Monday, April 26, 2010

Kenapa Badan Tak Besar?...Dan Cara-cara Nak Atasi.

Sebagai PT, adalah tugas aku untuk mencari penyelesaian terhadap masalah masalah biasa yang trainee aku hadapi. Sakit lowerback, ada precondition macam hi blood pressure, kencing manis, sakit lutut, nak tambah berat badan, nak kurangkan berat badan..dan macam macam lagi. Tapi selalunya client lelaki mesti nak tambah muscle.

Request dia senang jer, nak tambah 5 kilo muscle. Simple dan straightforward. Aku akan buat beberapa checklist

1) Pernah buat resistance training?
2) Makan dengan secukupnya, makan protein secukupnya?
3) Workout consistency, intensity dan dengan teknik yang tip top?

Kalau seseorang tu nak gain size, dan tak pernah buat resistance training, bila dia start training, macam 'magic' dia akan grow. Semua orang paham akan logik tu, so kita proceed pada point yang lagi dua.

Percaya tak, ada orang tak makan kalori yang secukupnya untuk membesar? Aku ada client ni, training dengan aku dah 2 tahun, tapi strength increase, tapi muscle mass kurang...bila tanya, dia makan selalunya 2 kali sehari jer, dengan breakfast selalu skip.
Memang nampak macam obvious, tapi sesetengah orang tu perlu di beritahu kene makan banyak kali. sama jugak dengan protein. So kalau ini pun kira straight forward selesai masalah, dengan makan kalori yang secukupnya.

Workout consistency dan intensity adalah subjektif. Kalau kita tahu dia buat aper, senang nak manipulate consistency dan intensity, macam kurangkan rehat, training more frequent. Teknik? Kalau korang rajin tengok tengok keliling gym korang, especially gym komersil, korang kan perasan ada weight trainer yang form dia ntah aper2 tapi angkat berat. Bukan saja bahaya, tapi dioarang tak work the intended muscle. So nak bagi dia grow, ajarkan teknik yang betul. Simple.


Tapi, macam mana kalau, semua ni dia buat, workout dengan intensity dan very consistent, dan jugak nutrition pun tip top. semua perfect, tapi tak boleh jugak tambah size. Peningkan?

So kita pegi kepada step yang seterusnya, 'releasing the break. '

Aper tu? bayangkan korang bawak kereta, tapi handbreak korang tak lepaskan, tapi korang tekan minyak. Memang kereta tu jalan, tapi lambat, makan minyak banyak dan takes so much effort.

Kita dah di brainwashkan dengan dogma, kalau nak grow, korang kene kerja lagi kuat. Kalau dengan 100lbs bench press, chest aku tak grow, aku akan buat 120lbs untuk bagi grow. Hi reps, super sets dan macam macam lagi. Kalau kita tak gain muscle, bermakna kita workout tak cukup brutal. tekan minyak kereta tu cukup2, apsal tak bergerak laju kereta ni,? tekan lagi dan lagi dan lagi. Tapi kalau korang release the breaks? kan lagi senang, minyak tak makan banyak, dan perjalanan akan lebih lancar dan cepat. So sekarang ni korang kene pikir..APER BREAK KORANG? Mari kita tengok.

Kadang2 korang tak terpikir pun yang masalah korang tak boleh membesar berasal dari core korang...SELALUNYA disebabkan core korang lemah, korang tak boleh buat heavy squat, heavy deadlift, dan semua2 yang heavy, even bench press. Terkejut? core muscle memainkan peranan yang amat penting dalam bench press. Why do you think powerlifter pakai belt masa buat bench? Core muscle exercise bukan hanya buat beratus2 abdominal crunch sahaja, korang kene buat beratus2 lowerback extension jugak, bagi balance.

Ada 'breaks' yang senang cari, ada yang susah. Contoh katakanlah bench press korang dah plateau, stagnant. Kene tahu sama ada kelemahan tu datang dari chest atau tricep?

Kalau korang dapat buat 1RM full range bench press 100lbs, dan korang dapat 1 RM 130lbs dalam floor press bermakna, tricep korang lagi kuat dari chest. Kalau sebaliknya, korang lagi kuat pushing the bar off your chest berbanding lockout, bermakna tricep korang lemah.

