih banyak weight, dan untuk support wrist.
Cons
Rasanya tak ada.
Lifting Glove.
Glove ni, rasanya hampir semua lifter akan pakai. Tak kira lah lelaki atau perempuan. Lelaki pakai sebab lebih grip dan nampak macam macho. Perempuan pulak pakai sebab tak nak tangan kasar (percayalah, lelaki pun ada alasan macam ni). Aku pun dulu pakai glove, sebab, ehem, tak nak tangan kasar (tangan ko lembut la). Tapi sekarang tak lagi. Sebab? nanti aku explain.
Pros
Macam aku kata tadi, bila pakai glove ni, nampak macho, dan nampak macam bodybuilder bodybuilder kat magazine (without the sun glasses I hope) dan juga mengelakkan tangan dari jadi kasar. Oh dan juga untuk grip.
Cons
Tadi aku cakap pasal dulu pernah pakai glove, tapi sekarang ni tidak lagi. Sebab? Busuk! Bila korang selalu training, mana ada masa nak jemur dan basuh glove. Walaupun pakai Nike Dri-fit, masih lagi busuk. Korang pernah cium tak glove yang orang lain pakai? Aku selalu tercium. Tu yang aku dah tak pakai. Mula mula tu tak selesa, tapi lama lama ok. Tangan kasar? Barulah orang kata kita angkat besi.
Knee Wrap
Knee wrap ni gunanya apabila buat squat dan deadlift. Jadi ia nya untuk menolong kita mengangkat lagi banyak beban. Ramai orang ingat dengan pakai knee wrap akan support lutut. Tapi kena ingat lutut joint yang sangat lain, sebab ada patella, atau kepala lutut. Jadi bila kita pakai knee wrap, ianya akan compress pada patella, so tak berapa baik untuk lutut.
Pro
So, baik untuk mengangkat lebih bebanan
Cons
Tapi tak baik untuk lutut.
Elbow Sleeve
Yang ini untuk memastikan elbow korang ‘panas’, apabila korang buat heavy presses. Dan juga sekiranya elbow korang rasa tak selesa, boleh pakai.
pros
Elok dipakai untuk memastikan siku korang panas apabila workout, dan juga kalau elbow korang rasa tak sedap.
Cons
Tak ada.
Jadi ini adalah sebahagian workout gear yang korang pakai apabila korang workout. Buat lah informed choices.
So far saya pakai lifting straps masa buat heavy deadlifts. My grip is my weakest link. Bodyweight skrg 48kg. Saya boleh buat deadlift without straps for lifts 65kg and below. After 65kg saya kena pakai straps. Grip masih hampeh :P
ReplyDeleteaku pon x pakai glove jugak...cume x bestnya...bila tapak tgn dh x larat nak genggam barbell...tp otot masih boleh dilanyak lagi...tapak tgn mmg dh teramat kasar dh...
ReplyDeletebelt boleh prevent hernia n hemorhoid kalau lifting heavy weight n definitely memang takleh cover back injury
ReplyDelete