Sama jugak dengan bicep. Nak bagi besar bicep, korang kene buat bicep curl berat2. biarlah nampak macam lipan kene pukul, sebab cheat gila baboon. Kadang2 'breaks' korang bukannya pada bicep muscle, tapi pada upper back, terutama traps. Muscle2 ni tak dapat nak tampung resistance tambahan untuk korang buat heavy curl. So nak correctkan, buat banyak deadlift, shrugs, face pull (google kat internet) dan jugak upright row. The stronger these muscle are, the more resistance you can put on the bicep.

Lagi satu chin up. Kadang kadang tu memang susah nak tambah reps atau weight pada chin up, dan kadang2 tu boleh buat beberapa rep saja. kalau korang dah cuba sedaya upaya, tapi tak berjaya juga (key word here is sedaya upaya), mungkin masalah korang terletak pada rotator cuff, mainly external rotator cuff muscle. Chest dan lats adalah powerful internal rotator , dan akan menahan effort kita untuk buat chin up sebab external rotator muscle kita lemah. Untuk rectify buat Face Pull untuk kuatkan external rotator.

Selain dari weak external rotator muscle, mungkin glutes korang lemah..Glutes? aper kene mengena glutes dengan buat chin up? Weird but true. Kalau korang perhatikan carta muscle pada back kita, muscle fiber lats kita belah kanan adalah sejajar atau selari dengan gluteus maximus belah kiri kita, dan vice versa. Itu pasal bila kita berjalan, berlari atau memanjat, untuk stabilize our spine. Kalau glutes kita lemah, badan kita perceived yang spine kita tak stabil dan terdedah dengan injury, badan kita akan menahan kita daripada membesarkan otot spesifik, contoh lats. So untuk rectifykan, bunyi macam mengarut, korang kene buat lunges dan step up untuk improve korang punya chinups.

Kesimpulan.

Kalau korang beginner, korang akan membesar dengan cepat bila korang buat ketiga2 point yang aku kasi kat atas. Tapi bila dah buat ketiga2 benda tu, dan korang nak step up to the next level of muscularity, korang kene pikir outside the box. Bila korang dah buat ketiga2 point tu tapi korang still lagi stuck atau stagnant, tiba lah masa cari 'breaks' korang...Bila dah jumpa, release the break and GROW!!

Rotator Cuff Training

Angkat tangan pada siapa yang pernah sakit sakit bahu yang rasanya lebih didalam daripada rasa muscle shoulder itu sendiri. Korang akan start pakai minyak urut atau minyak panas sampai satu gym bau.

Dan angkat tangan siapa yang selalu buat rotator cuff exercise? tak ramai kan. Tahu tak kesakitan korang di bahu tu ada sangkut paut dengan kekuatan rotator cuff muscle korang? err..korang tahu tak rotator cuff tu ape?

Pertama2 korang kena tahu pasal shoulder joint.





Maksud shoulder/bahu adalah untuk merujuk kepada kawasan yang ada hampir 20 muscle dan 5 joint atau articulation. Shoulder Joint pulak selalunya di rujuk kepada 'glenohumeral joint', joint diantara tulang humerus dan tulang scapular. Walaupun 4 lagi joint tu penting dalam pergerakan upper body, tapi joint ini adalah paling penting untuk discussion kita.

Glenohumeral joint ni di reka untuk maksimum mobility (pergerakan bebas) untuk membolehkan pergerakan untuk upper body. Tapi malangnya, kerana terlampau mobile, shoulder joint korang amatlah tak stable. Jadi ia memerlukan beberapa stabilizer muscle (ada 4) untuk membuatkannya lebih stable. Tapi injury berlaku bila stabilizer muscle ni lemah.

Jadi apakah empat muscle ni?





Rotator Cuff ni senang ingat dengan acronym SITS (ni bebudak yang aku pernah ajar ni mesti ingat) Supraspinatus, infraspinatus, teres minor dan subscapularis. Aku takkan pergi detail pasal dia punya insertion dan origin. Korang bukannya nak ambik periksa nak jadi Personal Trainer. Aku cuma bagitau fungsi dia jer.


Supraspinatus

fungsinya adalah untuk menolong otot medial deltoid mengangkat lengan ke sisi (macam buat lateral raises). Supraspinatus ni penting supaya tulang humerus korang tak terkeluar dari soket Shocked semasa buat pergerakan keatas, seperti baling bola, buat overhead press, lateral raises. Muscle ni selalu mendapat injury.





Teres Minor


Teres minor pun sama macam infraspinatus, buat external rotation, horizontal abduction dan extension.




Subscapularis

Inilah rotator yang buat internal rotation, adduction (macam buat cable crossover), extension, dan stabilization.


Kenapa nak train rotator cuff?


1) strength.


Macam ni lah, kalau rumah korang besar, tapi tiang macam tiang lidi, rumah tu mesti tak stable 
dan mudah tumbang. sama la dengan shoulder. Shoulder besar tapi stabilizer korang lemah, macam mana nak angkat berat2? Tu pasal kalau boleh elakkan guna banyak smith machine dan machine sebab exercise2 ni tak involve banyak stabilizer berbanding freeweight.

External rotator ( Supraspinatus, infraspinatus dan teres minor) yang lemah akan menyebabkan bantutnya perkembangan shoulder muscle sebab badan kita takkan biarkan sesuatu itu menjadi imbalance yang boleh menyebabkan injury. Lat, pecs dan delt mempunyai potensi yang besar untuk membesar dan menjadi kuat, tapi ianya tak dapat direalisasikan jika stabilizer muscle korang lemah. Macam mana nak buat bangunan tinggi kalau tapak asasnya lemah betul tak?





2) Keselamatan.


Rotator cuff muscle adalah penting untuk injury prevention sebab muscle2 inilah yang stabilizekan shoulder joint korang. Korang selalu buat chest dan lats jadi internal rotator korang kuat. Tapi external rotator korang lemah, jadi dah jadi tak balance. Jadi dengan menguatkan kesemua rotator cuff muscle adalah penting supaya tak terjadinya dislocation of the shoulder joint.




3) Size


Memang betul bila rotator cuff korang jadi kuat, shoulder muscle pun akan kuat dan besar. Tapi rotator cuff itu sendiri boleh hypertrophy. Tapi malangnya dengan subscapularis dan supraspinatus, disebabkan ianya di belakang tulang dada korang, jadi tak nampak. Tapi bagi infraspinatus dan teres minor, akan menampakkan kesan kalau ianya membesar sebab ia boleh enhancekan korang punya V shape.




4) Posture.


Tak dapat dinafikan bila rotator cuff korang bagus, posture korang juga akan bagus.




5) Confidence


Ini lebih kepada psychology ni. Korang akan lebih confident untuk carry heavy weight apa bila 
rotator cuff korang sihat walafiat, dan kuat.




Training


Training untuk rotator cuff ni sebolehnya pada akhir shoulder atau chest training. sebab tak nak bagi rehatkan muscle tu, biarkan ianya rehat sehari sebelum korang buat exercise upper body lagi.




A) Barbell Cuban Press (also known as the muscle snatch):

Sets: 3

Reps: 6-8

Rest Interval: 60 saat, dimana korang patut stretch pecs, lats dan jugak delt.





B) L-Lateral Raise


Sets: 1

Reps: 8-10

Exercise ni dibuat serta merta selepas set terakhir cuban press. Rest 60 saat sebelum mulakan exercise yang seterusnya.







C1) Side Lying Dumbbell Abduction to 45°


Sets: 2

Reps: 10-12
Mula dengan tangan yang lemah dulu. tanpa berenti, terus ke C2 dengan tangan yang sama. 



C2) Low Pulley External Rotation


Sets: 2

Reps: 10-12

kemudian tanpa berenti jugak, balik semula ke C1 dan ulang superset dengan tangan sebelah lagi.




Kesemua exercise ni mengambil masa 10-15 minit sahaja, and it worth your time sebab ini untuk 'masa depan' korang jugak. Give it a try, it will help you with your pain dan hopefully heavier weights!!

Good Luck.